29 July 2010

A week filled with activites


24/07 - Afidz mai - mintak untuk balik kampung - bagi RM75.00 (lebih duit semalam beli KFC) untuk beli tiket balik - Afidz janji akan datang balik tunjuk tiket , borak2 sebelum balik - Afidz tukar baju ungu untuk keluar beli tiket - I bagi sekali T&Go untuk tambang ke Hentian Putra.

Tunggu punya tunggu, Afidz tak balik balik dari beli tiket - at the same time Yati dan laki dia ajak keluar untuk ronda Bukit Bintang tengok kedai baju - I kata tak leh lagi selagi tak settle dengan Afidz ni.

beberapa kali keluar untuk lihat sama ada Afidz dah balik ke belum - Akhirnya penantian I berakhir pabila I keluar ke balkoni tgk dari sliding door - sebuah kereta wira merah lalu - parking depan rumah - Afidz keluar - tunjuk tiket (spt di atas) - bawak baju dalam beg plastik putih baju kotor - bagi baju tak cuci lagi - baju hijau, baju polo biru gelap dan seluar jeans.

Afidz tukar baju tshirt hitam (yang baru l basuh) dan peluk l sebelum keluar rumah.

I called Yati kata dgnnya semua dah settle.

Tunggu punya tunggu - dorang sebenarnya ada function kat Rum Jungle - Nasib baik I tak ikut sekali. Kalau I ikut sure one I mati kutu punya.


25/07 - Tengahari makhayam ajak gi tgk Tuan Haji Omar kat Hospital Ampang - katanya tahu Public Bank tapi habukkkk!!!! sesat... Lepas tu bila cakap dengan Along, suruh dia drive ke rumah I aje. Dalam Unser ada Halim, Abang Gee dan makhayam.

Sampai dalam pukul 1.30 - sempat lagi untuk melawat sehingga pukul 2.00 baru ditutup.

Jam menghampiri 2.00petang kami semua mintak diri untuk pulang. Makhayam nak makan ikan bakar - I suggest kat belakang istana. Along kata jauh. Makan kat sini sini aje la.

I stop dorang kat Restoran Rasa Utara. Halim tak makan sebab mungkin dia tak biasa makan lauk pauk melayu. Harga semua 23.++

Lepas makan, I jalan kaki balik aje.

Malam - Puddin datang sebab nak ambil wan kat KLIA. Jam kira kira pukul 12++malam.

26/07 - Ikut Wan dan Puddin naik Merc mereka makan tengahari di Greenwood. Sayang kedai makan kesukaan mereka tutup hari ini. Terpaksalah kami makan di tempat yang tak kami restui. Masakan Timur mereka kurang mendapat rasa melekat di lidah - Beli pisang goreng untuk menimbal balik rasa yang kekurangan.

Menuju ke Merc Service (near Giant Batu Caves) - ada perselisihan harga - Wan decided not to service, nak service di Kluang - Meluncur ke Masjid India untuk beli manik dan kain untuk baju raya Balkis dan Puddin sekali.

Sepanjang jalan Wan berutusan untuk menyelesaikan penerbangan balik pasangan Komandan dari Jakarta. Wan akan ambil mereka di KLIA. "Jilat bontot nih!!!"

Mlm - gaduh fasal kain baru, adik berak tak de sapa yang pedulik, penuh pampers. Wan masak untuk makan malam ni - Asam pedas dengan udang goreng kucai. Barang2 kami beli di The Store selepas pulang ke rumah. Harga lebih kurang RM23.++. Lepas maghrib I masuk tidur untuk rehat kepala hotak yang penat dan berserabut.

Wan balik - baru i sedar dan makan - sambung kerja. Pukul 12.++ malam jugak Zeman dan Meran datang untuk tumpang tidur. Nasib baik tak keluar dengan yati yang tengah merayau2 untuk tenang kepala hotak dia.

27/07 - Zeman dan Meran chow dulu - mungkin dorang malu kot - nak kutip pam air katanya - Pojie datang dalam pukul 10.00 pagi - Hingat nak gi Kajang tapi tak sempat dan area kajang hujan - Akak dah siap kemas baju - Wan keluar untuk jumpa kawannya di Wangsa Maju - tinggallah kami berborak borak - Pojie bawak anisa ajak yati makan breakfast kat 5 bintang rest.

Wan balik dari wangsa maju - tengok tshirt vietnam

Kami chow dari rumah - Pojie sempat beli nasi beriani - gi beli barang untuk biskut arab - Anna mai - Kak Yanti mai - Afidz ada miss call dalam pukul 9lebih - borak sekejap dengan dia




Di atas adalah gambar biskut arab yang telah siap untuk dibakar dan biskut arab yang tersedia untuk dijual - RM25.00 per bekas. Harga agent - RM22.00

28/07 - bangun 9.30 - kemas rumah - then lepak baca "jangan bersedih". Pukul 1.30 - kak yanti datang - ambil budak sekolah - tinggalkan i dekat bagus - beli bekas untuk hamper dan topup Afidz - Yati datang - beli bekas kuih salah - petang tukar - tapi tak de stok suruh tukar esok petang - Pi Hero - Afidz called suruh SMS no semua




Malam - buat tart nanas - sambil buat adik adik bernasyid berlagu memuji kebesaran Ilahi.

Inilah keadaan kalau kaum lelaki membuat kerja dapur. Bersepah!!!

Adik baju merah (sedang tunduk) adalah anak yati dan pojie. Comel. Adik yang pakai baju melayu biru pun handsome jugak. Adik pakai baju putih sedap suaranya, pandai control dan yang penting sekali lemah lembut.

Pojie dan Yati anta I balik - sebelum sampai rumah makan roti sardin dengan roti kosong di restoran 5 bintang - pesan telur separuh masak - i minum teh o suam aje dan makan kuning telur separuh masak only

24 July 2010

Khamis dan Jumahat (22 & 23 Julai 10)

Dua hari di gabungkan... boleh? hari khamis tak mahu tulis sebab afidz called dalam pukul 10 pagi katanya dia tak datang. I kata sukahati afidz la. Semalam afidz datang dalam pukul 9.30 kerana dia kata kunci rumah tercicir masa dia pi makan. betul ke tuh? Jangan tanya I ok. I sendiri tak tahu kesahihan kenyataan tersebut, CSI I tak kuat dan malas nak buat penyiasatan.

Lepas mendapat berita itu, I kesunyian. Buat kerja atas dasar kerja aje sebab pemangkin I tiada di hadapan. Walau seburukmanapun perangai dia, dia adalah tetap menjadi pekasam jantung hati I ini.






Hari Khamis juga dirasakan cepat aje berlalu. Sempat memanggil G Dex untuk penghantaran minyak wangi ke Kuching, Sarawak - Eddie punya. I Ingatkan dia akan masuk duit, bila i dah anta dia mintak tangguh, dan duitnya akan dibankin sehingga hujung bulan ini. Hari ini jugalah printer mesin i memulakan harinya. Kira macam dia baru masuk kerja la hari ni.






Tugas-tugas seperti biasa, update FB dan buat online sales yang lain. betulla orang lain kata, FB sekarang ni dah jadi trend untuk manusia berkomnikasi dan berjual beli. terkadang kita seolah terpaksa berhempas pulas untuk berlumba dengan orang lain semata mata mencari keupayaan FB yang mampu dilakukan.

Malam - baca yaasin dan sedekah pahala pada yang berhak untuk menerimanya.


Jumaat (23/07/10)

Afidz called nak datang laks. Awal pulak dia sampai maklumla kan semalam dia mungkin dapat tidur yang "secukupnya"

Afidz beli nasi goreng dan nasi lemak (semua dari satu kedai - MAMAK)

i terpaksa makan nasi lemak sebab afidz kata tak sedap nasi lemaknya. Afidz makan nasi goreng, telur goyang.

Hari ini Afidz tolong untuk siarkan produk minyak wangi di FB. Nak ambil gambar untuk cover album di FB nanti. (Lihat tu Afidz "sibuk" menyusun botol minyak wangi)


tengahari - masa nak gi semayang jumahat, afidz mintak nak makan lunch. I bagi 6.00, dia bingkas pergi cepat sebab i nak keluar sembahyang.

Dia pesan lagi nak makan KFC lepas sembahyang jumahat.

I beli yang ringan (ringan sebab dia pesan tak mahu kfc mula2 then tukar fikiran nak yang ringan2 pulak) wedges, fries, air pepsi => 10 hengget lebih jugak.

i balik, afidz ada tinggalkan nasi dengan ayam goreng. i makan nasi, afidz sental itu kfc. I ada jugak curik curik sikit.

petang, afidz mintak balik, bagi 10.00 untuk makan malam dia

malam i gi kedai makhayam tumpang chukie anta sampel muffins untuk makhayam tua.

sampai kedai makhayam, dorang semua takde, semua gi hospital menziarahi Tuan Haji Omar yang sakit (katanya tak larat nak diri dah!) i kenal dengan tuan haji ni. badan besar.. cakap satu desa pandan leh dengar!

habis cerita dengan makhayam tua, i balik dengan dia, isi minyak kat petronas desa pandan, then balik.

I tak tidur pun. cuba habiskan kerja kerja yang pending.

Esok boleh mula yang lain laks.

dan esok bakal menjanjikan satu peluang niaga. (kalau boleh lebih la... tamaknya!!)

Lepas sembahyang subuh, baru ngantuk tidur dalam bilik, tenang....

baca dia .... tidur... dengan nyaman... walaupun seribu masalah yang tetap menghempap batu jemala ini... tapi tuhan i ada, i pasti dia mesti tolong i sebab i dah ingat dan yakin mintak pada Dia selalu... Subhanallah..

21 July 2010

pagi pagi dah buat i hangin

Sesedar pukul 8.30 pagi dikejut oleh samah - semalm mintak tolong untuk bawak mesin dari sg chua ke rumah i - dia arrange untuk hangkut mesin printing ke rumah I - suruh standby kat mamak depan public bank pukul 9.00pagi - I malas sebenarnya nak join they all untuk ambil mesin tu - then i buat kemas kemas rumah - sehingga dia call balik dan katanya dah sampai mamak

i cakap i tak leh ikut kena ambik barang (alasan!) - i sms alamat dan nama tuan kedai - then i kemas diri untuk ke pos office pudu untuk collect itu post dari tunemoney.

Semasa ini berlaku kekecohan - hutang 500.00 tak bayar lagih pada tuan punya. i kata bankin - lepas masuk post office, i gi maybank untuk masuk duit - lepas masuk duit - i sms ke dia kata duit dah masuk - "nice doing business with you"

terpaksa balik - Afidz ada called masa masuk duit - 2x - rushing balik - walaupun hasrat untuk ke masjid india terpaksa tertunda oleh kerana mesin tu on the way ke rumah

sesampai rumah afidz tgh masak maggie - bagi afidz rm10 untuk duit rokok, papadom dan pisang 2 - dia minum lama kat kedai mamak - balik dari kedai mamak, dia ingatkan dah settle rupanya tak lagih - i mintak dia tolong tapi samah kata tak payah

samah masih ada lagi - berborak dengan dia kat luar - sehingga kawan dia datang untuk hangkut ke atas - buat air untuk they all - then samah hambik batu akuarium (sedang & kecik) - katanya dan janjinya nak repair pintu dan tombol

Dia balik - pas kuih kek untuk hanak dia makan - pi makan dengan afidz dekat kedai indon nasi campur - afidz tak suka - tawar masakannya - pada i ok aje - kena rm8.50 - pi kedai hp - cina tu tak buat lagih - then i kata kalau boleh tolong cakap berapa dan apa rosak

balik - tunggu ups (united parcel service) - settle dengan zin - then waiting for perfume (wan) sebab eddie higwayman ada order

afidz balik dlm pukul 4.00 - ambil rm20.00 untuk hidup sehingga esok.

jogging lewat petang - maghrib lepak lama (yaasin) - selesai makan malam (nasi goreng) afidz called kata nak datang sebab kunci hilang

i sambung kerja


20 July 2010

Afidz rajin menolong - Ada makna tuh!

Selasa - 20/07/2010

afidz call dalam pukul 10.00 lebih - l pulak baru bangun2 manja.

tunggu afidz datang - l tunai hajat dalam toilet/ bilik. Buang air dan kemas diri.

afidz mintak duit untuk makan lunch dia - RM10.00. Afidz beli kat kedai makan sorang - beli l pisang 2 butir untuk l. Rokok 2 batang

Lepas mandi I keluar untuk repair handset sony ericsson yang afidz minat tu - cina tu akan call untuk tgk apa yang rosak dan quote harga - then I balik.

Pukul 3.00 petang - hambik photo selendang untuk masuk blog sales - (sila ke FB saya untuk menyaksikan produk jualan saya termasuk selendang - pautan "welcome to Anuar's wardrobe"







- afidz minta baju untuk dia tukar - baju biru polo tu dah berharian dia pakai, tak tukar langsung - l suruh tukar tapi afidz tahu maksud l - "nak menghidu" katanya.

Afidz masak maggie, sedap! - Afidz tanya sedap tak - I kata apa yang Afidz buat pasti sedap! - Pastu tolong i sediakan space to put my printing machine.

Petang - Afidz mintak pengeras - RM15.00 - I bagi then Afidz janji untuk datang esok. I tak pasti tapi dari riak muka dia ikhlas nak tolong I.


19 July 2010

seindah pagi di wangsa maju & sg buluh

seindah suria pagi,
kupancarkan cinta ini...
....
Percayalah sayangku hanya engkau kucinta
Tak pernah daku berubah hati...
(siapakah penyanyi lagu tersebut?)

awal pagi tersedar dalam 8.25 pagi, tersedar - dah set alarm hp ke pukul 5.00 untuk tunai solat isyak dan subuh- tutup - untuk selelap dua katanya - terus babas giler - tapi hampeh!!! terus pagi kesiang lagih.. kalu puasa la tu - terus tak sahur - lalu aje..

the first thing l should do bila celik mata is to sms yati kata pada dia i baru bangun - sib baik yati kata pojie pun baru bangun gak. she said take my time.

Lalalalalalala......

Laaalalalala...

lalala....

lalalala..

Tapi i takla take my own sweet time sebab dah terlewat - takut nanti orang pasar pagi tu dah berkemas - apa yang ada - sampah aje la..

sampai lrt wangsa maju around 1 hour time. kira cepat jugak la tu kan... Suasana di wangsa maju, indah di pagi hari... macam suasana kampung.. tapi tiada kicauan burung.... unggas larik berterbangan.... memangla ini bandar... mana ada benda benda terbang tu semua...

quiz sebentar : sila lihat gambar di atas... teka apak itu? tandas? toilet? bilik pegawai putra LRT?
pemandangan lrt wangsa maju dari hentian teksi on the other side.

Selepas kami berhempas pulas di sg buluh, say about 12.00 kami berduyun untuk balik. sampai rumah, time to take a break, at yatis house. pojie masak pecal lele.. yati hambik hanak hanak dia balik sekolah. I relax .. snap snap gambar gambar apa yang patut for my online business ni.

petang lepas hanak hanak pi sekola hagama, kami pula bersiap untuk memulakan tugas, memperagakan pakaian (tuan dan puan rumah... sila perhatikan baju yang depa pakai) dan membuat jualan among frens di rumah / kedai makan.

First destination - rumah nor - ambil resepi dan borak dengan laki dia (kaya raya - usana businessman)
530 ptg - balik untuk bukak rumah - then keluar balik untuk mamak - beli makan hanak hanak - pi balik kedai nor tapi sebelum tu sempat singgah rumah mak datin dan bagi dia baju untuk buat orders.

nor hidang air (like herbalife) syed "peghoobat" pojie

yati buka cerita dengan syed dan noor

i dok senyap sambil buat analisis syed dan noor

pukul 12.00 pagi - balik rumah to take alisa - then - anta i balik - depa suruh carik limau ...

cheik lupa la.. kalau ingat cheik bagitahu kat sini.. baru ingat, "ranting limau pagar" - apa guna nya kita ketemu di lain lembaran untuk mengetahui khasiat dan kelebihannya.

btw, sampai rumah - relax terus tidur.

18 July 2010

Catering & Prik Thai

Bangun awal untuk ke bangunan sultan abdul samad - ada function kat sana - Pojie ajak tolong dia untuk buat catering kat dalam building tu - KEKKWA office katanya - dah lama tak buat - tapi masih ingat lagi - sayang tak bawak camera kalau tidak boleh snappy mana mana yang boleh..




sampai hampir pukul 10.00 di hadapan building yang dijanjikan - tunggu punya tunggu pojie tak sampai sampai - tunggu lagi terus menunggu - pukul 1115 pagi baru muncul dengan kereta REXTON dia - tayar vannya meletop di tengah jalan. Tak kisah itu semua sebab yang penting dia sampai jugak - tolong kemas - Pojie tolong sekejap then dia chow untuk ambil hanak dia dan handle yang satu laginye functuion - I tak sembahyang jumahat pun padahal masjid jamek sebelah jalan aje sebab kesian nak tinggalkan yati seorang.



selesai kemas dalam pukul 2.00 petang - bawak peralatan, bengbarang keluar - cangkung kat tepi longkang tepi alley bangunan - tengok satu merc merah MAC 252 (kalau tak silap la, pengambil no ekor sila take note)parking di porch ada tetampal logo mentaeri atas plat no kete. I ingat siapakah menteri tersebut (tapi dalam hari dah tahu siapa) - rupanya menteri yang l suka butir bualnya. I labelkan menteri ini "menteri yang membaca buku ketika bercakap". Setiap butir, nahu serta perkataan yang keluar dari mulutnya itu seolah ayat ayat yang harus dipinjam untuk dijadikan penyelidikan DBP. Menteri yang i labelkan itu tak lain dan tak bukan adalah :-




Yang bagusnya dia yang mula mula bagi salam walaupun padanya i adalah seorang waiter yang duduk bercangkung di tepi longkang. I respect atas perbuatan itu. I memang admire. Salahlah anggapan I terhadap sesetengah menteri yang sombong dan cakap tak serupa bikin!

kami tunggu pojie lewat petang baru balik. Pojie ajak ke MAS building pula untuk another KEKKWA function. Pukul 6.00 baru kami bertolak balik. lepas kemaskan buffet kat tingkat 34.

sampai rumah pojie - basuh pinggan mangkuk hayun segala bana - sampai 1.00 pagi baru selesai.

hujan - kami berhenti sebentar. Kami bersiap untuk keluar makan sebelum anta i balik ke rumah.




Makan di Prik Thai - walaupun pojie order pelbagai jenis tetapi yang datang seolah semuanya di masak kicap.


Daging masak merah jadik hitam, apakah itu?

Kembung tiga rasa - jadik kembung goreng sos kicap

daging goreng pedas - jadik daging masak kicap bercili.

lepas makan - pojie dan bini serta anak perempuan lepas sekejap kat rumah - pojie ambil 11 DVD - kalau afidz tahu sure kena tegur ni




15 July 2010

Dinner Time!!!

Perut rasa memulas pulak setelah penat menghempas kepala otak di hadapan komputer. Masa untuk menenangkan minda...


Makan!!!!
Makanan malam yang disediakan oleh diri sendiri adalah telur goreng black sauce (kicap la/ soy sauce/ toyu). Kali ini masakan ini kurang mendapat pujian secara ikhlas dilidah kerana mungkin saucenya terlalu pekat dan masinnya yang terasa... tiada gaulan rasa lain terdapat di dalamnya. Mungkin lain kali harus dicairkan sedikit dan dimasukkan rencah yang dipotong. Sos cili juga I rasa patut dikurangkan untuk menjamin kesebatian rasa yang muaahhh!!!

Dah makan!!!

Nak carik pencuci mulut @ buah epal yang terdapat di dalam peti ais. Syukurlah kerana rasa masin kicap tadi mulai hilang.

Hari memasak / Hari Mengilat Dapur

Mari Memasak

Sebelum itu elok rasanya i clearkan nama ubat semalam. Seperti yang anda lihat dibawah ini, nama pil tersebut adalah B.O.D.R.E.X. Kepada sesiapa yang kepingin untuk mencari ubat ini di farmasi dipersilakan kerana mungkin ada stock tapi maaf untuk dinyatakan di sini, menurut pemberi ubat ini kepada diri ini @ abang Indonesia jual jam di Masjid India (selepas ini dilabelkan sebagai abang jam sahaja) berkata bahawa ubat ini hanya terdapat di Indonesia, di Malaysia tak pasti lagi dah masuk ke tidak? Tapi i berat mengatakan bahawa ubat ini telah terdapat di pasaran dan kedai ubat kerana menurut kebanjiran rakyat Indonesia ke Malaysia yang tiada tanda had kemasukannya. Cukup cerita tentang ubat ini, selepas ini tiada isu lagi ok.

Hari ini, i berhasrat untuk memasak makanan tengahari, maklumlah dah lama tak masuk dapur. Dapur pun dah nampak sugul dek tanpa dan gurauan usikan mesra tangan I ni pada perkakasan dapur. Last sekali adalah bersama arwah. Mungkin itulah di antara sebab sebab I takut untuk masuk dapur, banyak kenangan mengusik jiwa. Walaupun beliau telah tiada di dunia ini, namun di hati ini, wajahnya tak pernah luput.

Hari ini hasrat hati I ingin masak nasi goreng bujang aje. pakai planta sebab minyak masak tak beli. Guna aje apa yang ada di dalam peti ais dan apa yang terdapat di para dapur.


Rencah yang sudah ditumbuk tapi tak lumat, cuma pastikan ala ala hancur terpaksa gituh.


Barang barang yang dikutip dari peti ais tadi semata untuk menjadikan masakan nasi goreng I menjadi walaupun amat terhad bahannya.

"sambil ku kerling ruang tamu yang sunyi sepi waktu tengahari ini."

Maklumlah semua rakan kerja, kecuali aku yang kerja sendiri. Selalunya Afidz ada jugak menjenguk, semalam katanya nak datang tapi biasalah mulut jantan tu satu pun tak leh pakai.

Ini adalah ruang makan, living table merangkap my office space, di sinilah segala urusan kerja dijalankan.

Borak borak keliling rumah laksana site visit pulak tu kan (macamlah rumah kao besar sangat!!), nasi goreng bujang akhirnya siap jugak. Bahan ringkas. Rasa boleh tahan. Taklah teruk sangat.


Dapur yang katanya tadi merajuk kini mula bersinar. Barang-barang serta peralatan dapur telah kukemaskinikan. Berjam jam duduk di dapur untuk clear dan basuh dan lap apa yang patut. Susun atur telah diubah suai agar penglihatan lebih menarik disamping yang paling penting kemas dan rapi hingga akhir nanti.

Nak makan dulu.. Sukran.. Sukran.. Jemput Kak Kiah, Mak jah, Kak Long...

Bismillah...

14 July 2010

Menanti sinar ESOK!!!

MENANTI HARI ESOK
ESOK UNTUK SIAPA
TIADA ESOK BAGIMU
ESOK HARI INI DAN SEMALAM....

Di atas adalah tajuk2 filem Tan Sri (?) Jins Samsudin kecuali yang last tu adalah bakal filem i yang akan dibuat, entah bila siapnya.

Lupa i nak beritahu semalam yang mana semasa i bargain seutas jam tangan dengan seorang penjual (indonesia bangsanya) di masjid india, dia melihat yang i kurang sihat - selsema dan batuk di hadapannya, maka diberi kaplet/ pil dondex(lebih kurangla bunyinya dan ejaannya sebab dah terlupa ejaannya) - ubat indonesia kepada i untuk mengubati selsema dan batuk. Masa itu i tak terfikir langsung tujuan sebenar lelaki/ penjual indonesia sama ada tujuan baik ingin menolong i atau ingin meng'onar' diri ini. Apa apa pun i langsung tak sedar apa yang terlintas hanyalah "baik sungguh lelaki ini", dan niat i adalah untuk membeli dan berjanji dengan lelaki tersebut untuk membeli jam SEIKO pada esok hari kerana hari ini tiada wang yang cukup untuk membelinya.

Penjual itu memberitahu bila sampai rumah, telan sebiji dan sebelum tidur telan lagih.. Adakah i kebah selepas meminum ubat / pil ini? terserahhh!!!!


Selepas minum/ makan malam (menu terhidang : nescafe panas & kek butter buatan kedai RM8.50 - harap jangan terliur jelir manja) dan seperti dinasihatkan oleh abang jam di masjid india tersebut terpaksa dituruti.

Sebelum menutup mata, l harus nekad untuk memajukan perniagaan l yang baru merangkak ini. Moga sinar harapan kejayaan bakal ditempa berkat usaha gigih l di perjalanan menuju puncak!!!

Suasana home office .. bekalan internet hasil pertolongan saudara Fadzli (sebut dengan penuh hormat dan yakin : PWS - Mohd fadzli Lim seperti yang tertera di dalam contact handphone l)dapat menggunakan talian kerajaan streamyx dan dapat phone line. Free lagih tu. Phone aje, bil kena bayar ceeeikkkk!!! ada ngerti?

Sebelum ini l guna celcom broadband tapi kecakupannya NAUZUBILLAH.. memang teruk yang amat!!! kekadang tu langsung tak boleh connect the whole day... tapi kena bayar jugak.. sapa yang kaya? CELCOM cikgu.... bagus!!! bagus!!! Lain kali jangan guna celcom... Gunalah TM Streamyx, stable connection so far. Tak tahula esok.. Adakah sambungannya ok? Sila jawap pengguna streamyx tegar!!!

Okla nak check emails dan updatekan FB.

DAAAAaaaaa....




Hinggap Mari di Pekan Nilai

10/07/10 (sabtu)
hari ini hari untuk kami "sight seeing" ke pekan Nilai. Chukie and me telah berjanji kata sepakat untuk bertemu di KL Sentral menaiki komuter. Selepas kami bersarapan sandwich di restoran Subway(waiternya comel),



kami bertolak ke stesen komuter bawah tanah.


Kami terpampang dengan gelagat seorang jejaka yang turut menunggu train komuter. siapakah gerangan? Kami letakkan pemerhatian indah terhadap jejaka itu buat seketika. Mungkin dia akan menaiki train yang sama.


Apabila train sampai, kami menaiki coach yang tertulis "coach wanita" tetap ada jugak sang peria yang memasuki. Motif coach wanita sahaja... kenapa wanita boleh masuk coach yang lain.. kalau dah dikhaskan untuk wanita, i rasa semu wanita kenalah masuk ke coach wanita yang telah dikhaskan. Jangan la nak masuk coach yang lain bersama sama dengan golongan lelaki. Kami rasa tak salah kalau kami masuk ke coach wanita. Salah kah?


Apabila sampai di Nilai, sempat Chukie memasang badan, mengepos diri mana perlu dan jgn tak umpama sekalian mata Nilai tak memandanglah akan kewujudan makhluk asing terkeluar dari train tersesat ke bumi yang amat ber"nilai".




Perjalanan diteruskan dengan menaiki kereta sewa (taxi) untuk ke Nilai 3 dengan harege RM15.00 kalau dari batang benar RM10.00. Kalau balik ke Nilai dari Nilai 3, RM20.00, RM5.00 adalah upah untuk datang menjemput penumpang.

Setelah urusan jual beli selesai kami berinjutbalik ke train stesen dengan rasa letih, Chukie menelefon Abang Ranjannya untuk mengambil kami di Nilai 3. Penat berjalan membawa kaki yang tak larat. Stesen Nilai kami lawati untuk kali terakhir.


Train sampai, kami masih tersilap masuk coach lagi, ada penumpang mbak indonesia tu menegur, "inikan coach wanita, ....." kami tak ambil port pun. Janji kami tak mengacau penumpang wanita yang lain.




Turun di Kl Sentral, pencarian kami diteruskan ke Masjid India, mencari apa yang terkurang di hati.

Lewat malam, hujan sudah berhenti, kami rasa mission kami pun terhenti jua. Chukie harus pulang untuk menonton wayang "by hook or by crook" katanya 7.45 mesti dah ada dalam bas ke rumah.




I terus aje pulang ke Pandan Indah.

Jangkanya bilakah barang barang yang dihajati itu akan berada di rumah jua. Apa yang dah dibeli di Nilai cuma juraian untuk selendang jalur ku. Nak jahit ke dua-dua belah.




mata letih. Tidurla wahai mataku... moga bertemu dihari esok lagih... daaa..