25 March 2010

Janji Tetap Janji Bukan Janji Diana







Apabila manusia membuat janji, wajib dikotakan...

Bukan Kota Damansara atau Kota Melaka (ada lagi ke?) tapi dalam erti kata lain, kena tunaikan janji.

Kalau tak tunaikan janji, jadilah orang munafik.

Sifat sifat orang munafik salah satunya adalah tak menepati janji kalau membuat janji.

Ada seorang kawan I, PEREMPUAN/ WANITA yang dah lama I tak contact. I kenali beliau semenjak kami sama sama di kolej ambil jurusan yang sama.

Nama muncul di FB, terus I call dia. Kerja sebagai real estate agent. Dulu involve dengan akaun.

Sekarang ni tak lagi sebab dia kata real estate agent lebih menguntungkan.

Whatever!


Tapi itu bukan isunya.

Yang menjadi isu adalah dia telah menjanjikan I macam macam tapi satu pun tak tertunai.

Antaranya:-

1) Menolong untuk pinjaman bisnes di bank atau atas wang sendiri

2) Menolong untuk dapatkan 1M dari salah seorang kawannya

3) Nak tolong bagi duit in the middle of February tapi habuk pun tarak

4) Nak tolong tunjukkan kedai kat Yap Kwan Seng tapi sampai sekarang tak de call call balik

Dulu pun masa tahun 2006, semasa dia involve dengan restoran di Bukit Jelutong, dia ada offer I kerja untuk restoran fine dining yang akan dibukanya. I melonjak riang masa tu. Dia siap kata gaji I RM4,00.00 walalupun gaji sekarang sama, dan diberikan kereta CRV putih yang sedang dipakainya.

I dah siap working paper segala, dengan floor layout sekali(my friend guna software AUTOCAD ok) Dalam erti kata lain, semuala dari A sehingga Z sebab tugas dah diletak di atas betu jemala terpaksalah tunaikan, I bukan orang munafik ok.



Tapi ADO???

NAN ADO!!!!


Apakah motif perempuan ini bercakap macam macam depan I. Bukan sekali, tetapi untuk janji buat kali kedua ini. Adakah dia hanya nak menunjuk yang dia care pada I atau nak menolong tapi tak kesampaian. Tapi dia tahu tak pada masa yang sama I betul betul mengharapkan sesuatu akan terlaksana.



Tapi ADO???

NAN ADO!!!!


Pada wanita tersebut, I ingin pesan atau sesiapa sahaja, jangan kita berkata sesuka hati kerana kerana kata santan(?) binasa.... Fikir fikirkanlah

Pada perempuan yang sama yang mungkin / tidak akan membaca lembaran ini, I harap sedar sedar la diri tu sikit. Ingati diri, sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Jangan kita buat aniaya kat orang lain, satu hari pasti aniaya itu akan datang menaniaya kita kembali.

Hidup seperti roda, terkadang kita di atas, kadang kadang kita berada di bawah.

I ingat itu semua sebab peristiwa peristiwa hidup dah banyak berlaku di hadapan mata I. Ada yang baik dan yang buruk, Yang buruk i selalu jadikkan teladan.

Yang selalu membuatkan I menganalisa diri, hisab diri supaya berjanji pada diri sendiri tak buat jahat kat orang lain.

Kembali pada kisah I tadi, berkat doa serta tawakal pada Yang Maha Kuasa, I dapat mengharung hidup tanpa belas ikhsan dari dia.

Bulan Mac ini I dapat menyelesaikan separuh dari hutang hutang I tanpa belas ikhsan dari orang orang yang pernah mintak tolong antaranya;-

1) Adlin – Yang sudah bergelar Hajjah sekarang

2) Roy – Yang sekarang sudah bergelar suami orang

3) Zamir – Yang sekarang mungkin sedang bercuti di luar negara (melancung)

4) Husin – Yang sekarang mungkin tengah handle business gila gila

I akan buktikan pada mereka satu hari nanti dorang pasti meminta tolong jugak. Dan untuk melupakan apa yang tertera di SMS SMS yang pernah I terima tidak mungkin sama sekali.



Ingatlah rezeki yang tuhan bagi itu bukan untuk kita. Sedari kalau kita tak berikan pada yang memerlukan, satu hari Tuhan akan tarik balik nikmat rezeki tersebut. Fikir Fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment