30 March 2010

Battery HP dan Pulut 3.30am

29/03/2010 (Isnin)

Tersedar sebentar dek panggilan dari makhayam jam 6:30pagi. Tapi tak diangkat, mungkin kerana malas nak dilayan, waktu baru mata sedang enak untuk tidur walaupun tahu subuh belum dikerjakan lagi.

Sambung tidur, sesedar dah menghampiri jam 11.00

Malam tadi I mimpi dengan Abang Azriman, rindu kat dia laks.

Lepas tu mimpi berbual dengan mak. Dalam mimpi tu masih lagi suara I tinggi bila cakap dengan mak. Mak masih tak faham dengan keadaan I lagi.

Buang air besar then siap untuk ke Petronas nak deposit kan duit RM400.00 dalam epay.

Pastu balik, sambung tidur lagi, tapi bukan yang lena, cuma manja manja aje sekedar nak melepaskan penat sebentar.

Ada call dari cahaya, sekali, malas nak angkat, dua kali baru diangkat

10 minit I sampai.

Ada jem sikit depan selekoh nak masuk jalan besar

Ambil Afidz then gi beli nasi ayam dekat dengan rumahnya. Bagi RM11.00 sekali dengan Teh o ais. Afidz bawak balik 2 bungkus nasi ayam dengan air.

Then Afidz nak beli rokok bagi lagi RM6.00

Balik makan nasi ayam sesambil tengok TV

Sedang tengok AF8, konsert ke-2 Afidz kata tak kenyang, nak beli pisang goreng kat tepi, tapi Afidz nak dekat makcik tuh.

Beli cekodok pisang dengan goreng pisang.

Balik, sambung tengok AF, Afidz tak suka Iwan. Afidz suka komen Deja Moss.

Afidz tengok citer kartun, then i siap siap nak gi kedai.

Sampai di rumah Afidz, Afidz mintak RM5.00 tapi I tak bagi,

“Aku hentak engkau kang!!!”

Afidz hampa terus keluar tanpa menoleh.

I terus drive ke kedai. Rasa kosong di hati.

Sampai kedai ada pasar malam, mencantik diri dalam kete.

Dorang masih berkelahi, makhayam ajak pi jauh sikit untuk bercerita sebenar apa yang telah terjadi. Kena sepak terajang, kena bogel (hehehe....geli pulak aku bab ni)

Sherry datang, makan apam balik, sherry makan nasi.

Abang Gee kata kitaorang dah tahu fasal ngandung tuh. Lantakla. Janji bukan datang dari mulut kita.
Bagi makhayam pinjam N70, lepas tu masa nak balik, bagi pinjamkan Nokia1200 untuk dia pakai semalaman.

Tutup lampu, makhayam dan abang gee dah masuk tidur, I pinjam charger they all sebab I think my charger damage (tak leh charge)

Sampai rumah, Puddin called katanya nak singgah rumah. I charge pun sama jugaks. I tengok2 rupanya my battery tak sama.

Call Mek tak angkat, jawapnya l kenala ke kedai semula untuk mengambil/ mencari battery phone N70 I yang sebenar.

Sampai kedai, makhayam tengah tidur dengan Abang Gee.

Cari battery tak jumpa.

Bukak kedai, carik yang lama punya.

Sembang dengan mek, tengok kartun.

Mek ajak semua gi Kampung Baru. Lama jugak tunggu they all tutup kedai.

Sesambil tu mengumpat makhayam dan Faizal dengan saiful acccident. Kete kancil hancur depan.

Pukul 3.30ptg baru bertolak.

I makan pulut manis aje, kuah manis takde lagi. Mek dengan Halim makan nasi campur dengan dagang. Ase makan kuih, Nang makan nasi campur.

Semua RM26.00 (Mahalnya)

Balik, hantar dornag kat depan blok A4.

No comments:

Post a Comment