25 March 2010

No 3 - Hasil Tafsiran Tarikh Lahir








No 3 di atas adalah hasil tafsiran tarikh lahir I pada 12/02/19XX. Dilakukan didalam FB.

Ada yang ala-ala boleh diterima pakai dan tak kurang pula ada yang jauh meyimpang tersasar.

Kalau nak percaya atas tilikan 'nujum pak belalang' ini, terpulanglah pada individu, dan silakan, tapi tepuk dada tanyalah iman. Jangan mempercayainya 100% sudahlah.

Pada I juga, apa kenyataan yang betul itu sekadar kebetulan belaka, dan yang salah itu sekadar hiburan belaka.

Hasil sifat-sifat untuk sesiapa yang bernombor 3 adalah:-

Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri.

Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda.

Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana ...saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan.

Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya.

Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda.

Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan.

Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan.

Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.

Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

No comments:

Post a Comment