24 March 2010

Harapan RM188 Tercapai

24/03/2010 (Rabu) – Tersedar dari lamunan tidur, afidz kejutkan dengan deringan panggilan telefonnya pada pukul 9.41 pagi.



“UUUhhhh!! Tidur lagi, tak pe la nuar!”

“Afidz... setengah jam lagi i sampai ok.”

Puddin dah bangun. Balkish pun. Cerita dengan puddin fasal mimpi Ddessy tu, Puddin pun setuju jugak. Ada alamat tak baik.

Mandi, capai roti kismis Wan belikan 2 keping. Bersalin di bilik persalinan. Puddin tengah iron baju. Masa tu dia suruh l hati hati. Kena jumpa dengan abang ipar dia untuk bersihkan dalaman. Tawakal pada diri, kalau tuhan nak tolong, Dia akan bagi yang lebih baik dari Afidz. Masalahnya sekarang i tak boleh berenggang dengan Afidz ni. Itu yang susah. I akan cuba lalui perit getir ini sehingga termampu berkat pertolongan dari Yang Maha Esa.

Dah siap semua, rushing untuk ambil Afidz kat rumahnya. Ambik Afidz, isi minyak sebelum ke kedai Kak Mah.

Afidz order nasi berlauk. I order roti sardin.

Afidz tengah makan cakap lupa bawak rokok. I belikan Dunhill 14 sebab SAAT takde.

Afidz cecuba taste the roti sardin. Sedap tanpa kuah. Kuah Afidz kata tak berapa sedap.

Afidz habis makan, roti sardin baru sampai. Afidz bisik mintak tolong hantar dia balik. Perut sakit nak buang air. Bahana makan lepas tu hisap rokok.

Afidz tak selesa kat public toilet selepas i suggest untuk gunakanya.

Masa l dah habis makan Afidz kata dah ok.

Then we off to Bukit Bintang. Afidz kata cepatnya sampai, jalan baru walaupun jem sedikit.

Pengembaraan bermula

Singgah tingkat 1(sport shop ada model kasut adidas hitam tu) – tapi Afidz nak tengok dekat Al-ikhsan. Pergi butik Adidas kat Sungai Wang(tak de model bar tu, belum sampai lagi kata budak cina tu) – Lot 10 – Al-Ikhsan balik -
Times Square (butik adidas, tak de jugak model tuh) – masuk nike – then naik tingkat satu lagih – sport center – Kappa(Ada model tu tapi harga RM209.90 lagian made in china, tawar menawar dapat RM189.90) / play off (tak de model tu) – pusing balik kat AL-Ikhsan – beli terus saiz 8. Afidz tak jadi beli stokin lower cut sebab dia kata mahalnya RM19.00

Harga lepas diskaun – RM188 (Harga sebenar – RM209.00)

Model kasut tu – Sheridan CS slide on

Kasut ini terbaru di pasaran. Banyak butik belum masuk lagi/ belum sampai stok terbaru untuk model yang ini.

On the way nak mencari stokin, Afidz ada komplen sikit fasal carik sesuatuh kat kedai – I rasa kecik hati sikit.

Then I menonong aje bawak diri.
Peel Afidz ni kalau nak sesuatu tu mesti ada depan mata, tak leh nak usaha sendiri, carik sendiri.

Pada I carik sendiri itu yang lebih bagus, bila dah jumpa rasa tu cukup thrilled.

Keluar parking – bayar parking kat kaunter (lepas Afidz konpomkan).

On the way, Afidz tanya nak makan tak? Afidz terliur ayam yang panggang black pepper kat giant tu. Kalau nak tu kena pi kenny rogers.

I cadang aje kat RasaMas lepas Afidz kata kat 9-11 dah ramai orang.

Kat Carrefour boleh pi beli stokin lower cut Afidz.

Cara Afidz mencuba stokin tu cukup memeningkan I. Main tarik/ rentap aje, lepas tu dibiarkan begitu sahaja. I ada tegur sikit, dia kata tak pe.



Afidz tak rasa seronok makan kat RasaMas since Afidz masih terbayang makan kat Chee Meng.

Order – 2 orang makan – percik – sup cendawan. Harga RM31++

Faizal ada call, lupa appointment dengan dia petang ni.

Afidz hisap rokok kat luar, sementara i cecuba kira balance duit.

Off to Pandan. I mintak tolong dengan Afidz agar tak cerita dengan orang lain. Afidz ada ucap terima kasih tapi dia mintak nak repair motor.

I bagi cadangan. Afidz cuba ingat kat mana kunci skuter.



Afidz mintak tolong anta kat Ampang Point – nak carik kerja kat situ - Afidz balik sendiri – atas usaha Afidz la.

Tinggalkan Afidz kat depan simpang depan Cofee Bean – salam dan tercium tangan Afidz bila Afidz sua pada mulut I – mintak duit RM12.00 untuk belanja

Balik terus ke kedai – sembahyang Asar kat surau – terserempak dengan mek dan anak anaknya yakni Kakak dan adik.

Lepas sembahyang Asar – bukak kedai – dok dalam kedai sampai maghrib.

Mek kata balik 31 malam sekali dengan Mad & 1hb bertolak ke KL semula.

Malam ni Izzudin dari ParkRoyal menganggu kerja komputer kita. Sakit hati jugak sebab buat laptop macam dia punya. Tutup segala program yang tengah running sesuka hati dia aje.

“Do you know how to operate the komputer. It seems that you dont know much”

I boleh handle to add you in my friend list dalam FB I..

Itupun kalau boleh la..

Dia yang membuatkan I lambat buat kerja ni..

Next time I have to be more careful.

Balik – 12 lebih – sembahyang dan update blog sehingga lebih 3 pagih..

Dah la nak tido.

No comments:

Post a Comment