19 March 2010

Selingkar Kisah Cinta – Satu Sinopsis



Kami dipertemukan di pertengahan tahun 2008 ketika arwah masih bekerja di salah satu tempat istirehat di Taman Miharja, Kuala Lumpur. Telah banyak kali diri mencuba untuk bertemu rapat dengan arwah tapi semuanya seolah ditentang sama ada dengan keadaan yang tidak mengizinkan atau dengan ketiadahadiranan beliau di tempat kerja.

Tapi kala pertama bertemu, seolah rasa tidak mahu melepaskan peluang yang ada di hadapan mata. Ditambah lagi dengan bantuan salah seorang pemilik tetap di sana, diri terasa amat bertuah. Maklumkan pucuk dicita, mahukan ulam dilata begitu sahaja. Mangsa sudah ada di hadapan mata, untuk apa penantian ditagih, gunakan segala ilmu yang ada untuk berjuang hingga ke titis akhir.

Cinta mula berputik, serasa dunia begitu indah. Pertemuan demi pertemuan diatur samata untuk mengeratkan lagi cinta kami. Kami sering bersama apabila salah seorang kami tidak ada aktiviti harian. Kami gunakan masa yang terhad itu sebaik mungkin.

Hari Raya Haji 2008. Badai melanda, beliau ditimpa kemalangan ketika pualng dari kediamanku ke Damansara Damai. Di situ juga kasih kami terhalang dek munculnya gerangan orang ketiga. Dari awal pun telah dikhabar oleh arwah yang hatinya terpaksa berkongsi kasih. Orang ketiga ini cuba untuk menginsafi diri ini pada masa yang sama mengambil kesempatan atas kejadian lahiriah. I faham dan sememangnya tidak boleh menyangkal atas apa yang dihujah. Apa yang boleh dikatakan hanyalah kami sekadar kawan rapat. Ditutup segala wacana hidup kami berdua agar pekung tak tersebar melata. Arwah hilang buat seketika untuk berubat diri yang malang dan mencari kekuatan semangat untuk melaung hidup.

Tengah tahun 2009, kelibatnya muncul kembali. Kali ini dengan keadaan baru selepas pulih dari mara bahaya. Ada anggota tubuh yang sukar untuk membuat kerja kerja berat. Tugasnya di Damansara Damai juga telah ditamatkan. Mencari sesuap nasi di mana ada peluang. Kami mula membina hidup kami bersama. Badai, ribut dan segala bentuk bencana datang juga tanpa diundang. Orang ke-3 ini mencuba sedaya mungkin untuk menghalang dari segenap peluang yang terpapar.

Bulan puasa 2009 ketika umat islam sibuk membuat persiapan raya, kami pula sibuk bertegang leher menegak benang basah diri masing masing. Arwah tidak ada kekuatan lagi untuk tinggal bersama, langsung beransur pergi dari 38F, tempat kediaman satu ketika dahulu ke Damansara Damai katanya.

I kembali keseorangan. Hingga ke bulan Januari 2010, 26hb., nafas arwah terhenti di bumi Allah ini. Berita kehilangannya seolah satu khabar ngeri, lawak pun ada dan terkujat beruk pun memang terpampang muka. Penyesalan demi penyesalan berbisa hanyalah tinggalan kerana tidak boleh memusing roda yang telah berputar ke hadapan.

I menyesal kerana :-

  1. Tidak berada di sisi arwah ketika sakit terlantar di HKL. Sungguh keras hati manusia yang berada di sisi arwah ketika itu sehinggakan sanggup menutup segala khabar berita.
  2. Tidak cuba menghalang apa juga tabiat buruk semasa hidupnya ketika berpisah. Nalurinya terhadap ‘makanan idaman’ sukar dibendung, tapi boleh dikawal selia dan berpantang jaga.
  3. Bertengkar dan tiada jalan penyelesaian yang mutlak untuk kembali ke pangkuan diri. Parassaan cemburu, iri hati, sakit hati, meluat takut pada bayang bayang sendiri mungkin telah sebati dengan diri lantas beraksi atas paksi emosi yang kurang rasional.
  4. Yang paling dikesali adalah diri tak dapat bersama ketika arwah dimandikan, dikapankan, disembahayangkan dan akhirnya disemadikan selama-lamanya di Jalan Cheras Kuala Lumpur.
  5. Apalah daya diri sekujur berserah pada Yang Maha Esa agar kami diampunkan dosa, diringankan siksa alam barzakh, dilapangkan di kuburan, diberkati segala amalan arwah ketika hidup.

Doaku sehingga nafas akhir agar roh arwah mendapat perlindungan seperti yang mana yang telah diberi kepada golongan para syuhada, anbia dan golongan golongan yang terpuji.
Amin Ya Rabbil `Alamin.

Al-Fatihah buat arwah “mohamad azam tajuddin” (800204-14-5769)

No comments:

Post a Comment