17 March 2010

Afidz - Epilog Memori Gelita

Di saat cinta kembali mekar, hati yang dahulunya luluh menjadi ceria. Cinta itu datang lagi tatkala merawat kembali hati yang sedang rawan. Riang riak di jiwa kini ceria bertapak. Cinta diharap kali ini hingga ke takat akhir hayat. Tetapi kala badai percintaan datang bertandang melanda jiwa rundung tanpa diundang, kisah cinta mekar punah meranap segala benak harapan. Jiwa kembali melodak, hati mula kembali tak tenang.

Nik Abdul Hafiz Nik Rosly – Sayangku, Intan nyawa hatiku.. Memang sukar nak kulafazkan betapa aku merindu dan mengasihi dirimu. Kudampakan saat saat bahagia kita bersama sewaktu tika dahulu. Kau hidup di setiap ruang hela nafasku. Walaupun kisah cinta kita tak sehebat Romeo dan Juliet, kau adalah semangat dalam setiap gerak nadi hidupku. Beberapa kali kau uji cinta kita dengan perpisahan, namun kutabah menghadapinya kerana aku pasti kau akan kembali jua akhirnya ke pangkuanku. Sepi perpisahan yang kau cipta menambahkan lara dalam kehidupan, justeru menjadikan aku manusia tanpa arah. Aku umpama kapal yang tiada nakhodanya, tanpa kemudi. Berlalu pergi membawa diri tanpa arah. Akhirnya kumengertikan diriku bahawa kau tercipta bukan untuk kucinta atau kurindu kerana kufahami kini hatimu tak bermukim untukku. Selama ini aku cuma mencintai jasadmu tapi yang setotalnya cintamu berpihak pada yang lain. Walaupun aku cuba menandingi dari segala daya dan usaha tapi nyata tidak berjaya menakluki hatimu. Aku pasrah pada yang Esa. Mungkin ini takdir qadar yang telah ditetapkan untuk insan yang tiada rupa seperti diriku. Aku seumpama seperti melukut yang bergantangan di tapian hatimu.

Terima kasih kuucapkan kepada kau kerana berjaya mencipta lara jiwa yang tak bertepi. Memupuk segala kepedihan terbuku dihati, menjelma bukuan keresahan yang tak berpenghujung. Kau berjaya merundum segala kenikmatan hidup yang aku lalui sebelum ini. Kuyakini yang kau boleh mendabik dada setelah berjaya membenam mangsa kasih seperti aku. Aku seusaha daya akan meneruskan perjalanan titian hidup yang berliku ini tanpa insan yang kusayang disisi. Kesan darah pedih semalam masih melilih pedih di kalbu belum lagi kering dan akan membeku di makan hari. Di samping itu, ku mampu berdoa agar kau tidak lagi menganiaya seramai mangsa yang boleh dan kembali ke pangkal jalan memjadi insan yang jujur dan berguna. Jauh di sudut hatiku kulakarkan segala nikmat nikmat cinta seperhentian yang cuma mengundang titik titik barah hitam dalam diari hidupku.

No comments:

Post a Comment