23 March 2010

Tegang RM30.00 dan 4 Bijik Cekodok Pisang

22/03/2010 (Isnin) – Celik aje bijik mata pada waktu waktu pagi begini, seperi biasa tugasku adalah untuk memasukkan duit ke dalam akaun reload company



(E-pay-RM400.00 dan e-Flexi-RM100.00)

Duit RM1.00 yang terkumpul berjumlah dalam 70 keping tapi tak boleh dimasukkan ke dalam CDM.
Adalah lebih baik untuk disimpan aje, memandangkan Afidz mungkin akan datang bertandang. Kalau takpun mungkin digunakan sebagai float untuk jualan petang nanti.

Balik dari urusan perbankan, usik laptop sekejap, then continue tidur a bit sebab rasa mata masih “berpasiran di tapian pantai”

Dikejutkan dek Afidz dalam pukul 2.00 lebih untuk ambilnya. Kali ini corak panggilannya cukup “direct”

“Nuar, tolong ambil Afidz sekarang!”

Itu aje. Ringkas.

Tanpa berlengah dan pakaian masih melekat ke badan semasa ke bank tadi (baju merah dengan seluar track merah hati) terus meluncur ke rumah Afidz.

Senyap aje dalam perjalanan. I tahu Afidz mesti ada sesuatu untuk diberitahu. Kalau tak pun mesti ada sessuatu yang dah terjadi pada Afidz.

Sampai di rumah, ketika sedang merobek laptop, Afidz gelisah, rasa tak tenang. Dia ‘on’kan TV tapi l lihat fikirannya ke lain...

Afidz datang merapati ke tempat I dan mintak RM30.00.

Maka terjadilah pertelingkahan kecil.....

....

....

Masih bertengkar.

...

...

....

....

Last last sekali l campak RM1.00 yang terikat kemas (dalam 70 keping) ke lantai. Dia ambil duit tu balik. I kesian.

Afidz kata dia takut sebab dah janji dengan orang tu untuk langsaikan duit tu.

I kemas barang barang nak hantar Afidz balik ke tempatnya semula.

Sampai di bawah flat rumahnya, i relunctant untuk bagi duit RM30.00 itu dan berdolak dalik. Ini semua l lakukan semata untuk menyedarkan Afidz yang bukan senang untuk mendapatkan duit dan supaya Afidz tak mengambil kesempatan lagi.


(Dalam hati I sebenarnya I sanggup melakuk
an apa sahaja untuk Afidz kerana pada I Afidz adalah segalanya pada I, hidup dan mati I hanyalah untuk Afidz selamanya. I tak habis berdoa agar Afidz akan kembali ke pada diri ini untuk selamanya)

Lepas suasana tegang itu berlalu, Afidz tanya soalan bodoh. Then dia kata lapar, nak makan kat mamak atau goreng pisang aje. I bawakkan Afidz ke tempat goreng pisang kegemarannya itu. Hujan mencurah waktu itu, Akak goreng pisang tak dapat menjual secara aman. Afdiz kata lambat sikit. Kena tunggu.

I pusing sekali lagih. Ke tempat kakak tu lagi sekali untuk membeli pisang goreng. Afidz beli lekor dengan cekodok pisang.

Afidz bekalkan l 4 ketul cekodok. Lembut cekodoknya.

Gi kedai. Ada pasar malam. Kereta Proton Perdana MAY XXXX (menantu Tuan Haji Omar) bertapa di tempat pasar malam. Pelbagai usaha pakcik sayur tu cuba tapi tak berjaya. Terpaksalah pakcik sayur tu berniaga ke hujung jalan sedikit.

Beli Kerepok lekor tapi keras. RM2.00. tak sedap. Oran pun kurang malam ni.

Makan rojak Indon (Pecal/ Gado-gado) yang dibeli oleh Dessy. Sedap dan pedas!!!

Balik rumah. a>On the way, Puddin called 12.43 tgh malam.Katanya nak bermalam di rumah. Sampai rumah, gobek laptop, 2.30 pagi tunai solat sat. Then pukul 4.03 pagi baru merebahkan diri.

Puddin masih tak called atau muncul diri.
4.29 pagi baru nak terlelap, puddin called katanya dah sampai.

I bukak pintu, then sambung tidur. Wan ke rumah kawannya.

No comments:

Post a Comment