22 March 2010

Rangkaian 2 hari di Hujung Minggu


20/03/2010 (Sabtu)-

Pagi ini seperti biasa, bersiap diri ala kadar untuk masukkan duit pakai CDM di Petronas Pandan Indah sahaja. Semua bank bank tutup hari ini. Hari Sabtu. Hari rihat. Diri ini tak pernah rihat pun.

Lepas urusan kemasukan duit untuk reload topup, l balik ke rumah menyelesaikan kerja kerja rumah pula seperti mencuci pakaian cerah sesambil itu diselangi dengan menonton TV. I dapati rancangan-rancangan di Astro pada hari Sabtu ini kurang menarik.



Seingat hari ini, pada waktu petang nanti, teman yang baru l kenali ( tak sampai sebulan pun), Tyra namanya (bukan Tyra Bank) akan berlepas ke Labuan untuk bertemu dengan laki mat sallehnya di sana.



Sefikir I ingin menghantar Tyra ke KLIA tapi dimatikan sahaja disebabkan tiada tarikan yang kuat untuk ke sana, lagipun Tyra seolah tidak menjemput diri ini untuk menghantarnya ke sana. Laki melayu dia pun cuma menghantar dia hingga ke tingkat bawah, masuk teksi laki terus naik rumah.

Malam ini untuk pertama dalam tahun 2010 - konsert AF8 minggu pertama di astro ria tapi yang sedihnya, tak dapat menonton konsert itu, sebab utama di kedai Mek Busra, semua bertumpu untuk menyaksikan BOLA.... bola.... bola!!!!!!di ESPN(Malam ni MU dengan mana tah, lupa).



Hari ini berhasrat untuk balik awal ke rumah kerana untuk mengganti tidur yang kurang. Laptop I cuma ditinggalkan di dalam kedai sahaja kerana tidak perlu untuk menyentuhnya selepas kerja atau pada waktu pagi kerana ingin merehatkan minda. Lagipun, mata ini dah berminta minta dari petang tadi untuk dibayar tidurnya.



21/03/2010 (Ahad) - Lewat bangun tidur yakni pukul 11.59 tengah hari setelah berhempas pulas memaksa mata memejam diri sepuas rasa untuk beberapa kalinya, itupun bangun semata untuk catch the AF8 konsert ulangan.



Sepertimana diwar-warkan sebentar tadi, sebenarnya sudah beberapa kali sedar tapi dipaksa diri untuk membongkang lagi semata mata untuk rasa puas di pembaringan. Ini adalah kenyataan penting pada diri dan semua orang supaya orang lain tidak meanggap l sebagai seorang yang pemalas, bangun ketika matahari telah melangkaui tubuh badan.

Tengok konsert at the same time, melodi bersiaran jua, the good wife also kat hallmark 702. Terdapat 3 saluran TV menayangkan rancangan kegemaran l serentak masa. Dorang ingat I ni ada tiga empat lima TV ke kat rumah, dan astro decoder ada sebilangan dengan TV ke gamaknya? Boleh on kesemua TV dan nonton semua program serentak masa. Tapi bolehkah minda ini mencerna at the same time? I akan cuba 1 day nanti.


Berkenaan dengan konsert AF8, I buat ulasan konsertnya nanti seringkas mungkin di lain lembaran ok. Ulasan I ringkas aje, tak macam pengkritik blogger yang lain. Kalau suka I kata suka, kalau tak gemar l akan kata tidak. Berterus terang macam salah seorang si pengkritik itu.

Bak orang kata ..... "Cakap tu biar teranggggg!!!!!!! JELASSS!!!

"Ini semua dari kaca mata I (walaupun tak pakai spec mata) merangkap penduduk Malaysia yang menyaksikan AF8 (terutama orang melayu ok) because l believe l boleh meneka apa kesukaan orang Malaysia terutama kaum melayu kita dan apa makanan (rancangan kegemaran) yang sesuai untuk hidangan mereka pada masa kini dan akan datang. Macam Madam Zorra suatu ketika dulu.

Selesai konsert, baru rasa lapar, tak makan tengahari.

Gegas ke kedai belakang rumah beli roti 60sen dua - rasa vanilla dan rasa blueberry (high five nye product) Update blog, sesambil makan roti.

Pukul 4.00 petang baru nak ke kedai. On the way, l singgah di PBB untuk reload topup Kinta dengan e-Flexi.

Malam ni l tak perasan both companies masukkan reload lewat sangat, e-Flexi langsung tak masuk sehingga tutup kedai. Ini semua nak kena maki ni!!

GERAMMMMM !!!! GRrrrrrrr!!!! Grrrrrrr!!!!



Nasib baik duit dalam topup ada lagi lebih. Kalau tak menggagau jugak I carik untuk customers.

Balik dari kedai lebih kurang pukul 1.00pagi (lebih kurang la) baru nak pandu keluar kete, kete Unser Amy driving school menyempit kat jalan keluar yang dah sememangnya sempit (kiri kanan kete, terpaksalah I menyempil keluar perlahan lahan, rasanya terkena jugak kete orang parking sebelah kiri I tapi tak teruk sangat la... Ala ala kiss kiss manja aje, tak la ciuman sepenuh jiwa raga. Ciuman tak berahi langsung, Cuma ciuman takat nak rasa dibibir aje. Itulah ciuman kereta l dengan kereta yang sedia parking di kiri jalan.




Sampai rumah i lap kete l yang dihujani dengan air hujan. Lap dengan kain buruk aje, tak bilas pun.. Itupun dan menitik peluh (tak pe, orang sihat katanya! )
Update my laptop and blogging sampai pukul 5.45, solat isyak, then wait for fajr parayer... Continue my sleeping bountifully.
Sebelum tidur ada berita yang nak dikongsi. I SMS anak buah l yang bekerja sebagai seorang soldadu/ askar di Bukit Kayu Hitam, berkenaan dengan loan gomen tuh.



- Salam mirul... Apa khabar? Apa citer fasal loan tu? Dah apply ke? Tgh tunggu. Atau belum lagi. Alang dah tak larat ni.Mirul tolong la ok...

- Ye, dlm prses, tngu je r kptsn ny k

- Time kasih mirul. Alang ni x bape sihat. Tidur pun tak pernah cukup. Asyik pl fasal duit nak bayar hutang aje.

- Ye owg thu, nti dh lulus mrl bgthu k, dnt wory k alng

Syukurla.. Moga diberkati. I boleh tidur dengan aman sebentar. Tapi ragu ragu jugak bila tarikh keramat akan keputusannya itu. Entah lulus ke tidaknya..

I pun tak tahu..

Hah hah... Tak Tahu... Apa kau dah buat pada ku (lagu Adam AF2)

No comments:

Post a Comment