14 August 2010

Rahsia Shaliza - Bukan Lagi Rahsia @ Biarlah Rahsia











(maaf kerana tanpa izin, copy and paste pics artists - dengan izin please to my web)

Adegan lakonan Fasha Sanda (FS) mengingatkan pada lakonan beliau pada Natasha (betul ke atau siapa ya watak FS diabadikan sebagai tajuk Telenovela termasyur TV3 satu ketika dulu) Beliau memakai tudung kerana ingin memaparkan watak “baik” kononnya beliau pada penonton atau trend terkini pelakon wanita bertudung (“tudung ekpress” sebagai contoh – sitcom mempamir koleksi tudung, kaya ya sponsor tudung lepas ni dan pada produk Granier). Tapi memang tak boleh disangkal FS memang cantik bertudung, nampak ayu jelita. Cuma makeupnya kali ini sedikit over walaupun nak menampakkan lebam di belah pipi kanan, jangan la pakai blusher aje.. so unreal! Ada jenis lebam yang tak seperti blusher, warna lain selain merah atau pink please!

Watak Abang Zulkefli Zain walau sekejap tapi memadailah dengan penampilan yang lebih kemas dan rapi (seperti penampilannya sebelum ini). Tapi suka pada lirik kata beliau yakni

“kembali ke pangkal jalan. Sekarang dah masuk Asar, ... doa bebanyak” sukar dengan skrip yang sebegini di papar di padang golf.

Tetapi kenapa abang ZZ serabut kali ini? Tak sempat makeup ke?

Watak isteri Hisham (lakonan Azhar Sulaiman) bernama Mira, sukar untuk diterima lakonannya. Wataknya banyak membawa saya ketawa sendirian seolah pelakon baru di layar. Kenapa tak ditukar dengan NorKhiriah ke atau sesiapa selain wanita ini yang boleh membawa watak hebat sebagai isteri si pengkhianat.

Pelakon pelakon tambahan di pejabat seolah fit-in aje. Biasalah pelakon melayu walaupun sebagai ekstra tetapi masih nampak sangat “berlakon” Sukar untuk terima scene ini diterima pakai dalam cerita ini. Kecuali watak despatch yang boleh diangkat sebagai penghidup pelakon ekstra yang lain. Kalau dia tak ada, memang “potong stim aje” pelakon ekstra dimasukkan dalam scene.

FS kata “depan rezeki tak leh bercakap fasal problem hidup” pada rebecca tetapi kenapa masa scene dia dengan ayah di kampung terkeluar jugak frasa frasa kata di depan meja makan. So contradict apa yang diperkatakan sebelum ini.

Scene FS jumpa isteri Hisham di tasik, tolak tepi aje scene nih, menyemak dan tak penting dalam cerita.

Ayah FS cakap “pengorbanan jangan disalaherti dan jangan merosakkan diri sendiri” Kata kata ini terpana tepat pada muka sendiri. Celaka betul skrip writer ni, macam tahu aje problem aku!!!!

Kenapa isu orang melayu masih pada takuk lama, yakni tanpa usul periksa terus ambil tindakan. Terkadang isu ini patut ditangani, diperbaharui dengan satu plot yang menarik.

Rumah FS dikampung cantik, tangga warna pink, so interior decorly and color contious!

Watak Mira lagi menangis depan TV besar, membuatkan saya turut ketawa lagih melihat lakonan beliau. Gelihati sangat!

Sekali lagi Mira kena tampar (kalau tak silap kali ke 2) FS di tasik dengan tiba tiba, adegan yang patut dibuang atau ditangani dengan hati hati sebab soal perasaan penonton tak dirobek sekali kecuali bila FS nangis (real ke?) boleh la kesian sikit.

Adegan beras tinggal sikit dalam tong dengan kiraan duit syiling – so idea lapuk la. – (pakai cupak besar ke untuk FS sorang? Tapi mampu untuk tinggal apartment yang gah gitu di KL?)

Penarik kereta yang so friendly – kalau macam ni keadaannya ramai orang akan menyerahkan kereta mereka pada si “penarik kereta yang sopan” - Abang singh yang tak confident depan camera

Di office Arash – kenapa banyak sangat box file kosong mengelilingi Arash – so unreal nye props

Semasa interview boleh ke tanya balik pada arash? Dan bagi satu condition pada employer? Kao boleh?

Fasal 40K, something smoother act got to do with it. Rasa macam byk sangat orang lain dah buat (im account person last time, i know how the world of accounting works) macam tak masuk akal? Kenapa Rebecca sibuk sibuk tanya fasal 40K dan tanya pada si lelaki addin tu pulak? Apa jawatan si Rebecca, juru audit dalaman? Atau secretary baru hisham? Atau company secretary? Entah tak tahu

Ayah FS sakit – tapi cakap macam ada kudrat seperti orang sihat bercakap – macam tak terasa yang ayah si FS tu sakit cuma berbaring kat katil pesakit only. Salur hidung yang dipasang letak, motif?

Adegan di kubur dan bapak Hisham – padam aje la – ganti dengan adegan lain boleh tak sebab tanah kubur jangan sembang fasal benda lain – tak seronok la...

GG Holdings – nama langsung tak segah mana – ABCD tan sri kamaludin – tak de nama lain ke? Nama macam dah kehabisan idea – berilah nama yang setanding masa kini supaya sedap pada jalan cerita.

Overall, cerita nya ok sahaja. Rating 3.5. Banyak boleh diperbaiki seperti menambah lagi curiousity di tgh cerita dan cerita si pengintip Hisham, kenapa wataknya hilang begitu sahaja setelah dapat duit (boleh tahan jugak lakonan jantan ni). Watak Mira patut di perhalusi kerana diakhir cerita Hisham sebenarnya mabuk nafsu. Adakah mereka pasangan yang “serashi” bak kata ajai. Watak Arash patut dikendali dalam arena kes FS – janganlah jadi macam tak ambil kisah langsung – padahal FS yang naikkan ABCDEFGH company tuh kan. Adegan adegan keanakan patut dibuang, tambah dengan fast and climaks di tgh cerita.

Di awal cerita kenapa dah buat macam tu! Memang potong stim, dan i tak suka dan anti climaks. Nak buat macam cerita mat salih ok tapi tgh tgh cerita meleret entah ke mana... Kalau nak buat ala ala penyiasatan, buatla sebaik mungkin. Jangan la jadik macam 5 minit akhir baru cerita semua dibongkar!. So tak leh terima.

Anyway, cerita ini mengingatkan kembali satu cerita hidustan yang pernah saya nonton ketika kecil dulu – KATI PATANG kot?


08 August 2010

Weekend yang sempit

07/08 - adalah hari tanpa matahari - kerana hari ini im didnt open my eyes to see the sun. Koma dari 645 pagi sehingga 754malam. Memang i tak sangka i boleh tidur sepanjang hari itu. Bukan tahap koma, i rasa tahap CCU ataupun dah berhijrah ke alam lain. Lepaslah I nye zohor dan asar. Masya-Allah. Kena qada' semua nih!! Jangan berhutang dengan tuhan ok.

08/08 - pagi dikejutkan oleh makhayam katanya Tuan Haji Omar dah meninggal dunia.. Innalillahwainnailaihirajiun.. (kepadaNya kita datang dan kepadaNya kita jua kembali) Masih ingat senda gurau tuan haji di kedai topup tapi semuanya telah menjadi lipatan sejarah. Suara beliau yang "mengaum" tidak akan kedengaran di pelusuk desa pandan..

noon - Kak Erra Pahzira datang menunggang buraq setianya Peugeot206 - membawa ku makan di La zeez cafe yang kurang sedap hidangannya - mintak cili potong - bukan cili potong diberi malahan cili yang sebatang sebatang bermandikan kicap cair (camera pulak lupa nak bawak sekali, kalau tak dapat dirakamkan di atas blog ini sebagai bukti - nasib baik di desa pandan ada timbal baliknya - tuan rumah arwah menyediakan kenduri doa selamat tapi dah selesai..

antara lauk - masak asam tumis ikan dengan bende (my favorite... teringat kat arwah azamlah pulak), tougeh goreng, ikan goreng, pucuk manis masak lemak putih (kalau tak silap i lah sebab terlupa nak tengok/ sentuh) yang makan semua budak budak aje tapi i tak kisah... i kena jugak isi perut untuk menokok tambah yang kekurangan di La Zeez tadi.

lepas tunjuk ajar abang gee tentang FB nya, kami berundur balik - Kak erra anta i balik then dia pun chow ke DamanDamai

I dah mula dihantui kesunyian kembali

Afidz dah beberapa hari tak call call i sejak phone N70 i rosak tempuh hari - kenapa?

Entah???

dah dekat nak maghrib baru nak cabut rumput kat laman rumah - sempatla 1 plastik sampah biru tu penuh

Solat then relax depan tv - makanan malam - Roti aje ke?




Tengok ASTRO PRIMA "isteri untuk ayah" nice story - happy ending (biasalah cerita melayu) - watie SADALI seperti biasa (memang watak terkenalnya pun) berjaya dengan rela membawa watak pompuan penggoda - tak de sapa boleh tanding watak ini ok - nak lawan sapa? - no no no - she is at her own league - boleh gituh - azhar sulaiman (kenapa nampak semakin tua) menampilkan lakonan yang tiada luar biasa - manakala kanak kanak "menjadi" dengan lakonan mereka - tapi i suka watak si kak long - memainkan watak sebagai ketua adik beradik secara biasa tanpa lebih atau kurang - ngam! - secukup rasa bak kata kak kathy - ayu raudah (kenapa nampak gemok) seperti biasa lakonan yang tiada apa yang patut diserlahkan tapi kenapa makeupnya kurang kali ini - atau malas nak nampak over - muka awak tu pun bukan cantik sangat complexionnya (sorry abang zakuan, i terlepas pada calon isteri you , maaf ye)- sudah pergi touch up!!! boleh?

sambung kerja tak tahu sampai bila nak habis

adakah esok ku bisa menilik matahari berdhuha ke hadratNya?



KESERONOKAN BEKERJA



(artikel ini diambil dari FB en zainal ali - terima kasih)

Keseronokan bekerja, sebenarnya adalah anak kunci kecemerlangan. Kecemerlangan kerja samada kakitangan kerajaan ataupun swasta membawa keuntungan dan kejayaan kepada negara dan individu sendiri.

Apabila kita menyebut mengenai berapa orang yang sukakan kerjanya?

Sama ada, suka atau tidak, kenyataan yang hakiki, sebahagian hidup kita dihabiskan di tempat kerja, di meja kita, di kalangan rakan-rakan sekerja kita, berdepan dengan bos kita.

Walau bagaimanapun, kita mesti bekerja, tidak kira dengan siapa, kerja apa, atau di mana sahaja untuk menyara hidup kita dan keluarga. Itu adalah tanggung jawab kita.

Jadi, bayangkanlah bagaimana keadaan hidup kita ini, sekiranya kita tidak suka, tidak seronok dengan apa yang kita lakukan, yakni tidak seronok dengan kerja kita, tempat kita mencari rezeki.

Ini bermakna kita terpaksa mengheret diri kita ke tempat kerja dan menghabiskan sebahagian besar kehidupan kita dengan penuh rasa bosan, malas, bersungut sepanjang hari sehinggalah jam menunjukkan jam 4.30 atau 5.00 petang barulah kita akan berkeadaan cergas semula, boleh tersenyum dan bersemangat untuk pulang ke rumah!



Begitulah keadaannya dengan orang yang tidak suka dan tidak berminat dengan apa yang dilakukannya, tetapi terpaksa bekerja untuk menyara hidup dan keluarganya! Keadaan ini akan menjejaskan imejnya sebagai pekerja dan merupakan masalah serta bebanan yang terpaksa ditanggung oleh majikan dan negara.

Ternyata sekali, kurangnya semangat bekerja, bekerja tanpa motivasi serta tiadanya sistem bimbingan pengawasan yang praktikal, akan menyebabkan timbulnya mutu kerja yang tidak berkualiti, produktiviti yang menurun dan mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Satu persoalan yang harus kita renungkan bersama, apakah mungkin kita gabungkan diantara kecemerlangan, kualiti, produktiviti dan perkhidmatan kita dengan keseronokan bekerja? Tidak bolehkah agaknya kita meningkat maju atau naik dengan cara menyukai kerja kita, meningkatkan keupayaan dan minat kita untuk menyukai, apa yang kita lakukan, tidak kiralah apa pun kerja kita ketika ini - amanah sebagai pekerja pejabat, kerani, pegawai ataupun eksekutif.

Anak kunci kejayaan peribadi, produktiviti, kenaikan pangkat dan gaji yang lumayan sesungguhnya bergantung kepada minat dan semangat bekerja kuat individu itu sendiri, disertai dengan sikap seronok dan cintakan kerja.

Oleh sebab terlalu seronok bekerja ada kalanya kita tidak sedar hingga pukul berapa kita bekerja siang dan malam. Orang beginilah yang akan menikmati kepuasan bekerja. Biasanya ganjaran bagi orang yang dapat menikmati keseronokan dan kepuasan bekerja ialah pangkat tinggi dan gaji lumayan serta dipandang tinggi oleh masyarakat.

Saya tidak pernah melihat, terutama yang bekerja di firma swasta, seorang pekerja yang tidak sukakan kerjanya, sentiasa merasa bosan dan bersungut, tidak sukakan bosnya kemudian dinaikkan pangkat dan gaji yang tinggi. Apa yang saya tahu mereka akan diturunkan pangkat diletakkan dalam cold storage dan akhirnya dipecat.

Cuba kita perhatikan pekerja bagaimana yang menjadi kesayangan dan rebutan majikan.




Ciri-cirinya adalah seperti berikut:

* Pekerja yang benar-benar tahu dan mahir dalam kerjanya. Apabila diberi sesuatu tugasan, dia sentiasa berasa bangga, take pride dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya, walaupun orang lain tidak sanggup dan tidak mahu hendak mengerjakannya. Pekerja begini mudah dikenal pasti. Sekalipun majikannya tidak perasan, tetapi yang nyata orang luar yang berurusan dengannya boleh nampak dan mudah mengenalinya. Apabila pekerja ini ingin bersara awal, peluang baginya untuk berniaga atau bekerja di sektor swasta amat cerah. Itulah ganjarannya.

* Sentiasa menjadikan matlamat jabatannya atau organisasinya sebagai matlamat dirinya sendiri dan sentiasa berusaha di sisi bosnya untuk mencapai matlamat tersebut, tidak kira berapa besar halangan dan cabaran yang harus ditempuhinya.

* Sentiasa berminat atas segala masalah dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat atau jabatannya. Dia cuba memahami masalah tersebut seolah-olah dia sebahgian daripada pasukan ketua jabatan atau Pengarah Urusan yang bertanggungjawab. Dia mengambil inisiatif merancang kaedah penyelesaian dan mengemukakan pelan tindakan kepada bosnya untuk perbincangan lanjut dan menawarkan dirinya melaksanakannya berdasarkan pengalaman dan kemahirannya.

* Sentiasa sanggup bekerja lebih masa, memanjangkan waktu kerjanya, melipatgandakan usahanya 10% lebih daripada rakan-rakan sekerja yang lain tanpa mengharapkan ganjaran lebih.

* Sentiasa bersifat jujur, amanah, bersikap terbuka, disenangi, bijak berkomunikasi, mempunyai personaliti yang menarik, bermotivasi tinggi dan berakhlak mulia.

Itulah di antara ciri-ciri kecemerlangan yang ada pada diri orang yang sentiasa in great demand dan menjadi rebutan kepada majikan.

Motonya berbunyi: Ganjaran yang akan kita peroleh di dalam hidup ini akan mencerminkan tahap perkhidmatan kita yang sebenarnya terhadap masyarakat.

Daripada aspek kewangan pula, wang ataupun ganjaran yang diperoleh adalah sebagai `pertukaran' kepada perkhidmatan yang telah ditawarkan.

Pekerja yang disayangi oleh majikannya adalah mereka yang berusaha memahami kehendak majikannya dan berusaha mencapai matlamat syarikat serta menaikkan imej kedua-duanya.

Walau apa sahaja `kerja' kita, tugas kita yang pertama dan utama ialah menaikkan imej bos kita, serta imej jabatan dan organisasi yang diterajuinya.

06 August 2010

Doa Solat Dhuha











DOA SOLAT DHUHA

"Ya Allah, bahwasanya waktu DHUHA itu adalah waktu DHUHAMu,
kecantikan ialah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
dan perlindungan itu, perlindunganMu.
Ya Allah, jika REZEKIKU masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah,
berkat waktu DHUHA, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh".

05 August 2010

Di Sini Kasihku/ Wangku Tertumpah

Merayau rayau di internet, cuba menyelidiki company lama saya, rupanya ada / masih ujud company lama saya bekerja terdaftar di google, di tempat lama spt mana tertera peta di bawah ini.

PT Gas & Ironworks Sdn Bhd

Nama se'gah' companynya - walaupun saiz company ini kecik tetapi income tahunan yang dikacupi well enough untuk menyara beberapa pekerja wanita (sahaja) di opis itu.

Di sini juga saya, detik pertama berjumpa dengan Afdiz dan bagaimana Afidz telah mengubah hidup saya dari senang lenang kepada tak rasa duduk senang. Afidz juga telah merubah hidup saya yang concentrate kerja hanya, ke concentrate kepadanya sahaja.

Pelbagai pengalaman pahit manis di company ini - Aditya Syailendra@ayah - beliau adalah lelaki melayu(indonesia actually tapi dari rumpun melayu) terakhir yang paling baik pernah saya jumpa di atas muka bumi Allah ini. Saya pasti and walau tidak sangat mengharap tidak akan berjumpa lagi dengan insan lain sebaik Aditya.






Pada tuhan saya mohon akan diketemu insan sebaik beliau sehidup semati.

Insya-Allah...