31 March 2010

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..

(Artikel ini adalah di'copypaste' dari http://smile4all.wordpress.com dengan izin)

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour


Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..

hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..


selamat mencuba :)

HP Baru & Jiwa Kosong

30/03/2010 (Selasa)

Sampai aje rumah, Puddin dan Wan serta anak mereka baru sampai. Dorang sampai lebih kurang pukul 5.00pagi.

I bersiap untuk tidur, tengok tv sikit, wan jugak join sekejap then kami semuamasuk tidur.

Bangun pagi, Lebih kurang pukul 12.00, Puddin bangun dulu. Dia dah conquered itu bilik mandi, l yang nak buang air terpaksa pakai satu bilik air lagi. Sedang buang air, Balkis bukak pintu bilik air, nasib baik dah siap.

Pepagi gini dorang dah bertekak, bosan jugak. Macam mana rezeki nak masuk?

Gi topup epay kat Petronas Pandan Indah naik kete aje sebab kena rushing. Dorang pun keluar sama. Katanya lepas urusan terus balik Johor.

Gi Pandan Capital untuk collect laptops tapi laptops tak sampai sampai lagi. Naik hangin dengan si RAM ni.

Pi Taman Maluri untuk beli HP (paling murah) dan aksesori (Battery N70 & Charger)



Semuanya cost RM105.50

Balik ikut pusing balik, one big round, kalau bawak Afidz ada ni sure kena bambu.

Balik rumah pi PBB untuk masuk duit Kinta, dalam bank PBB Puddin called tak jadi balik, kena settlekan bank tu esok, dia kat area kampung Pandan, then nak gi TESCO, ajak makan, tapi tak sempat, ramai orang.

Balik tengok tv, tidur, bangun tengok Air Mata Cinta.


Puddin balik, I pi kedai. Puddin tak jadik keluar, kena keluar malam katanya.


Bukak kedai seperti biasa. Malam ni mek buat masak lemak ikan masin rencah kacang panjang. I pi beli kicap (toyou) untuk makan dengan lauk masak lemak itu seperti kecik kecik dulu.

Tapi makan kali ini tak berapa selera la. Tak tahu kenapa. Tak tambah pun. Mungkin emosi berbaur kot.

Malam 1.30 pagi baru balik, lepas borak dengan mek dan pilih antah beras.

30 March 2010

Battery HP dan Pulut 3.30am

29/03/2010 (Isnin)

Tersedar sebentar dek panggilan dari makhayam jam 6:30pagi. Tapi tak diangkat, mungkin kerana malas nak dilayan, waktu baru mata sedang enak untuk tidur walaupun tahu subuh belum dikerjakan lagi.

Sambung tidur, sesedar dah menghampiri jam 11.00

Malam tadi I mimpi dengan Abang Azriman, rindu kat dia laks.

Lepas tu mimpi berbual dengan mak. Dalam mimpi tu masih lagi suara I tinggi bila cakap dengan mak. Mak masih tak faham dengan keadaan I lagi.

Buang air besar then siap untuk ke Petronas nak deposit kan duit RM400.00 dalam epay.

Pastu balik, sambung tidur lagi, tapi bukan yang lena, cuma manja manja aje sekedar nak melepaskan penat sebentar.

Ada call dari cahaya, sekali, malas nak angkat, dua kali baru diangkat

10 minit I sampai.

Ada jem sikit depan selekoh nak masuk jalan besar

Ambil Afidz then gi beli nasi ayam dekat dengan rumahnya. Bagi RM11.00 sekali dengan Teh o ais. Afidz bawak balik 2 bungkus nasi ayam dengan air.

Then Afidz nak beli rokok bagi lagi RM6.00

Balik makan nasi ayam sesambil tengok TV

Sedang tengok AF8, konsert ke-2 Afidz kata tak kenyang, nak beli pisang goreng kat tepi, tapi Afidz nak dekat makcik tuh.

Beli cekodok pisang dengan goreng pisang.

Balik, sambung tengok AF, Afidz tak suka Iwan. Afidz suka komen Deja Moss.

Afidz tengok citer kartun, then i siap siap nak gi kedai.

Sampai di rumah Afidz, Afidz mintak RM5.00 tapi I tak bagi,

“Aku hentak engkau kang!!!”

Afidz hampa terus keluar tanpa menoleh.

I terus drive ke kedai. Rasa kosong di hati.

Sampai kedai ada pasar malam, mencantik diri dalam kete.

Dorang masih berkelahi, makhayam ajak pi jauh sikit untuk bercerita sebenar apa yang telah terjadi. Kena sepak terajang, kena bogel (hehehe....geli pulak aku bab ni)

Sherry datang, makan apam balik, sherry makan nasi.

Abang Gee kata kitaorang dah tahu fasal ngandung tuh. Lantakla. Janji bukan datang dari mulut kita.
Bagi makhayam pinjam N70, lepas tu masa nak balik, bagi pinjamkan Nokia1200 untuk dia pakai semalaman.

Tutup lampu, makhayam dan abang gee dah masuk tidur, I pinjam charger they all sebab I think my charger damage (tak leh charge)

Sampai rumah, Puddin called katanya nak singgah rumah. I charge pun sama jugaks. I tengok2 rupanya my battery tak sama.

Call Mek tak angkat, jawapnya l kenala ke kedai semula untuk mengambil/ mencari battery phone N70 I yang sebenar.

Sampai kedai, makhayam tengah tidur dengan Abang Gee.

Cari battery tak jumpa.

Bukak kedai, carik yang lama punya.

Sembang dengan mek, tengok kartun.

Mek ajak semua gi Kampung Baru. Lama jugak tunggu they all tutup kedai.

Sesambil tu mengumpat makhayam dan Faizal dengan saiful acccident. Kete kancil hancur depan.

Pukul 3.30ptg baru bertolak.

I makan pulut manis aje, kuah manis takde lagi. Mek dengan Halim makan nasi campur dengan dagang. Ase makan kuih, Nang makan nasi campur.

Semua RM26.00 (Mahalnya)

Balik, hantar dornag kat depan blok A4.

Aku Masih Lagi Di sini

















(Puisi untuk AlMarhum Mohammad Azam Tajuddin)

Di perkampungan barzakh ini

Kuperindahkan salam tika melintasi datang

Kulawati kujur tubuhmu sunyi sendirian

Yang masih terkulai dipersada menanti berharap

Simpati agar siksa diperingankan

Merintih mungkin menitis belas doa ikhsan teman

Seiring teman di persada atas fana alam ...


Aku masih disini

Senantiasa menadah pada Yang Maha Kuasa

Disisimu memanjat doa pada Azza Wajalla

Agar diri mampu tabah mengulit siksa

Moga dikau diperkenankan ringan balas

Agar dikau disimbahi sekudus tulus doa

Belas ihsan insan tinggalanmu


Aku masih lagi disini

Diatas kuburanmu memanjat seribu tagihan simpati

Serta kudrat limpah berkat kurnia

Agar kau diperingankan

Dan dipermudahkan

Serta diabadikan bersama mukminin yang lain

Sinar barzarkh abadi tanpa halang untuk mu

Kuharap kau menanti kehadiranku

Disisi Mu

Kerana kau adalah Kekasih Azaliku......



(29/03/01 – 11:32pm)

Aku Masih Lagi Di sini



Aku Masih Lagi Di sini
(Puisi untuk AlMarhum Mohammad Azam Tajuddin)

Di perkampungan barzakh ini

Kuperindahkan salam tika melintasi datang

Kulawati kujur tubuhmu sunyi sendirian

Yang masih terkulai dipersada menanti berharap

Simpati agar siksa diperingankan

Merintih mungkin menitis belas doa ikhsan teman

Seiring teman di persada atas fana alam ...


Aku masih disini

Senantiasa menadah pada Yang Maha Kuasa

Disisimu memanjat doa pada Azza Wajalla

Agar diri mampu tabah mengulit siksa

Moga dikau diperkenankan ringan balas

Agar dikau disimbahi sekudus tulus doa

Belas ihsan insan tinggalanmu


Aku masih lagi disini

Diatas kuburanmu memanjat seribu tagihan simpati

Serta kudrat limpah berkat kurnia

Agar kau diperingankan

Dan dipermudahkan

Serta diabadikan bersama mukminin yang lain

Sinar barzarkh abadi tanpa halang untuk mu

Kuharap kau menanti kehadiranku

Disisi Mu

Kerana kau adalah Kekasih Azaliku......


(29/03/01 – 11:32pm)

28 March 2010

AF8 - Konsert #2



Konsert AF8 – Mlm2

I tak tengok live telecast. Cuma boleh tengok waktu siaran ulang jam 12.00 tengahari kerana sebab sebab yang tak boleh dielakkan.

Emma – Pakai Buang(Stacy) – satu eksperimen untuk lagu rancak – Perit & penat

Daus – Menatapmu wajahmu(Aril) – background vocals tak seimbang – Biasa – Forgetful

Nad – wajah mirip Nora – Susah dengan jiwa dia – Susah untuk maintain lama dalam AF8

Aliff – kenapa kisah masa kecil kecil lagi?? Tak faham – Suara besar yang menyesakkan – sukar untuk pendengar melayu nak terima suara yang gini

Farina – Ketentuan (Ramlah Ram) – Forgetful

Iwan – Sawan – no further questions – Another juara in the making – Peminat fanatik yang ramai

Anum – Francesca – Adik yang berusaha gigih tapi masih muda – Forgetful



Ain – I suka pompuan ni – Ada X Factor – Harap pompuan ni lebihkan usaha – I nak Ain maintain untuk ke Final

Maulana – Aril in the making – Wajah sama dengan Mr Selangor (I punya massage boy) – Best Performance – I doubt it – Bawak mak atas stage – Motif?? Kacau aje Adlin nak buat komen – Kalau I jadik Adlin – I terus stop aje

Shahir – I suka jantan cool ini tapi tak de aura – Tak de apa yang best dalam show dia – Forgetful



Adira – Suka pompuan ni punya show – Hope to see her in the final.


Ramalan Bintang Kurang Mengerlip (Atau takde langsung sinar)
Nad / Farina / Shahir


Photos : courtesy of ASTRO website)

Pesta Pudu Ulu & Abang Polis


28/03/2010 (Ahad)

Bangun dalam pukul 10 lebih. Bangun sebab nak buang air. Mandi then buat solat qada’ dan dhuha. Kena bangun jugak sebab nak tengok Konsert AF8.

Then tengok AF konsert ulangan Minggu ke-2. Komen in the next lembaran.

Sedang nonton, Makhayam called twice, tapi tak angkat.






pan style="color: rgb(153, 255, 153);font-family:verdana;" >Called balik, makhayam ajak gi tengok Nuinnya pesta/ karnival kat Pudu Ulu lepas dia cucuk orang.



Lepas sembahyang zohor, bersiap untuk keluar, isi topup kinta (RM400.00) – lamanya pompuan cina ni buat deposit.

Isi minyak kat Shell, pakai duit seringgit aje (RM30.00) then rushing to Makhayam house.

Lapar sangat, sambar air kelapa dan nasi campur. Pisang goreng. Pelik jugak ada abang abang polis lepak kat bawah gerai. Rupa rupanya salah seorang jadi peniaga sabun hilangkan mengantuk. Pelik kan tapi jangan tak percaya... Ada ok.

Then lepak kat gerai Nuin. Anak-anak dia semua ada kat bawah.

Anak pompuan dia pandang aje kat I.

Sekejap pastu Makhayam ajak balik. Beli kuih udang, karipap & kuih india tu RM5.00 semuanya.

Mek call. Kami on the way balik la ni.

Lepak kat kedai.

Borak dengan Pokcik. Bukak kedai. Ada bubur pulut hitam dan nasi beriani AhTong mata cantik bawak.

Karnival Nuin di Pudu Ulu

28/03/2010 (Ahad) Bangun dalam pukul 10 lebih. Bangun sebab nak buang air. Mandi then buat solat qada’ dan dhuha. Kena bangun jugak sebab nak tengok Konsert AF8. Then tengok AF konsert ulangan Minggu ke-2. Komen in the next lembaran. Sedang nonton, Makhayam called twice, tapi tak angkat. Called balik, makhayam ajak gi tengok Nuinnya pesta/ karnival kat Pudu Ulu lepas dia cucuk orang. Lepas sembahyang zohor, bersiap untuk keluar, isi topup kinta (RM400.00) – lamanya pompuan cina ni buat deposit. Isi minyak kat Shell, pakai duit seringgit aje (RM30.00) then rushing to Makhayam house. Lapar sangat, sambar air kelapa dan nasi campur. Pisang goreng. Then lepak kat gerai Nuin. Anak-anak dia semua ada kat bawah. Anak pompuan dia pandang aje kat I. Sekejap pastu Makhayam ajak balik. Beli kuih udang, karipap & kuih india tu RM5.00 semuanya. Mek call. Kami on the way balik la ni. Lepak kat kedai. Borak dengan Pokcik. Bukak kedai. Ada bubur pulut hitam dan nasi beriani AhTong mata cantik bawak.

UO dan Tiramisu Cake

27/03/2010 (Sabtu)

Sampai rumah pukul 3 lebih, sembahyang dan terus relax sekejap. Ingatkan nak sambung blogging, tapi hold back, tidur lepas siapkan mixpod dan nuffnag.

Laptop depan TV aje, tertidur.

Bangun bagi MasMKLand called. Lebih kurang pukul 10.25 pagi.

Berborak dengan dia sambil dalam tolak, buang air besar. Membebel sampai bila la nak hang up ni. Topik berkisar tentang kehilangan Makhayam.

Tidur balik, lepas bank in epay RM300.00.

Tersedar pukul 1.00, si Mek ni jadik ke tidak nak ke kenduri owang kawin atau dia nak ke UO Chow Kit.

Terpaksa call dia. Seperti biasa, baru bangun tidur.

Bertolak ke Chow Kit dalam pukul 1.00 lebih. Beli cili kering, minyak 2 botol kat kedai runcit tu.

Pastu aktiviti mencari UO berjalan, pusing pusing baru Mek tunjuk kita dah terlepas kat UO. Pusing parking belakang pasar. Carik parkign punya la susah, sampai masuk masjid pakistan, semua tempat penuh gila.


Parking kat depan kedai kak Sah aje. Jalan kaki ke UO, jauh jugak. Beli pisang, air bandung (tapi air bandung jatuh) makan soto, nasi impit asing (ye ke?) ABC, Milo Ais, Nescafe O ais, Mek ambil nasi campur (ikan merah goreng, sambal & petai)

Semua 17.50MYR. Kedai Indon. Sebbelah ada jual Mee Celup.

Mula masuk UO. Carik flask yang mek beriya sangat tu. RM13.90. Ambil blender.

Kad Abe tak leh guna sebab bar code dah hilang.

Keluar UO, mek kata burger belakang UO sedap. Mek tapau 2, ada mat saleh bisu makan burger, kakak asyik tengok mat saleh tuh.

Balik, Makhayam tua tak habis habis SMS tanya makhayam.

Sampai kedai, makhayam tengah tidur. Ajak makan burger.

Borak dengan dia, bukak kedai.

Orang ambil pekerja Indon datang, settlekan pekerja Indonesia.

Nuin datang, potong kek tiramisu lebih kurang dalam pukul 11 lebih. Makan dengan semua, ada dodol sekali.





Borak dengan Nuin, sedar dah pukul 12 lebih.

Balik ke rumah. On the way balik ada accident kat simpang nak ke Pandan Indah.

Kasih Betaut Tapi Janji Berkecai

26/03/2010 (Jumaat)

Pagi tadi, I balik rumah dalam pukul 1 lebih. Kete I parking kat tong sampah.

Bangla@Abang Zali yang baru pulang dari bercuti dari Bali, suruh masuk RM10.00 untuk maxisnya tak dapat sebab system error. Lucky enough, anaknya yang comel tu, si Faizal, tadi topup boleh pulak.

Maxis – SISTEM ERROR. Malam ni pun maxis pun goyah. Sistemnya lambat feedback.

Anyway, every topup delay time problems arose have been solved slowly. Ambil masa.

Back to my story, blogging up to 2.30am then took a nap until 4.30am

I had to woke up to perform isya’ prayer. Then i bookmarked bloggers (lot of them actually!) that i used to dropped by last time few years back.

About 6.15am i perform solat suboh and tido until morning.

I woke up about 11.++, have to woke up anyway because needed to banked in some cash into epay account even though i was relunctant to do so. Malas sangat nak ke bank. Thought of nak masuk dalam kinta aje but i need to deposit the money into epay instead.

Rushed to the maybank CDM Petronas Pandan Indah, banked in RM300.00 for epay and RM200.00 for kinta.

SMS to them, i bought 2 rolls of bread double cream. Then bought nasi lemak RM1.20 the van nearby.

Makan while watched my favaourite TV show “The Good Wife” at Hallmark Channel. And lepas ni waiting for another program at Astro Prima – Kasih Tercipta (Nasha Aziz dengan Aaron Aziz) fasal cinta terhalang dan cinta diatur oleh orang tua pada awal remaja. Ada ke lagi macam ni?

While watching the program, Afidz called about 11.23am. His voice like baru bangun tidur.

“Afidzzzz......” Suara manja I pada dia. Dia tahu kalau I buat macam ni maknanya I tak marah lagi la pada dia.

Afidz mintak RM20.00, naik atas then turun balik. Beli lunch at the van putih near Fajar, bagi duit RM1.00(10 keping) to Afidz, cost lunch RM8.00 together dengan air honey dew (rasanya campur susu).

Then stopped at simpang 3, Afidz mintak RM3.00 lagi more to buy a pack of SAAT.

Lunch bagi dua. Afidz asingkan separuh untuk I di pinggan lain.

While watching this CSI Miami.

Siap-siap untuk jumaat, my hp rang. Makhayam called. Sembahyang Jumaat, Afidz keluar jugak walaupun telah mencuba seribu daya pujuk agar Afidz tidur aje kat rumah.

Afidz rela jalan kaki. Afidz janji akan call pukul 2.30pm

But i doubt it. What for he went back?. Afidz nak balik ada hal la tu.

Lepas sembahyang, relax tengok tv, flip channels only. Tunggu jugak Afidz call. Took a nap. Then asar, pastu siap untuk ke kedai.

Sampai kedai ada kejadian yang tak diingini berlaku. Makhayam bukak bilik. Plywoods bersandaran di depan kedai. Katil besi ada depan kedai, 2 bijik bangku salon yang telah rosak. SMS to makhayam tua. Tapi dia buat macam tak endah aje.

Salon tu dah tak ada bilik lagi. Terbentang luas alam semesta memandang.

Sedang di dalam kedai, dalam pukul 9.15 malam, Nuin dengan Abang Zul datang, pastu diikuti dengan MasMKLand datang. Dorang semua datang sebab Makhayam ada call dan suruh dorang datang.

Ada kongsi dengan mek dan dessy untuk beli kek tiramisu makhayam RM50.00, sementara Abe berada di TESCO.

Dorang tunggu makhayam sampai pukul 12.00, pastu kelibat makhayam tak menjelma diri, dorang balik dengan hampa.

Makhayam tua pun sama, lepas tinggalkan makhayam kat bus stop, kita call call dia tak angkat.

I tunggu makhayam sampai sehingga pukul 3.00 pagi, pastu I balik aje. Makhayam tak balik rumah.

Sempat makan maggi, pilih hampa beras sebelum balik.

Balik rumah dalam pukul 3.00 pagi.

25 March 2010

No 3 - Hasil Tafsiran Tarikh Lahir








No 3 di atas adalah hasil tafsiran tarikh lahir I pada 12/02/19XX. Dilakukan didalam FB.

Ada yang ala-ala boleh diterima pakai dan tak kurang pula ada yang jauh meyimpang tersasar.

Kalau nak percaya atas tilikan 'nujum pak belalang' ini, terpulanglah pada individu, dan silakan, tapi tepuk dada tanyalah iman. Jangan mempercayainya 100% sudahlah.

Pada I juga, apa kenyataan yang betul itu sekadar kebetulan belaka, dan yang salah itu sekadar hiburan belaka.

Hasil sifat-sifat untuk sesiapa yang bernombor 3 adalah:-

Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri.

Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda.

Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana ...saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan.

Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya.

Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda.

Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan.

Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan.

Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.

Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

Janji Tetap Janji Bukan Janji Diana







Apabila manusia membuat janji, wajib dikotakan...

Bukan Kota Damansara atau Kota Melaka (ada lagi ke?) tapi dalam erti kata lain, kena tunaikan janji.

Kalau tak tunaikan janji, jadilah orang munafik.

Sifat sifat orang munafik salah satunya adalah tak menepati janji kalau membuat janji.

Ada seorang kawan I, PEREMPUAN/ WANITA yang dah lama I tak contact. I kenali beliau semenjak kami sama sama di kolej ambil jurusan yang sama.

Nama muncul di FB, terus I call dia. Kerja sebagai real estate agent. Dulu involve dengan akaun.

Sekarang ni tak lagi sebab dia kata real estate agent lebih menguntungkan.

Whatever!


Tapi itu bukan isunya.

Yang menjadi isu adalah dia telah menjanjikan I macam macam tapi satu pun tak tertunai.

Antaranya:-

1) Menolong untuk pinjaman bisnes di bank atau atas wang sendiri

2) Menolong untuk dapatkan 1M dari salah seorang kawannya

3) Nak tolong bagi duit in the middle of February tapi habuk pun tarak

4) Nak tolong tunjukkan kedai kat Yap Kwan Seng tapi sampai sekarang tak de call call balik

Dulu pun masa tahun 2006, semasa dia involve dengan restoran di Bukit Jelutong, dia ada offer I kerja untuk restoran fine dining yang akan dibukanya. I melonjak riang masa tu. Dia siap kata gaji I RM4,00.00 walalupun gaji sekarang sama, dan diberikan kereta CRV putih yang sedang dipakainya.

I dah siap working paper segala, dengan floor layout sekali(my friend guna software AUTOCAD ok) Dalam erti kata lain, semuala dari A sehingga Z sebab tugas dah diletak di atas betu jemala terpaksalah tunaikan, I bukan orang munafik ok.



Tapi ADO???

NAN ADO!!!!


Apakah motif perempuan ini bercakap macam macam depan I. Bukan sekali, tetapi untuk janji buat kali kedua ini. Adakah dia hanya nak menunjuk yang dia care pada I atau nak menolong tapi tak kesampaian. Tapi dia tahu tak pada masa yang sama I betul betul mengharapkan sesuatu akan terlaksana.



Tapi ADO???

NAN ADO!!!!


Pada wanita tersebut, I ingin pesan atau sesiapa sahaja, jangan kita berkata sesuka hati kerana kerana kata santan(?) binasa.... Fikir fikirkanlah

Pada perempuan yang sama yang mungkin / tidak akan membaca lembaran ini, I harap sedar sedar la diri tu sikit. Ingati diri, sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Jangan kita buat aniaya kat orang lain, satu hari pasti aniaya itu akan datang menaniaya kita kembali.

Hidup seperti roda, terkadang kita di atas, kadang kadang kita berada di bawah.

I ingat itu semua sebab peristiwa peristiwa hidup dah banyak berlaku di hadapan mata I. Ada yang baik dan yang buruk, Yang buruk i selalu jadikkan teladan.

Yang selalu membuatkan I menganalisa diri, hisab diri supaya berjanji pada diri sendiri tak buat jahat kat orang lain.

Kembali pada kisah I tadi, berkat doa serta tawakal pada Yang Maha Kuasa, I dapat mengharung hidup tanpa belas ikhsan dari dia.

Bulan Mac ini I dapat menyelesaikan separuh dari hutang hutang I tanpa belas ikhsan dari orang orang yang pernah mintak tolong antaranya;-

1) Adlin – Yang sudah bergelar Hajjah sekarang

2) Roy – Yang sekarang sudah bergelar suami orang

3) Zamir – Yang sekarang mungkin sedang bercuti di luar negara (melancung)

4) Husin – Yang sekarang mungkin tengah handle business gila gila

I akan buktikan pada mereka satu hari nanti dorang pasti meminta tolong jugak. Dan untuk melupakan apa yang tertera di SMS SMS yang pernah I terima tidak mungkin sama sekali.



Ingatlah rezeki yang tuhan bagi itu bukan untuk kita. Sedari kalau kita tak berikan pada yang memerlukan, satu hari Tuhan akan tarik balik nikmat rezeki tersebut. Fikir Fikirkanlah.

Jeritan di Khalayak Ramai

25/03/2010 (Khamis)

Sebelum tidur malam tadi on kan MP3 bacaan al-quran.

Semasa tersedar waktu pagi, MP3 itu masih lagi kedengaran bacaan surah suci nya.

I kurang pasti surah apa yang kedengaran waktu mata ini celik. Yang pasti bila bukak mata dan surah tu first masuk dalam gegendang telinga, rasa aman aje. Tenang... setenang air di laut.



Kena bangun untuk masuk duit epay, tengah buang air besar sambil cabut bulu di muka, deringan handphone, i flush dan terus jawap. Tak cuci pun lagi. Panggilan tu penting dari segala.

Afidz kata i baru bangun.

Apa apa la Fidz.

“10 minit lagi l sampai”

Bersiap then terus ke rumah Afidz. Afidz mula membebel kata tak ngaku baru bangun tidur.

Apa apa la Fidz.

Afidz kata kalau nak gi bank dulu, gi la. I bank in duit kat petronas Pandan Indah, RM250.00 ada RM40.00 dalam wallet tapi tak cukup RM10.00 untuk RM300.00. Tak pe la. RM250.00 cukup la tuh. Nanti duit makan Afidz lagi, sapa nak tanggung.

Then bawak Afidz makan ke 9-11 ikut jalan belakang.

Ini mula jadi tragedi selepas beberapa lama tak jadik.

Afidz mula memekakkan pangkal telinga I.

“Nuar lain kali kalau Afidz kata ambil jalan lain tu ikut aje la.”

“Kan accident tu. Takkan tak nampak ke!”

Pantang I dengar.....

“....... anta aku balik.....”



Asyik asyik itu aje kalimah merajuk dia.


“....... anta aku balik.....”

“....... anta aku balik.....”

Kau ingat aku heran ke.

Ada aku kesah.

Terus pusing ikut jalan ke bawah.

Anta dia balik.

Sampai rumah, dia mintak duit makan.

“Tak de”
Kete terus meluncur laju.

I singgah kat Rasa Utara, makan sekejap.. Order teh o suam, nasi campur lauk masak lemak sayur pucuk ubi, sambal dan ulam.

Semua RM4.00

Sedang makan, Afidz telefon tanya kat mana. Kat area rumah I.

“Tolong amik, nak makan” tak habis pun makan.

“Afidz jangan buat macam ni lagi ok”

Sampai kat sana, Afdiz masih lagi nak sambung. Afidz nak sambung lagi ke. Kalau nak sambung, I mintak Afidz turun. Malas I nak layan.

Then bawak Afidz ke 9-11. Sampai kat sana, Afdiz buat hal lagih.

I suruh Afidz keluar dulu, ambil makanan.

Afidz tanak.

Kete nak undur, I nak masuk parking. Afidz kata undur la sikit.

“Nuar, kalau orang cakap tu buat ajela. Memang Afidz tak de kete, tapi kalau orang cakap tu ikut aje la.”

“Kau nak keluar ke tak?”

I dok kemas beg, letak beg depan rasa macam nak cabut, biar dia makan sorang. Pernah I buat hal macam ni.

Sebenarnya I tak suka orang dok perintah perintah I kecuali orang tu ada kredebiliti and I respect him the way he is.

Itu adalah pantang I.

Afidz jerittttttt kuat........ sampai orang dalam restoran pandang kita orang.

I kemaluan, terus tutup pintu kete, masuk dalam seolah macam tak de apa apa yang berlaku.



“OIIIIIiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

I ambil beg dan terus duduk diam dalam restoran.

“You gi ambil makanan dulu.”

“Tanakla.”

“Jom kita balik.”

On the way anta dia, dia masih lagi pertikaikan fasal jem tadi.

Tapi kali ni dengan suara yang perlahan. Seolah nak cuba slow talk dengan I.

I senyap tanpa bercakap apa-apa. Malas nak layan apa-apa.

Dekat simpang nak masuk cahaya dari bukit tu, Afidz boleh cakap kalau Nuar marah anta kat sini kalau Nuar betul betul marah anta Afidz kat rumah.

I lepas simpang pusing kete dan drop Afidz kat tempat yang dia nak.

I blah. Ikut bukit terus pusing balik rumah.

Baring sekejap nak tenangkan diri.... Lelapkan mata untuk lupakan apa yang sudah berlaku sebentar tadi.

Pukul 3.15, ambil air sembahyang, sembahyang zohor. Cuba mengadu pada tuhan sebentar tentang apa yang berlaku. Semoga dengan solat ini dapat menenangkan jiwa yang bercelaru tadi dan moga dikuatkan semangat untuk menempuh hari hari depan. Insya-Allah.

MUNAJAT pada tuhan sebentar.....



Tengok Konsert AF8 sikit.


Pukul 4.15, bersiap untuk ke kedai.

Sembahyang Asar, waktu hujan lebat kat surau belakang. Baca selawat.

Lepas maghrib potong kuku, harap dikira masuk jumahat. Baca yaasin.

24 March 2010

Harapan RM188 Tercapai

24/03/2010 (Rabu) – Tersedar dari lamunan tidur, afidz kejutkan dengan deringan panggilan telefonnya pada pukul 9.41 pagi.



“UUUhhhh!! Tidur lagi, tak pe la nuar!”

“Afidz... setengah jam lagi i sampai ok.”

Puddin dah bangun. Balkish pun. Cerita dengan puddin fasal mimpi Ddessy tu, Puddin pun setuju jugak. Ada alamat tak baik.

Mandi, capai roti kismis Wan belikan 2 keping. Bersalin di bilik persalinan. Puddin tengah iron baju. Masa tu dia suruh l hati hati. Kena jumpa dengan abang ipar dia untuk bersihkan dalaman. Tawakal pada diri, kalau tuhan nak tolong, Dia akan bagi yang lebih baik dari Afidz. Masalahnya sekarang i tak boleh berenggang dengan Afidz ni. Itu yang susah. I akan cuba lalui perit getir ini sehingga termampu berkat pertolongan dari Yang Maha Esa.

Dah siap semua, rushing untuk ambil Afidz kat rumahnya. Ambik Afidz, isi minyak sebelum ke kedai Kak Mah.

Afidz order nasi berlauk. I order roti sardin.

Afidz tengah makan cakap lupa bawak rokok. I belikan Dunhill 14 sebab SAAT takde.

Afidz cecuba taste the roti sardin. Sedap tanpa kuah. Kuah Afidz kata tak berapa sedap.

Afidz habis makan, roti sardin baru sampai. Afidz bisik mintak tolong hantar dia balik. Perut sakit nak buang air. Bahana makan lepas tu hisap rokok.

Afidz tak selesa kat public toilet selepas i suggest untuk gunakanya.

Masa l dah habis makan Afidz kata dah ok.

Then we off to Bukit Bintang. Afidz kata cepatnya sampai, jalan baru walaupun jem sedikit.

Pengembaraan bermula

Singgah tingkat 1(sport shop ada model kasut adidas hitam tu) – tapi Afidz nak tengok dekat Al-ikhsan. Pergi butik Adidas kat Sungai Wang(tak de model bar tu, belum sampai lagi kata budak cina tu) – Lot 10 – Al-Ikhsan balik -
Times Square (butik adidas, tak de jugak model tuh) – masuk nike – then naik tingkat satu lagih – sport center – Kappa(Ada model tu tapi harga RM209.90 lagian made in china, tawar menawar dapat RM189.90) / play off (tak de model tu) – pusing balik kat AL-Ikhsan – beli terus saiz 8. Afidz tak jadi beli stokin lower cut sebab dia kata mahalnya RM19.00

Harga lepas diskaun – RM188 (Harga sebenar – RM209.00)

Model kasut tu – Sheridan CS slide on

Kasut ini terbaru di pasaran. Banyak butik belum masuk lagi/ belum sampai stok terbaru untuk model yang ini.

On the way nak mencari stokin, Afidz ada komplen sikit fasal carik sesuatuh kat kedai – I rasa kecik hati sikit.

Then I menonong aje bawak diri.
Peel Afidz ni kalau nak sesuatu tu mesti ada depan mata, tak leh nak usaha sendiri, carik sendiri.

Pada I carik sendiri itu yang lebih bagus, bila dah jumpa rasa tu cukup thrilled.

Keluar parking – bayar parking kat kaunter (lepas Afidz konpomkan).

On the way, Afidz tanya nak makan tak? Afidz terliur ayam yang panggang black pepper kat giant tu. Kalau nak tu kena pi kenny rogers.

I cadang aje kat RasaMas lepas Afidz kata kat 9-11 dah ramai orang.

Kat Carrefour boleh pi beli stokin lower cut Afidz.

Cara Afidz mencuba stokin tu cukup memeningkan I. Main tarik/ rentap aje, lepas tu dibiarkan begitu sahaja. I ada tegur sikit, dia kata tak pe.



Afidz tak rasa seronok makan kat RasaMas since Afidz masih terbayang makan kat Chee Meng.

Order – 2 orang makan – percik – sup cendawan. Harga RM31++

Faizal ada call, lupa appointment dengan dia petang ni.

Afidz hisap rokok kat luar, sementara i cecuba kira balance duit.

Off to Pandan. I mintak tolong dengan Afidz agar tak cerita dengan orang lain. Afidz ada ucap terima kasih tapi dia mintak nak repair motor.

I bagi cadangan. Afidz cuba ingat kat mana kunci skuter.



Afidz mintak tolong anta kat Ampang Point – nak carik kerja kat situ - Afidz balik sendiri – atas usaha Afidz la.

Tinggalkan Afidz kat depan simpang depan Cofee Bean – salam dan tercium tangan Afidz bila Afidz sua pada mulut I – mintak duit RM12.00 untuk belanja

Balik terus ke kedai – sembahyang Asar kat surau – terserempak dengan mek dan anak anaknya yakni Kakak dan adik.

Lepas sembahyang Asar – bukak kedai – dok dalam kedai sampai maghrib.

Mek kata balik 31 malam sekali dengan Mad & 1hb bertolak ke KL semula.

Malam ni Izzudin dari ParkRoyal menganggu kerja komputer kita. Sakit hati jugak sebab buat laptop macam dia punya. Tutup segala program yang tengah running sesuka hati dia aje.

“Do you know how to operate the komputer. It seems that you dont know much”

I boleh handle to add you in my friend list dalam FB I..

Itupun kalau boleh la..

Dia yang membuatkan I lambat buat kerja ni..

Next time I have to be more careful.

Balik – 12 lebih – sembahyang dan update blog sehingga lebih 3 pagih..

Dah la nak tido.

Niat belikan Kasut Kerja

23/03/2010 (Selasa)

Afidz called dalam 11.08 terus terjaga diri. I cakap nak gi bank, afidz kata gi la dulu, malas nak ikut, pukul 12.00 nanti amik Afidz.

I fikir Afidz dah taknak call lagi gara gara incident semalam. I agak sebab Afidz tiada wang belanja sebab tu terpaksa call l untuk makan hari ni.

Lepas Afdiz call, Puddin dan Balkis terus bangun. Berborak dengan pompuan tu, cerita fasal homeopati, balkis sakit dan nak perubatkan l dengan abang ipar.

Sesambil bercerita, makan nasi lemak (mamak punya ni kot) dan roti canai telur (2 keping untuk puddin dan I) yang Wan belikan pagi tadi.

Peluang ½ jam yang dibekalkan kena cepat dikejar. Kang tak fasal fasal kena tiaw dengan itu mamat.

Pi bank untuk bank in duit epay RM400.00.

Balik terus gi ambil Afidz kat rumah dia. Bagitahu yang keluarga Kluang tu ada datang rumah pagi tadi. Afidz rasa tak selesa.

Masaan sih!!!!

Masa kat depan Shell Pandan Indah, Afidz kata lapar perut nak makan kat 9-11 cadangannya.

Laaa... baru kata, kan jauh nak buat U-turn. Kenapa tak cakap awal awal. Sekarang siapa yang susah? I jugak yang kena fikir nak buat shortcut.

Masa kat MRR2, Afidz kata kalau nak gi Leha kat Melati tu jauh, mahal pulak tu. I kata its ok, Afidz sabar aje, tahan perut tu sekejap. Itu cara l pujuk Afidz. Bila sampai Taman Melati....

Surprise!!!!!

Surprisee!!!!!

Kedai makan Leha tutup.

Leha Kelfood tutup......Memori tutup..... satu lagi kedai makan MU tu pun tutup...

Yang bukak cuma rumah Thai, Hj Samuri, Nasi Lemak Antarabangsa.

Pusing 3 kali. Kemudian Afidz baru decide nak makan Haji Sahmuri sebab i bagi alasan ada hidang nasi jugak (lidah melayu kan..) Pas parking kete, Afidz mintak beli rokok sekejap.

Kat dalam Sahmuri, order sate ayam, daging dengan nasi goreng biasa, telur dadar.

SEDIHHHHH!!!!! Teramat sekali....

Nasi tak siap lagi... tak masak nasi lagi walaupun i tengok jam tangan pukul 1 lebih.... cashier tu kata pukul 1.00 baru siap. Laaa... sedihnya... Macam mana la dorang bisnes.. orang datang nak makan nasi waktu tengahari... Sukahati mak dia aje nak masak nasi bila bila waktu..

Afidz terus bla gitu aje. I ikut aje... Nasib baik ada Afidz kalau tak nahas dorang tu kena laser l.

Masuk mamak, I suggest Ulik Mayang di sebelah mamak tu.



Afidz survey Ulik Mayang, dia kata ok.

Afidz makan nasi dagang, ayam, sayur.
I makan karipap dengan kuih.
Air Milo ais + Teh O ais

RM10.50.

Keluar kedai, hujan.... Masa nak keluar ada pengat pisang, panas lagih.. baru keluar dari dapur. I ingat nak tapau, tapi lenyapkan aje hasrat itu.

Balik di jalanan, hujan lebat di sesetengah kawasan. Sampai tak nampak jalan.

On the way balik jugak berhampiran dengan Taman Dagang, l cuba tanya fasal kasut sebab dah janji dengan Afidz nak beli kasut untuk dia bila masuk duit gaji. Afidz kata kat TESCO ada banyak pilihan, tapi i suggest kat carrefour ampang. Kita pi tengok kat carrefour dulu, dia ok saje.

Sampai kat carrefour, Afidz tengok kasut kulit hitam. (terperanjat i dengan pemilihan Afidz itu, hujung kasut tajam) harga dalam RM40++. Sebab dia pilih kasut tu, dulu kat parking pun dia kerja pakai kasut tu jugak. Bila dah pakai kasut tu ramai yang ikut fesyen kasut seperti itu.

Then Afids nak tengok kat BATA. Ada model kasut cam tu. RM79.90.

Mahal sangat!!!
Afidz suggest nak ke TESCO. Sebab harga mahal kat BATA. Tak sampai hati nak beli sampai 79.90, katanya la..

Kami bertolak la ke TESCO. Di TESCO takde pilihan kasut yang sesuai untuk Afidz. Masuk BATA kat TESCO aje. Sama aje dengan kedai BATA kat carrefour. Harga sama, ada kasut yang sama, tapi takde saiz, yang ada cuma 1 saiz aje sebab tu 50% off.

Then nak makan. Afidz kata boleh temankan. Masuk pizza hut tapi Afidz tak berhajat nak join, dia kata nak beli air kotak nak hisap rokok kat luar.
I rasa tak syok, ajak Afidz minum kat mamak luar tu boleh hisap rokok. I terasa Afidz dok jerit jerit panggil waiter tuh. I kata dalam hati l sabar aje la dengan jantan ni, dah memang dasar keturunan kot dan taraf dia macam tuh, terpaksala l cuba untuk menasihati dia dengan cara yang paling lembut, sambil tu cuba untuk sindir yang sinis pada dia.

Afidz minum milo ais

I minum Teh o ais.

RM3.20, tiada kompromi, tak de diskaun,

Afidz nak tengok Al-ikhsan Ampang, buat U-turn kat simpang tiga tu.

Bila sampai kat Al-Ikhsan, I nampak Akubekam, larik sekejap ke atas untuk mintak pamphlet dan business card dorang.





Kat dalam Al-Ikhsan, akhirnya Afidz minat kat satu kasut adidas hitam slide on (tak de tali) RM188, tapi i kata i minat afidz bila pakai kasut cokelat RM209 tuh.



Mana satu ni?

Afidz minat yang hitam jugak. Tapi heheheh.... sayang takde saiz. Cuba tanya kat Alamanda pun takde, Metro Kajang takde sapa yang angkat.

I kata dengan Afidz kita gi Bukit Bintang la esok. Mungkin kat Bukit Bintang ada banyak pilihan.

Hantar Afidz balik rumah, janji dia akan call dalam pukul 10, mesti siap, pukul 11.00 dah ada kat bukit bintang.

Then terus ke kedai, sembahyang zuhur.

Hari ini ada berita mengejutkan. Makhayam kata Dessy mimpi l pakai rantai emas, cantik sangat duduk kat kedai. Cuma loketnya tiada. Makhayam kata mungkin ada musibah, suruh l hati hati, ada orang yang cuba nak sakiti, buat jahat pada l. Sama ada i percaya atau tidak terserah pada tuhan. Kak fend suruh l banyak istighar bebanyak dan bawak kete bebaik. Pesan dia akan I ingat.

Pukul 12.00 lebih, Puddin called pakai hp Wan, dia kata semua ada kat rumah.

Pukul 1.++ sampai rumah, Puddin bukak pintu. Urus blog, then baring baring sekejap untuk dapatkan kuasa sambahyang isyak dan solat sunat tapi sedar sedar tengah malam rasa sangat sejuk, menggigil.

Bangun terus tutup lampu kitchen, tarik selimut untuk menyaluti badan yang gigil.

Sambung lagi tidur...

Zzzz...... zzzz.....

Aman.

23 March 2010

Tegang RM30.00 dan 4 Bijik Cekodok Pisang

22/03/2010 (Isnin) – Celik aje bijik mata pada waktu waktu pagi begini, seperi biasa tugasku adalah untuk memasukkan duit ke dalam akaun reload company



(E-pay-RM400.00 dan e-Flexi-RM100.00)

Duit RM1.00 yang terkumpul berjumlah dalam 70 keping tapi tak boleh dimasukkan ke dalam CDM.
Adalah lebih baik untuk disimpan aje, memandangkan Afidz mungkin akan datang bertandang. Kalau takpun mungkin digunakan sebagai float untuk jualan petang nanti.

Balik dari urusan perbankan, usik laptop sekejap, then continue tidur a bit sebab rasa mata masih “berpasiran di tapian pantai”

Dikejutkan dek Afidz dalam pukul 2.00 lebih untuk ambilnya. Kali ini corak panggilannya cukup “direct”

“Nuar, tolong ambil Afidz sekarang!”

Itu aje. Ringkas.

Tanpa berlengah dan pakaian masih melekat ke badan semasa ke bank tadi (baju merah dengan seluar track merah hati) terus meluncur ke rumah Afidz.

Senyap aje dalam perjalanan. I tahu Afidz mesti ada sesuatu untuk diberitahu. Kalau tak pun mesti ada sessuatu yang dah terjadi pada Afidz.

Sampai di rumah, ketika sedang merobek laptop, Afidz gelisah, rasa tak tenang. Dia ‘on’kan TV tapi l lihat fikirannya ke lain...

Afidz datang merapati ke tempat I dan mintak RM30.00.

Maka terjadilah pertelingkahan kecil.....

....

....

Masih bertengkar.

...

...

....

....

Last last sekali l campak RM1.00 yang terikat kemas (dalam 70 keping) ke lantai. Dia ambil duit tu balik. I kesian.

Afidz kata dia takut sebab dah janji dengan orang tu untuk langsaikan duit tu.

I kemas barang barang nak hantar Afidz balik ke tempatnya semula.

Sampai di bawah flat rumahnya, i relunctant untuk bagi duit RM30.00 itu dan berdolak dalik. Ini semua l lakukan semata untuk menyedarkan Afidz yang bukan senang untuk mendapatkan duit dan supaya Afidz tak mengambil kesempatan lagi.


(Dalam hati I sebenarnya I sanggup melakuk
an apa sahaja untuk Afidz kerana pada I Afidz adalah segalanya pada I, hidup dan mati I hanyalah untuk Afidz selamanya. I tak habis berdoa agar Afidz akan kembali ke pada diri ini untuk selamanya)

Lepas suasana tegang itu berlalu, Afidz tanya soalan bodoh. Then dia kata lapar, nak makan kat mamak atau goreng pisang aje. I bawakkan Afidz ke tempat goreng pisang kegemarannya itu. Hujan mencurah waktu itu, Akak goreng pisang tak dapat menjual secara aman. Afdiz kata lambat sikit. Kena tunggu.

I pusing sekali lagih. Ke tempat kakak tu lagi sekali untuk membeli pisang goreng. Afidz beli lekor dengan cekodok pisang.

Afidz bekalkan l 4 ketul cekodok. Lembut cekodoknya.

Gi kedai. Ada pasar malam. Kereta Proton Perdana MAY XXXX (menantu Tuan Haji Omar) bertapa di tempat pasar malam. Pelbagai usaha pakcik sayur tu cuba tapi tak berjaya. Terpaksalah pakcik sayur tu berniaga ke hujung jalan sedikit.

Beli Kerepok lekor tapi keras. RM2.00. tak sedap. Oran pun kurang malam ni.

Makan rojak Indon (Pecal/ Gado-gado) yang dibeli oleh Dessy. Sedap dan pedas!!!

Balik rumah. a>On the way, Puddin called 12.43 tgh malam.Katanya nak bermalam di rumah. Sampai rumah, gobek laptop, 2.30 pagi tunai solat sat. Then pukul 4.03 pagi baru merebahkan diri.

Puddin masih tak called atau muncul diri.
4.29 pagi baru nak terlelap, puddin called katanya dah sampai.

I bukak pintu, then sambung tidur. Wan ke rumah kawannya.