25 March 2010

Jeritan di Khalayak Ramai

25/03/2010 (Khamis)

Sebelum tidur malam tadi on kan MP3 bacaan al-quran.

Semasa tersedar waktu pagi, MP3 itu masih lagi kedengaran bacaan surah suci nya.

I kurang pasti surah apa yang kedengaran waktu mata ini celik. Yang pasti bila bukak mata dan surah tu first masuk dalam gegendang telinga, rasa aman aje. Tenang... setenang air di laut.



Kena bangun untuk masuk duit epay, tengah buang air besar sambil cabut bulu di muka, deringan handphone, i flush dan terus jawap. Tak cuci pun lagi. Panggilan tu penting dari segala.

Afidz kata i baru bangun.

Apa apa la Fidz.

“10 minit lagi l sampai”

Bersiap then terus ke rumah Afidz. Afidz mula membebel kata tak ngaku baru bangun tidur.

Apa apa la Fidz.

Afidz kata kalau nak gi bank dulu, gi la. I bank in duit kat petronas Pandan Indah, RM250.00 ada RM40.00 dalam wallet tapi tak cukup RM10.00 untuk RM300.00. Tak pe la. RM250.00 cukup la tuh. Nanti duit makan Afidz lagi, sapa nak tanggung.

Then bawak Afidz makan ke 9-11 ikut jalan belakang.

Ini mula jadi tragedi selepas beberapa lama tak jadik.

Afidz mula memekakkan pangkal telinga I.

“Nuar lain kali kalau Afidz kata ambil jalan lain tu ikut aje la.”

“Kan accident tu. Takkan tak nampak ke!”

Pantang I dengar.....

“....... anta aku balik.....”



Asyik asyik itu aje kalimah merajuk dia.


“....... anta aku balik.....”

“....... anta aku balik.....”

Kau ingat aku heran ke.

Ada aku kesah.

Terus pusing ikut jalan ke bawah.

Anta dia balik.

Sampai rumah, dia mintak duit makan.

“Tak de”
Kete terus meluncur laju.

I singgah kat Rasa Utara, makan sekejap.. Order teh o suam, nasi campur lauk masak lemak sayur pucuk ubi, sambal dan ulam.

Semua RM4.00

Sedang makan, Afidz telefon tanya kat mana. Kat area rumah I.

“Tolong amik, nak makan” tak habis pun makan.

“Afidz jangan buat macam ni lagi ok”

Sampai kat sana, Afdiz masih lagi nak sambung. Afidz nak sambung lagi ke. Kalau nak sambung, I mintak Afidz turun. Malas I nak layan.

Then bawak Afidz ke 9-11. Sampai kat sana, Afdiz buat hal lagih.

I suruh Afidz keluar dulu, ambil makanan.

Afidz tanak.

Kete nak undur, I nak masuk parking. Afidz kata undur la sikit.

“Nuar, kalau orang cakap tu buat ajela. Memang Afidz tak de kete, tapi kalau orang cakap tu ikut aje la.”

“Kau nak keluar ke tak?”

I dok kemas beg, letak beg depan rasa macam nak cabut, biar dia makan sorang. Pernah I buat hal macam ni.

Sebenarnya I tak suka orang dok perintah perintah I kecuali orang tu ada kredebiliti and I respect him the way he is.

Itu adalah pantang I.

Afidz jerittttttt kuat........ sampai orang dalam restoran pandang kita orang.

I kemaluan, terus tutup pintu kete, masuk dalam seolah macam tak de apa apa yang berlaku.



“OIIIIIiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

I ambil beg dan terus duduk diam dalam restoran.

“You gi ambil makanan dulu.”

“Tanakla.”

“Jom kita balik.”

On the way anta dia, dia masih lagi pertikaikan fasal jem tadi.

Tapi kali ni dengan suara yang perlahan. Seolah nak cuba slow talk dengan I.

I senyap tanpa bercakap apa-apa. Malas nak layan apa-apa.

Dekat simpang nak masuk cahaya dari bukit tu, Afidz boleh cakap kalau Nuar marah anta kat sini kalau Nuar betul betul marah anta Afidz kat rumah.

I lepas simpang pusing kete dan drop Afidz kat tempat yang dia nak.

I blah. Ikut bukit terus pusing balik rumah.

Baring sekejap nak tenangkan diri.... Lelapkan mata untuk lupakan apa yang sudah berlaku sebentar tadi.

Pukul 3.15, ambil air sembahyang, sembahyang zohor. Cuba mengadu pada tuhan sebentar tentang apa yang berlaku. Semoga dengan solat ini dapat menenangkan jiwa yang bercelaru tadi dan moga dikuatkan semangat untuk menempuh hari hari depan. Insya-Allah.

MUNAJAT pada tuhan sebentar.....



Tengok Konsert AF8 sikit.


Pukul 4.15, bersiap untuk ke kedai.

Sembahyang Asar, waktu hujan lebat kat surau belakang. Baca selawat.

Lepas maghrib potong kuku, harap dikira masuk jumahat. Baca yaasin.

No comments:

Post a Comment