20 March 2010

Mata Berat Tak Cukup Tidur

20/03/2010 (Sabtu) - Hari ini berjaga sehingga pukul 6.15 pagi gara gara ingin mempelajari lebih lanjut mengenai blog dan cara muatturun dan susun aturnya. Setelah menunaikan solat subuh, i tukar sut tidur dan bersiap untuk memanjakan diri di persada pertapaan santapan kegemaran. Kali ini tidak di atas katil empuk seperti hari hari biasa, tetapi memadai dengan tidur di atas sofa aje, dek kerana panahan polak gersang nak tidur dalam bilik. Lagipun al-maklumlah bilik tidur tiada disediakan sistem penghawa dingin.

Oklah nak ucapkan "Selamat pagi semua", masa untuk merehatkan mata sekejap, sambil tidur-tidur manja sebelum Suzi call sat lagi.


zzzz ...

zzz ...

zz ...

z ...



9.45 pagi - Suzi called ajak ketemu untuk copy novelanya. Mata i masih berat lagi untuk dibuka, baru bape jam aje ditutup. Layanan/ balasan kata pada Suzi sekadar aje dengan mata yang masih di tutup.

eik ... aaa..... oooo.....hmmm..... aaarr...... ok.....

"nanti la.. i call you bila i dah ok"

Ambil masa sedikit untuk streching mata dan kumpul tenaga untuk bangun.


...


Mahu tak mahu terpaksa jugak bersiap diri sebab malam tadi dah janji dengan Suzi untuk men'transfer' segala files/ novel yang diperlukan.

Buat bankin sekejap sebelum ketemu dirinya.

Ambil Suzi then meluncur laju ke OldTown White Coffee Jalan Cheras berhampiran dengan Toyota servis center. Tempat tu ada wi-fi, fikir l. sampai aje di sana, Order Toast dan mocha sementara Suzi order Hazelnut. Itupun kena pusing/ tawaf 2 kali untuk mencari parking. Tempat di situ memang terkenal dengan packed parking. Lebih kurang satu jam selesai segala urusan, kami mula beransur untuk meninggalkan tempat makan itu. (tempat terang sangat! tak sesuai untuk ber'laptop' ketika ini dan wireless tak dapat connected, geram jugak). Harga minuman dan makanan - RM17.95. I bayar di kaunter.

Suzi berhasrat untuk gunting rambut tetapi bila sampai di kedai gunting terpaksa dibatalkan kerana ada 3 orang pelanggan dan Suzi malas untuk menunggu lama. Suzi berkata yang dia akan berbasikal sahaja ke tempat gunting itu sedikit masa lagi.

Setelah menghantar Suzi di rumah Jazz, I terus balik rumah. Sampai aje di rumah, kemas serba sikit, layan laptop, sembahyang then rehat. Pukul 3.00 petang, mula bersiap untuk ke kedai, Apabila melewati PBB, afidz called (Paling lewat dapat call dari Afidz selama ini), dia kata lapar. Bagi RM5.00 then dia sibuk tanya fasal motor untuk dihantar repair. I tanya fasal baju baru, dia kata itu pun nak cemburu.

Entah la.

Mana boleh entah la.. Memang i cemburu pun.. Nampak macam ada orang lain yang ingin ambil kesempatan, ambil berat Afidz. Perasaan I tak macam dulu lagi (cepat naik angin), l rasa dah macam tak berapa kesah sebab dah lama sebenarnya i dengan dia, rasa macam nak lepaskan dia pun ada jugak. I dah biasa ditinggal-tinggalkan. Jadik, alah bisa la tuh.

"Ada aku kesah!!!"

Perbualan kami mengambil masa lebih kurang 10 minit. Tapi seperti biasa tiada mendapat kata putus. Kalau bercakap dengan Afidz ni memang la, jangan sangat diharap ada kata pemutusnya. Berbalik pada baju yang dipakainya, lepas ni i tahula nak jawap apa bila dia call i nanti.

Sampai di kedai, bukak seperti biasa. Namun perasaan tak puas hati tu tak de seperti dulu dulu.

Jaih ada pulak, sibuk aje dia tuh. Dia tanya fasal charger telefon Cina dan nak cuci telefon tuh.

Pelanggan kat kedai Mek mahupun di kedai l tak berapa ramai sangat. Mungkin hujan, jadi orang mengambil masa untuk makan dan turun ke bawah.

Mata masih rasa berat untuk dibuka.

Balik pukul 1.00 lebih sikit selepas temankan makhayam makan tandoori cheese (makan timun dan sedikit ayam warna merahnya saja)

No comments:

Post a Comment