14 August 2010

Rahsia Shaliza - Bukan Lagi Rahsia @ Biarlah Rahsia











(maaf kerana tanpa izin, copy and paste pics artists - dengan izin please to my web)

Adegan lakonan Fasha Sanda (FS) mengingatkan pada lakonan beliau pada Natasha (betul ke atau siapa ya watak FS diabadikan sebagai tajuk Telenovela termasyur TV3 satu ketika dulu) Beliau memakai tudung kerana ingin memaparkan watak “baik” kononnya beliau pada penonton atau trend terkini pelakon wanita bertudung (“tudung ekpress” sebagai contoh – sitcom mempamir koleksi tudung, kaya ya sponsor tudung lepas ni dan pada produk Granier). Tapi memang tak boleh disangkal FS memang cantik bertudung, nampak ayu jelita. Cuma makeupnya kali ini sedikit over walaupun nak menampakkan lebam di belah pipi kanan, jangan la pakai blusher aje.. so unreal! Ada jenis lebam yang tak seperti blusher, warna lain selain merah atau pink please!

Watak Abang Zulkefli Zain walau sekejap tapi memadailah dengan penampilan yang lebih kemas dan rapi (seperti penampilannya sebelum ini). Tapi suka pada lirik kata beliau yakni

“kembali ke pangkal jalan. Sekarang dah masuk Asar, ... doa bebanyak” sukar dengan skrip yang sebegini di papar di padang golf.

Tetapi kenapa abang ZZ serabut kali ini? Tak sempat makeup ke?

Watak isteri Hisham (lakonan Azhar Sulaiman) bernama Mira, sukar untuk diterima lakonannya. Wataknya banyak membawa saya ketawa sendirian seolah pelakon baru di layar. Kenapa tak ditukar dengan NorKhiriah ke atau sesiapa selain wanita ini yang boleh membawa watak hebat sebagai isteri si pengkhianat.

Pelakon pelakon tambahan di pejabat seolah fit-in aje. Biasalah pelakon melayu walaupun sebagai ekstra tetapi masih nampak sangat “berlakon” Sukar untuk terima scene ini diterima pakai dalam cerita ini. Kecuali watak despatch yang boleh diangkat sebagai penghidup pelakon ekstra yang lain. Kalau dia tak ada, memang “potong stim aje” pelakon ekstra dimasukkan dalam scene.

FS kata “depan rezeki tak leh bercakap fasal problem hidup” pada rebecca tetapi kenapa masa scene dia dengan ayah di kampung terkeluar jugak frasa frasa kata di depan meja makan. So contradict apa yang diperkatakan sebelum ini.

Scene FS jumpa isteri Hisham di tasik, tolak tepi aje scene nih, menyemak dan tak penting dalam cerita.

Ayah FS cakap “pengorbanan jangan disalaherti dan jangan merosakkan diri sendiri” Kata kata ini terpana tepat pada muka sendiri. Celaka betul skrip writer ni, macam tahu aje problem aku!!!!

Kenapa isu orang melayu masih pada takuk lama, yakni tanpa usul periksa terus ambil tindakan. Terkadang isu ini patut ditangani, diperbaharui dengan satu plot yang menarik.

Rumah FS dikampung cantik, tangga warna pink, so interior decorly and color contious!

Watak Mira lagi menangis depan TV besar, membuatkan saya turut ketawa lagih melihat lakonan beliau. Gelihati sangat!

Sekali lagi Mira kena tampar (kalau tak silap kali ke 2) FS di tasik dengan tiba tiba, adegan yang patut dibuang atau ditangani dengan hati hati sebab soal perasaan penonton tak dirobek sekali kecuali bila FS nangis (real ke?) boleh la kesian sikit.

Adegan beras tinggal sikit dalam tong dengan kiraan duit syiling – so idea lapuk la. – (pakai cupak besar ke untuk FS sorang? Tapi mampu untuk tinggal apartment yang gah gitu di KL?)

Penarik kereta yang so friendly – kalau macam ni keadaannya ramai orang akan menyerahkan kereta mereka pada si “penarik kereta yang sopan” - Abang singh yang tak confident depan camera

Di office Arash – kenapa banyak sangat box file kosong mengelilingi Arash – so unreal nye props

Semasa interview boleh ke tanya balik pada arash? Dan bagi satu condition pada employer? Kao boleh?

Fasal 40K, something smoother act got to do with it. Rasa macam byk sangat orang lain dah buat (im account person last time, i know how the world of accounting works) macam tak masuk akal? Kenapa Rebecca sibuk sibuk tanya fasal 40K dan tanya pada si lelaki addin tu pulak? Apa jawatan si Rebecca, juru audit dalaman? Atau secretary baru hisham? Atau company secretary? Entah tak tahu

Ayah FS sakit – tapi cakap macam ada kudrat seperti orang sihat bercakap – macam tak terasa yang ayah si FS tu sakit cuma berbaring kat katil pesakit only. Salur hidung yang dipasang letak, motif?

Adegan di kubur dan bapak Hisham – padam aje la – ganti dengan adegan lain boleh tak sebab tanah kubur jangan sembang fasal benda lain – tak seronok la...

GG Holdings – nama langsung tak segah mana – ABCD tan sri kamaludin – tak de nama lain ke? Nama macam dah kehabisan idea – berilah nama yang setanding masa kini supaya sedap pada jalan cerita.

Overall, cerita nya ok sahaja. Rating 3.5. Banyak boleh diperbaiki seperti menambah lagi curiousity di tgh cerita dan cerita si pengintip Hisham, kenapa wataknya hilang begitu sahaja setelah dapat duit (boleh tahan jugak lakonan jantan ni). Watak Mira patut di perhalusi kerana diakhir cerita Hisham sebenarnya mabuk nafsu. Adakah mereka pasangan yang “serashi” bak kata ajai. Watak Arash patut dikendali dalam arena kes FS – janganlah jadi macam tak ambil kisah langsung – padahal FS yang naikkan ABCDEFGH company tuh kan. Adegan adegan keanakan patut dibuang, tambah dengan fast and climaks di tgh cerita.

Di awal cerita kenapa dah buat macam tu! Memang potong stim, dan i tak suka dan anti climaks. Nak buat macam cerita mat salih ok tapi tgh tgh cerita meleret entah ke mana... Kalau nak buat ala ala penyiasatan, buatla sebaik mungkin. Jangan la jadik macam 5 minit akhir baru cerita semua dibongkar!. So tak leh terima.

Anyway, cerita ini mengingatkan kembali satu cerita hidustan yang pernah saya nonton ketika kecil dulu – KATI PATANG kot?


08 August 2010

Weekend yang sempit

07/08 - adalah hari tanpa matahari - kerana hari ini im didnt open my eyes to see the sun. Koma dari 645 pagi sehingga 754malam. Memang i tak sangka i boleh tidur sepanjang hari itu. Bukan tahap koma, i rasa tahap CCU ataupun dah berhijrah ke alam lain. Lepaslah I nye zohor dan asar. Masya-Allah. Kena qada' semua nih!! Jangan berhutang dengan tuhan ok.

08/08 - pagi dikejutkan oleh makhayam katanya Tuan Haji Omar dah meninggal dunia.. Innalillahwainnailaihirajiun.. (kepadaNya kita datang dan kepadaNya kita jua kembali) Masih ingat senda gurau tuan haji di kedai topup tapi semuanya telah menjadi lipatan sejarah. Suara beliau yang "mengaum" tidak akan kedengaran di pelusuk desa pandan..

noon - Kak Erra Pahzira datang menunggang buraq setianya Peugeot206 - membawa ku makan di La zeez cafe yang kurang sedap hidangannya - mintak cili potong - bukan cili potong diberi malahan cili yang sebatang sebatang bermandikan kicap cair (camera pulak lupa nak bawak sekali, kalau tak dapat dirakamkan di atas blog ini sebagai bukti - nasib baik di desa pandan ada timbal baliknya - tuan rumah arwah menyediakan kenduri doa selamat tapi dah selesai..

antara lauk - masak asam tumis ikan dengan bende (my favorite... teringat kat arwah azamlah pulak), tougeh goreng, ikan goreng, pucuk manis masak lemak putih (kalau tak silap i lah sebab terlupa nak tengok/ sentuh) yang makan semua budak budak aje tapi i tak kisah... i kena jugak isi perut untuk menokok tambah yang kekurangan di La Zeez tadi.

lepas tunjuk ajar abang gee tentang FB nya, kami berundur balik - Kak erra anta i balik then dia pun chow ke DamanDamai

I dah mula dihantui kesunyian kembali

Afidz dah beberapa hari tak call call i sejak phone N70 i rosak tempuh hari - kenapa?

Entah???

dah dekat nak maghrib baru nak cabut rumput kat laman rumah - sempatla 1 plastik sampah biru tu penuh

Solat then relax depan tv - makanan malam - Roti aje ke?




Tengok ASTRO PRIMA "isteri untuk ayah" nice story - happy ending (biasalah cerita melayu) - watie SADALI seperti biasa (memang watak terkenalnya pun) berjaya dengan rela membawa watak pompuan penggoda - tak de sapa boleh tanding watak ini ok - nak lawan sapa? - no no no - she is at her own league - boleh gituh - azhar sulaiman (kenapa nampak semakin tua) menampilkan lakonan yang tiada luar biasa - manakala kanak kanak "menjadi" dengan lakonan mereka - tapi i suka watak si kak long - memainkan watak sebagai ketua adik beradik secara biasa tanpa lebih atau kurang - ngam! - secukup rasa bak kata kak kathy - ayu raudah (kenapa nampak gemok) seperti biasa lakonan yang tiada apa yang patut diserlahkan tapi kenapa makeupnya kurang kali ini - atau malas nak nampak over - muka awak tu pun bukan cantik sangat complexionnya (sorry abang zakuan, i terlepas pada calon isteri you , maaf ye)- sudah pergi touch up!!! boleh?

sambung kerja tak tahu sampai bila nak habis

adakah esok ku bisa menilik matahari berdhuha ke hadratNya?



KESERONOKAN BEKERJA



(artikel ini diambil dari FB en zainal ali - terima kasih)

Keseronokan bekerja, sebenarnya adalah anak kunci kecemerlangan. Kecemerlangan kerja samada kakitangan kerajaan ataupun swasta membawa keuntungan dan kejayaan kepada negara dan individu sendiri.

Apabila kita menyebut mengenai berapa orang yang sukakan kerjanya?

Sama ada, suka atau tidak, kenyataan yang hakiki, sebahagian hidup kita dihabiskan di tempat kerja, di meja kita, di kalangan rakan-rakan sekerja kita, berdepan dengan bos kita.

Walau bagaimanapun, kita mesti bekerja, tidak kira dengan siapa, kerja apa, atau di mana sahaja untuk menyara hidup kita dan keluarga. Itu adalah tanggung jawab kita.

Jadi, bayangkanlah bagaimana keadaan hidup kita ini, sekiranya kita tidak suka, tidak seronok dengan apa yang kita lakukan, yakni tidak seronok dengan kerja kita, tempat kita mencari rezeki.

Ini bermakna kita terpaksa mengheret diri kita ke tempat kerja dan menghabiskan sebahagian besar kehidupan kita dengan penuh rasa bosan, malas, bersungut sepanjang hari sehinggalah jam menunjukkan jam 4.30 atau 5.00 petang barulah kita akan berkeadaan cergas semula, boleh tersenyum dan bersemangat untuk pulang ke rumah!



Begitulah keadaannya dengan orang yang tidak suka dan tidak berminat dengan apa yang dilakukannya, tetapi terpaksa bekerja untuk menyara hidup dan keluarganya! Keadaan ini akan menjejaskan imejnya sebagai pekerja dan merupakan masalah serta bebanan yang terpaksa ditanggung oleh majikan dan negara.

Ternyata sekali, kurangnya semangat bekerja, bekerja tanpa motivasi serta tiadanya sistem bimbingan pengawasan yang praktikal, akan menyebabkan timbulnya mutu kerja yang tidak berkualiti, produktiviti yang menurun dan mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Satu persoalan yang harus kita renungkan bersama, apakah mungkin kita gabungkan diantara kecemerlangan, kualiti, produktiviti dan perkhidmatan kita dengan keseronokan bekerja? Tidak bolehkah agaknya kita meningkat maju atau naik dengan cara menyukai kerja kita, meningkatkan keupayaan dan minat kita untuk menyukai, apa yang kita lakukan, tidak kiralah apa pun kerja kita ketika ini - amanah sebagai pekerja pejabat, kerani, pegawai ataupun eksekutif.

Anak kunci kejayaan peribadi, produktiviti, kenaikan pangkat dan gaji yang lumayan sesungguhnya bergantung kepada minat dan semangat bekerja kuat individu itu sendiri, disertai dengan sikap seronok dan cintakan kerja.

Oleh sebab terlalu seronok bekerja ada kalanya kita tidak sedar hingga pukul berapa kita bekerja siang dan malam. Orang beginilah yang akan menikmati kepuasan bekerja. Biasanya ganjaran bagi orang yang dapat menikmati keseronokan dan kepuasan bekerja ialah pangkat tinggi dan gaji lumayan serta dipandang tinggi oleh masyarakat.

Saya tidak pernah melihat, terutama yang bekerja di firma swasta, seorang pekerja yang tidak sukakan kerjanya, sentiasa merasa bosan dan bersungut, tidak sukakan bosnya kemudian dinaikkan pangkat dan gaji yang tinggi. Apa yang saya tahu mereka akan diturunkan pangkat diletakkan dalam cold storage dan akhirnya dipecat.

Cuba kita perhatikan pekerja bagaimana yang menjadi kesayangan dan rebutan majikan.




Ciri-cirinya adalah seperti berikut:

* Pekerja yang benar-benar tahu dan mahir dalam kerjanya. Apabila diberi sesuatu tugasan, dia sentiasa berasa bangga, take pride dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya, walaupun orang lain tidak sanggup dan tidak mahu hendak mengerjakannya. Pekerja begini mudah dikenal pasti. Sekalipun majikannya tidak perasan, tetapi yang nyata orang luar yang berurusan dengannya boleh nampak dan mudah mengenalinya. Apabila pekerja ini ingin bersara awal, peluang baginya untuk berniaga atau bekerja di sektor swasta amat cerah. Itulah ganjarannya.

* Sentiasa menjadikan matlamat jabatannya atau organisasinya sebagai matlamat dirinya sendiri dan sentiasa berusaha di sisi bosnya untuk mencapai matlamat tersebut, tidak kira berapa besar halangan dan cabaran yang harus ditempuhinya.

* Sentiasa berminat atas segala masalah dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat atau jabatannya. Dia cuba memahami masalah tersebut seolah-olah dia sebahgian daripada pasukan ketua jabatan atau Pengarah Urusan yang bertanggungjawab. Dia mengambil inisiatif merancang kaedah penyelesaian dan mengemukakan pelan tindakan kepada bosnya untuk perbincangan lanjut dan menawarkan dirinya melaksanakannya berdasarkan pengalaman dan kemahirannya.

* Sentiasa sanggup bekerja lebih masa, memanjangkan waktu kerjanya, melipatgandakan usahanya 10% lebih daripada rakan-rakan sekerja yang lain tanpa mengharapkan ganjaran lebih.

* Sentiasa bersifat jujur, amanah, bersikap terbuka, disenangi, bijak berkomunikasi, mempunyai personaliti yang menarik, bermotivasi tinggi dan berakhlak mulia.

Itulah di antara ciri-ciri kecemerlangan yang ada pada diri orang yang sentiasa in great demand dan menjadi rebutan kepada majikan.

Motonya berbunyi: Ganjaran yang akan kita peroleh di dalam hidup ini akan mencerminkan tahap perkhidmatan kita yang sebenarnya terhadap masyarakat.

Daripada aspek kewangan pula, wang ataupun ganjaran yang diperoleh adalah sebagai `pertukaran' kepada perkhidmatan yang telah ditawarkan.

Pekerja yang disayangi oleh majikannya adalah mereka yang berusaha memahami kehendak majikannya dan berusaha mencapai matlamat syarikat serta menaikkan imej kedua-duanya.

Walau apa sahaja `kerja' kita, tugas kita yang pertama dan utama ialah menaikkan imej bos kita, serta imej jabatan dan organisasi yang diterajuinya.

06 August 2010

Doa Solat Dhuha











DOA SOLAT DHUHA

"Ya Allah, bahwasanya waktu DHUHA itu adalah waktu DHUHAMu,
kecantikan ialah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
dan perlindungan itu, perlindunganMu.
Ya Allah, jika REZEKIKU masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah,
berkat waktu DHUHA, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh".

05 August 2010

Di Sini Kasihku/ Wangku Tertumpah

Merayau rayau di internet, cuba menyelidiki company lama saya, rupanya ada / masih ujud company lama saya bekerja terdaftar di google, di tempat lama spt mana tertera peta di bawah ini.

PT Gas & Ironworks Sdn Bhd

Nama se'gah' companynya - walaupun saiz company ini kecik tetapi income tahunan yang dikacupi well enough untuk menyara beberapa pekerja wanita (sahaja) di opis itu.

Di sini juga saya, detik pertama berjumpa dengan Afdiz dan bagaimana Afidz telah mengubah hidup saya dari senang lenang kepada tak rasa duduk senang. Afidz juga telah merubah hidup saya yang concentrate kerja hanya, ke concentrate kepadanya sahaja.

Pelbagai pengalaman pahit manis di company ini - Aditya Syailendra@ayah - beliau adalah lelaki melayu(indonesia actually tapi dari rumpun melayu) terakhir yang paling baik pernah saya jumpa di atas muka bumi Allah ini. Saya pasti and walau tidak sangat mengharap tidak akan berjumpa lagi dengan insan lain sebaik Aditya.






Pada tuhan saya mohon akan diketemu insan sebaik beliau sehidup semati.

Insya-Allah...

Rahsia Nombor Peribadi Anda





Tertarik dengan satu email dari my x-school mate (ex-muzaffarian). So I paparkan disini untuk makluman dan info tuan tuan sekalian.

"Yang baik datangnya dari Yang Maha Kuasa, dan yang kurang itu datangnya dari insan seperti kita.. Masya-Allah"

---------------------------

From: KiN

To: mozac96@yahoogroups.com; ex_muzaffar@yahoogroups.com; gengcp@yahoogroups.com; cepias2002@yahoogroups.com

Sent: Fri, December 26, 2003 2:38:58 PM

Subject: [ex_muzaffar] Pastikan Nombor Peribadi Anda.. ;)

Fehhhh! Menarik nombor rumah itu," kata Ramey apabila terpandang tulisan No.1, Jalan Tempinis 1/1 – pada sebuah banglo.
"Haiii! Ada juga manusia yang percaya nombor macam tu!" kata Zidan yang duduk di sebelah. Mereka sama-sama ketawa, sementara Ramey terus memandu. Kedua-dua sahabat itu terus membisu. Masing-masing memikirkan tentang nombor. Betulkah ada nombor membawa tuah dan yang lain tidak?

"Apa yang aku tahu, orang Cina cukup taksub dengan nombor 8 – ada ‘ong’ kata mereka," Ramey memecah kesunyian.
"Tapi apa yang aku dengar, jangan sebut itu pada orang India, ia lambang kematian," balas Zidan. Kedua-duanya serentak terkekeh-kekeh.


Bagaimanapun seorang ahli fizik, Prof.Dr. Norhisham Wahab mengaku melalui kajiannya ada nombor yang membawa keburukan dan kebaikan.
"Benar, nombor ada semangat atau tenaga semula jadi yang boleh membawa keburukan atau kebaikan. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah.
"Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang," jelas Prof.Dr. Norhisham.


Pengasas rawatan terapi warna di Malaysia ini berpendapat, kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, insya-Allah dia akan berjaya.
"Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh," katanya berseloroh. Lalu Prof. Dr. Norhisham menghuraikan rahsia nombor dan kegunaannya hasil kajiannya itu.

1 – Satu
Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan.
Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang.
Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

2 – Dua
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh.
Menurut Prof. Dr. Norhisham, bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.
Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan.
"Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah….tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh," tambahnya lagi.

3 – Tiga
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.
Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk.
Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah.
Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya.
Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

4 - Empat
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi.
Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.





5 – Lima
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi.
Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan.
Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan.
Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

6 – Enam
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk.
666
adalah lambang syaitan – gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.
Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib.
Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

7 – Tujuh
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu.
Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.
Caranya mudah – palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

8 –Lapan
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendpatkannya – untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap.
Sebabnya…. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian.
Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

9 – Sembilan
NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap.
Tapi, jangan bimbang….walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

10 atau 0
Simbol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran – tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir.
Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya Pencipta memilikinya.

Menurut Prof. Dr. Norhisham, mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insha-Allah… tidak wujud penyesalan.
Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan.


Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya 12-12-1969à 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4) Jadi nombor peribadi anda adalah 4.


Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri....

regards,
Nurulassikin Hj Abdul Kadir,
Centre of Artificial Intelligence & Robotics,
Technology University of Malaysia,
Jalan Semarak
54100 Kuala Lumpur.
603-26154889 (O)
019-3417421 (M)

05/08 - Sepanjang hari Sepanjang kutidur

Hari ini bangun dalam pukul 12.00tghari - message ke Afidz dlm toilet - then mandi.

Tgk tv - Adam dalam bisikan syaitan - cuaca tak panas hari ni - hujan sekejap sekejap - sedar tak de call masuk - tgk phone memang pun... mati. cuba repair sendiri - memang tak leh pun - screen putih aje

bawak phone rosak tu ke kedai phone belakang rumah - mula mula collect sony - cina tu macam dah tahu aje i nak collect phone - belum cakap dia terus bagi aje - then nak cuba suruh repair kat kedai hotlink - balik - on the way, berhasrat untuk anta n70 kat kedai ah siang

balik - baring baring hilangkan ketension

sedar pukul 753mlm - minum, maghrib - sms ke yati - tapi no answer - siap untuk beli makanan sebab seharian tak makan - makan sambil nonton

tengok tv - laila asyikin - continue kerja

pukul 3.00pagi - upacara 'ijazah' dijalankan - moga mendapat rahmat dan diberkati Ilahi - mengambil masa lebih kurang 1 jam

selepas tu malam jumaat - afdal baca yaasin - selalunya air ada depan untuk diminum harian

continue kerja until dawn kalu daya..

Masih ingat pada Afidz - kenapa dia tak call I hari ni?

Gusar - Geram - Gelisah - (iklan GCB)

04 August 2010

04/08 - Cepatnya masa berlalu...

Sedari dari peraduan yang panjang di waktu siang, terus mandi - bersih diri - dhuha dan bersiap untuk ke petronas pump station di pandan indah untuk withdraw duit CIMB RM100 untuk Nik Muhaimin Bin Nik Ngah. Digunakan untuk duit makan dan tambang bas - katanya...

Kata sapa? KATA KAOOOO

selepas itu, i called him and said the money was ready for withdrawal at his end. Afidz tak sihat katanya panas kat luar, nak tidur.

nak sambung tidur? senangnya hidupnya...

I makan di restoran - ada adik adik NANO turut menjamu selera - Harga makanan RM6.00 (air minum - RM1.00) ada ambil daging sebab tula naik sikit budget makan tengaharinya.

Selepas makan settlekan kerja sikit - update FB dan inform customers yang hampers out for sale now!

bila adzan kedengaran, i nak tidur nappy nappy sekejap tapi sesedar dah pukul 5.39 (sampai kan yati called i tak hangkat!)
Afidz ada called petang, then i message (seandainya pulang ke KL semula, sama2 kita kerjakan bisnes ini - carik duit bersama - dah kering)



Then i jogging - balik sembahyang - kerja - 12.00 turun makan sahur .
ada adik adik (GB) depan I buat kecoh aje. Biasalah waktu ketika yang sama I pun ada kecoh jugak. Lepas makan sambung kerja. Box File label dan update FB and blog. Masa ni jam pukul 5.00 pagi sudah.

03 August 2010

03.08.2010 - Separuh jiwaku pergi

I bangun lewat sikit lebih kurang jam 11.00 itupun afidz yang kejutkan. cerita apa yang dah berlaku sebenarnya

(walau pada dasarnya I dah tahu sebenarnya) Afidz dah telan semuanya pil pil tu. Kami berborak quite lama jugak. Afidz selsema dan batuk batuk katanya.

Tak selesa. Dia kata mungkin faktor cuaca yang panas hujan, panas hujan ni kat kelantan. Hmmm ... to me I tak rasa the climate nowasdays; nevertheless the pills itself had an answer atau mungkin jugak sebab i punya tekak pun terasa sakit jugak.

I pergi ke Petronas pump minyak untuk check my tunecard (whether boleh guna ke tidak).

Memang telah dijangka masih tak leh guna lagi. Makan tengahari di Restoran Rasa Utara dengan berbekalkan duit ringgit RM3.00 sahaja di dalam wallet - tapi nasib baik i tahu budget makan I. Lepas makan harga RM3.80 tapi I rasa dengan abang dulu RM2.40 aje. Beza kiraan lelaki dan wanita tentang makanan.

Balik rumah I call tunemoney to activate my account. Rahayu kata boleh gunakan selepas 1/2 jam.

I buat kerja - ambil gambar gambar hampers.

Then lepas zohor I tidur sekejap - pukul 4.00 afidz buat misscall

Borak lagi

Maghrib Afidz call lagi sebab niatnya tak tercapai - Afidz jerit kat nenek - i tegur - Afidz kata dia tertekan - terus melenting ber'kao, aku, kao, aku' aje over the phone - dia kata "nak sangat ke dengan duit kao tuh!"

Lepas solat i sms kat Afidz - " ... minta maaf atas apa yang berlaku tadi... tak mahu manjakan Afidz..."

Keluar - pi petronas pump station untuk check tunemoney - leh keluar RM50.00

Beli bakso RM4.00 - tgk isabella (Astro Prima)



- ceritanya masih TVI lagi kerana tak leh menjerat jiwa untuk melayang bersama atau i rasa kufuan yang kurang dalam isabella. To me, Kak Fauziah Nawi sahaja yang menjerat I untuk menonton tapi Rosyam I rasa wataknya biasa I tengok dalam mana mana drama sebelum ini. I sakit mata bila ada aje watak/ cuitan rasa di akhir setiap babak yang memboringkan (mungkin itu air tangan pak rosyam kita) Watak vanida kali ini kurang mencabarnya langsung terlanjur biasa dalam lakonan. Tapi kalau dia bersama suami dalam 8 bulan - menangkap habis. Lenggok badan, mata dan anggota badan yang lain turut melayan, depan siapa lagi? depan abang Levis la.
Cerita korporate office kekadang tu boleh menggeletek jiwa lara, tambahan pulak kalau yang menonton cerita ini mereka merekan yang duduk di kerusi empuk organisasi besar memegang tampuk pimpinan besar jugak. I doubt kalau mereka terpegun dengan apa yang terpapar dalam cerita ini. Buatlah kajian sikit tentang mgmt (company secretary ke lawyer ke atau apa jua yang berkaitan dengannya agar bukan yang keluar akhirnya adalah satu cerita kartun!) Cukupla I merapu di sini.. sambung lagi



Lepas tu kena sambung lagi tgk sambungan Laila Asyikin - cerita ni ok sikit sebab i minat pada gabungan pelakon walaupun rentak cerita tak ke mana pun. lembik. dapat pulak dengan heronya yang ala ala tu. Fahrin setakat ok aje tak terkejut dengan penampilannya. Biasa aje. Takla nampak mcam sesuatu punya lakonan. Kekadang pembuat filem hanya membuat satu cerita yang tiada makna dalaman dan kajian terperinci regardless minor mistakes pada produk terakhir terpapar pada penonton. Cerita yang mendatar sahaja akan membuat penonton beralih arah. Klise yang selalu ada kekadang tanpa perancangan yang teliti mampu membunuh cerita.

sambung kerja until dawn - tidur kejap - terbabas hingga 11.00 - rasa macam tak sembahyang subuh - ada ke? ada la sebab i rasa tasbih beralih tempat.


02 August 2010

separuh hari tidur & separuh hari hampers

i bangun dalm pukul 11.00, itupun sedar sendiri. kenapa Afidz tak call untuk kejut I ya? Mungkin dia sibuk kot! sidai baju yang dimesin semalam. siap diri pi kedai runcit nak beli glue gun untuk hampers. Di antara barang barang yang dibeli ialah:-

untuk betulkan speaker i yang satu lagi tu tak de fungsi - bila on tv rasa mcam demgar sebelah aje. Tak tahu bila ada masa untuk belek speaker tu kasi betul balik - entahla - biarla masa menentukan

Barang no 2 - hobat / gam / glur sticks (yang sebetulnya) digunakan untuk menggam benda benda yang patut! bukan untuk anggota badan - kanak-kanak dimintak menjauhi daripada menggunakan barangan di atas.

Penembak gam / glu gun untuk gam barang-barang hiasan hamper. Kanak kanak sila ingat bukan barangan mainan ya - Nak citer lebih lanjut sila ikuti rangkuman seterusnya.

7.30 malam - Bukak puasa dengan sekotak air diatas aje - sebab terlalu kusyuk membuat hampers sampai orang azan pun rasa macam tak sedar - masih tak siap hampers - dah setengah azan baru sedar kena bukak puasa - apa lagih, tak prepare apa apa pun, cuma sambar apa yang ada dalam peti ais - bukan ais tapi air kotak saje dan sebijik epal - kenyang ke? sila ikuti kisah seterusnya


Pinggan dan sudu diatas bukan digunakan untuk makan ya tetapi pinggan dan sudu ini adalah untuk kelengkapan alas glue gun. Kalau diamati betul2 ya terdpat kesan kesan gam yang sudah expire/ keras atas pinggan dan cebisan cebisan yang lain. Cebisan cebis tersebut masih halal di sisi agama islam.

Nahhh!!! ini la diantara hampers yang telah siap. Akan diupload diFB untuk tujuan jualan (apa lagi kan! - bukan untuk hiasan semata) sila ke FB i untuk 1 tujuan 1 malaysia.

Sekian terima kasih.

Habis berkemas - dalam pukul 915 mlm - yati called untuk standby kat desa pandan - jumpa kawan dia kat desa pandan - Maslina & Ros (very nice ladies) - borak borak fasal laki yati then bergerak untuk kes anna laks - jumpa dia kat casa ria - ambil insurancenye doc then patah balik ke makhayam.

cerita dengan makhayam - habis cerita anta i balik dalam pukul 12.30 sampai rumah - sembahyang isya (boleh sekali lagi, LUPAAA!!!) witir penutup amalan untuk malam ini

Bersua di lain lembaran.

Daaa..

01 August 2010

Hujung Bulan & Awal Bulan

Hari Jumahat - dah siap makhayam nya advert - sms ke dia tapi tak de jawapan - sembahyang Jumaat - baju melayu merah - then balik - dapat sms dari MH (makhayam) ajak ke kedai - ada gulai ayam - bawak camera untuk ambil gambar kuih raya ain pudu ulu dan advert MH

Cerita menarik dalam teksi ke desa pandan - ada pemandu teksi india (i tunggu depan midpoint) cakap i nye muka macam Ramli Ibrahim because the way i dress up macam dia

Ye ke? Boleh percaya ke? - Jijik aje

Borak2 - rupa2 nye dia KLMU grad - freelance graphic artist - like handicraft - taxi only to meet people

sampai kedai - MH tgh mengurut dengan kak Yull - Abang Gee tidur - I makan nasi gulai ayam sayur goreng - lepas tu ambil gambar kuih raya untuk FB

Dalam pukul 9.00 malam - I pun berangkat untuk pulang

Sampai rumah, siap siap untuk ke tempat Yati - esok Pojie ada catering di Titiwangsa

Sampai Wangsa Maju - Keluar duit RM500 tapi dalam bank ada excess RM160 (duit perfume - thenks to Eddie Highwayman) keluar RM650 - RM500 untuk duit kereta dan lebih untuk Afidznye belanja - Tunggu Yati - on the other side pulak

Minum di NZ sekali dengan Rafi (Mr Fact - suka dengar faktanya - Manager for CROCs Malaysia) walaupun kekok namun sembunyikan
Balik - alter surat Tanti Paritan - hampir 5 pagi - tidur tak tahan lagi

31/07(Sat) - I masih tidur tetapi dorang dah sibuk di dapur - trajedi nasi tomato - meja at stapak garden - ayam masak merah - Pojie nasi waktu azan maghrib dilaungkan

Malam kak erra called minta dia datang untuk fetch I - tak mahu susahkan Yati dan Pojie yang sedang dilanda masalah rumahtangga

Ambil air 2 tong - fetch kak erra kat BHP taman melawati - beli daging masak merah - Ajak kak erra jumpa MH - mandrem - MH ada laptop sudah - makan daging masak merah - balik - jalan2 kat downdown cheras - makan cecelup dengan air sarsi

balik dalam pukul 4pagi - then kak erra decide untuk balik ke rumah aje

Afidz called awal pagi "nak hisap" katanya - RM190 masuk akaun - pergi AmBank RM980 - CIMB RM500

balik tidur - sampai petang - dalam pukul 6 - sms afidz - 2 kali sms baru afidz called balik - dah settle - berjimat

Asar - maghrib - Isya' - zohor - subuh

baru update blog - then i forget to buy the glue gun untuk my hampers - rancang esok untuk siapkan hamper raya.

29 July 2010

A week filled with activites


24/07 - Afidz mai - mintak untuk balik kampung - bagi RM75.00 (lebih duit semalam beli KFC) untuk beli tiket balik - Afidz janji akan datang balik tunjuk tiket , borak2 sebelum balik - Afidz tukar baju ungu untuk keluar beli tiket - I bagi sekali T&Go untuk tambang ke Hentian Putra.

Tunggu punya tunggu, Afidz tak balik balik dari beli tiket - at the same time Yati dan laki dia ajak keluar untuk ronda Bukit Bintang tengok kedai baju - I kata tak leh lagi selagi tak settle dengan Afidz ni.

beberapa kali keluar untuk lihat sama ada Afidz dah balik ke belum - Akhirnya penantian I berakhir pabila I keluar ke balkoni tgk dari sliding door - sebuah kereta wira merah lalu - parking depan rumah - Afidz keluar - tunjuk tiket (spt di atas) - bawak baju dalam beg plastik putih baju kotor - bagi baju tak cuci lagi - baju hijau, baju polo biru gelap dan seluar jeans.

Afidz tukar baju tshirt hitam (yang baru l basuh) dan peluk l sebelum keluar rumah.

I called Yati kata dgnnya semua dah settle.

Tunggu punya tunggu - dorang sebenarnya ada function kat Rum Jungle - Nasib baik I tak ikut sekali. Kalau I ikut sure one I mati kutu punya.


25/07 - Tengahari makhayam ajak gi tgk Tuan Haji Omar kat Hospital Ampang - katanya tahu Public Bank tapi habukkkk!!!! sesat... Lepas tu bila cakap dengan Along, suruh dia drive ke rumah I aje. Dalam Unser ada Halim, Abang Gee dan makhayam.

Sampai dalam pukul 1.30 - sempat lagi untuk melawat sehingga pukul 2.00 baru ditutup.

Jam menghampiri 2.00petang kami semua mintak diri untuk pulang. Makhayam nak makan ikan bakar - I suggest kat belakang istana. Along kata jauh. Makan kat sini sini aje la.

I stop dorang kat Restoran Rasa Utara. Halim tak makan sebab mungkin dia tak biasa makan lauk pauk melayu. Harga semua 23.++

Lepas makan, I jalan kaki balik aje.

Malam - Puddin datang sebab nak ambil wan kat KLIA. Jam kira kira pukul 12++malam.

26/07 - Ikut Wan dan Puddin naik Merc mereka makan tengahari di Greenwood. Sayang kedai makan kesukaan mereka tutup hari ini. Terpaksalah kami makan di tempat yang tak kami restui. Masakan Timur mereka kurang mendapat rasa melekat di lidah - Beli pisang goreng untuk menimbal balik rasa yang kekurangan.

Menuju ke Merc Service (near Giant Batu Caves) - ada perselisihan harga - Wan decided not to service, nak service di Kluang - Meluncur ke Masjid India untuk beli manik dan kain untuk baju raya Balkis dan Puddin sekali.

Sepanjang jalan Wan berutusan untuk menyelesaikan penerbangan balik pasangan Komandan dari Jakarta. Wan akan ambil mereka di KLIA. "Jilat bontot nih!!!"

Mlm - gaduh fasal kain baru, adik berak tak de sapa yang pedulik, penuh pampers. Wan masak untuk makan malam ni - Asam pedas dengan udang goreng kucai. Barang2 kami beli di The Store selepas pulang ke rumah. Harga lebih kurang RM23.++. Lepas maghrib I masuk tidur untuk rehat kepala hotak yang penat dan berserabut.

Wan balik - baru i sedar dan makan - sambung kerja. Pukul 12.++ malam jugak Zeman dan Meran datang untuk tumpang tidur. Nasib baik tak keluar dengan yati yang tengah merayau2 untuk tenang kepala hotak dia.

27/07 - Zeman dan Meran chow dulu - mungkin dorang malu kot - nak kutip pam air katanya - Pojie datang dalam pukul 10.00 pagi - Hingat nak gi Kajang tapi tak sempat dan area kajang hujan - Akak dah siap kemas baju - Wan keluar untuk jumpa kawannya di Wangsa Maju - tinggallah kami berborak borak - Pojie bawak anisa ajak yati makan breakfast kat 5 bintang rest.

Wan balik dari wangsa maju - tengok tshirt vietnam

Kami chow dari rumah - Pojie sempat beli nasi beriani - gi beli barang untuk biskut arab - Anna mai - Kak Yanti mai - Afidz ada miss call dalam pukul 9lebih - borak sekejap dengan dia




Di atas adalah gambar biskut arab yang telah siap untuk dibakar dan biskut arab yang tersedia untuk dijual - RM25.00 per bekas. Harga agent - RM22.00

28/07 - bangun 9.30 - kemas rumah - then lepak baca "jangan bersedih". Pukul 1.30 - kak yanti datang - ambil budak sekolah - tinggalkan i dekat bagus - beli bekas untuk hamper dan topup Afidz - Yati datang - beli bekas kuih salah - petang tukar - tapi tak de stok suruh tukar esok petang - Pi Hero - Afidz called suruh SMS no semua




Malam - buat tart nanas - sambil buat adik adik bernasyid berlagu memuji kebesaran Ilahi.

Inilah keadaan kalau kaum lelaki membuat kerja dapur. Bersepah!!!

Adik baju merah (sedang tunduk) adalah anak yati dan pojie. Comel. Adik yang pakai baju melayu biru pun handsome jugak. Adik pakai baju putih sedap suaranya, pandai control dan yang penting sekali lemah lembut.

Pojie dan Yati anta I balik - sebelum sampai rumah makan roti sardin dengan roti kosong di restoran 5 bintang - pesan telur separuh masak - i minum teh o suam aje dan makan kuning telur separuh masak only

24 July 2010

Khamis dan Jumahat (22 & 23 Julai 10)

Dua hari di gabungkan... boleh? hari khamis tak mahu tulis sebab afidz called dalam pukul 10 pagi katanya dia tak datang. I kata sukahati afidz la. Semalam afidz datang dalam pukul 9.30 kerana dia kata kunci rumah tercicir masa dia pi makan. betul ke tuh? Jangan tanya I ok. I sendiri tak tahu kesahihan kenyataan tersebut, CSI I tak kuat dan malas nak buat penyiasatan.

Lepas mendapat berita itu, I kesunyian. Buat kerja atas dasar kerja aje sebab pemangkin I tiada di hadapan. Walau seburukmanapun perangai dia, dia adalah tetap menjadi pekasam jantung hati I ini.






Hari Khamis juga dirasakan cepat aje berlalu. Sempat memanggil G Dex untuk penghantaran minyak wangi ke Kuching, Sarawak - Eddie punya. I Ingatkan dia akan masuk duit, bila i dah anta dia mintak tangguh, dan duitnya akan dibankin sehingga hujung bulan ini. Hari ini jugalah printer mesin i memulakan harinya. Kira macam dia baru masuk kerja la hari ni.






Tugas-tugas seperti biasa, update FB dan buat online sales yang lain. betulla orang lain kata, FB sekarang ni dah jadi trend untuk manusia berkomnikasi dan berjual beli. terkadang kita seolah terpaksa berhempas pulas untuk berlumba dengan orang lain semata mata mencari keupayaan FB yang mampu dilakukan.

Malam - baca yaasin dan sedekah pahala pada yang berhak untuk menerimanya.


Jumaat (23/07/10)

Afidz called nak datang laks. Awal pulak dia sampai maklumla kan semalam dia mungkin dapat tidur yang "secukupnya"

Afidz beli nasi goreng dan nasi lemak (semua dari satu kedai - MAMAK)

i terpaksa makan nasi lemak sebab afidz kata tak sedap nasi lemaknya. Afidz makan nasi goreng, telur goyang.

Hari ini Afidz tolong untuk siarkan produk minyak wangi di FB. Nak ambil gambar untuk cover album di FB nanti. (Lihat tu Afidz "sibuk" menyusun botol minyak wangi)


tengahari - masa nak gi semayang jumahat, afidz mintak nak makan lunch. I bagi 6.00, dia bingkas pergi cepat sebab i nak keluar sembahyang.

Dia pesan lagi nak makan KFC lepas sembahyang jumahat.

I beli yang ringan (ringan sebab dia pesan tak mahu kfc mula2 then tukar fikiran nak yang ringan2 pulak) wedges, fries, air pepsi => 10 hengget lebih jugak.

i balik, afidz ada tinggalkan nasi dengan ayam goreng. i makan nasi, afidz sental itu kfc. I ada jugak curik curik sikit.

petang, afidz mintak balik, bagi 10.00 untuk makan malam dia

malam i gi kedai makhayam tumpang chukie anta sampel muffins untuk makhayam tua.

sampai kedai makhayam, dorang semua takde, semua gi hospital menziarahi Tuan Haji Omar yang sakit (katanya tak larat nak diri dah!) i kenal dengan tuan haji ni. badan besar.. cakap satu desa pandan leh dengar!

habis cerita dengan makhayam tua, i balik dengan dia, isi minyak kat petronas desa pandan, then balik.

I tak tidur pun. cuba habiskan kerja kerja yang pending.

Esok boleh mula yang lain laks.

dan esok bakal menjanjikan satu peluang niaga. (kalau boleh lebih la... tamaknya!!)

Lepas sembahyang subuh, baru ngantuk tidur dalam bilik, tenang....

baca dia .... tidur... dengan nyaman... walaupun seribu masalah yang tetap menghempap batu jemala ini... tapi tuhan i ada, i pasti dia mesti tolong i sebab i dah ingat dan yakin mintak pada Dia selalu... Subhanallah..

21 July 2010

pagi pagi dah buat i hangin

Sesedar pukul 8.30 pagi dikejut oleh samah - semalm mintak tolong untuk bawak mesin dari sg chua ke rumah i - dia arrange untuk hangkut mesin printing ke rumah I - suruh standby kat mamak depan public bank pukul 9.00pagi - I malas sebenarnya nak join they all untuk ambil mesin tu - then i buat kemas kemas rumah - sehingga dia call balik dan katanya dah sampai mamak

i cakap i tak leh ikut kena ambik barang (alasan!) - i sms alamat dan nama tuan kedai - then i kemas diri untuk ke pos office pudu untuk collect itu post dari tunemoney.

Semasa ini berlaku kekecohan - hutang 500.00 tak bayar lagih pada tuan punya. i kata bankin - lepas masuk post office, i gi maybank untuk masuk duit - lepas masuk duit - i sms ke dia kata duit dah masuk - "nice doing business with you"

terpaksa balik - Afidz ada called masa masuk duit - 2x - rushing balik - walaupun hasrat untuk ke masjid india terpaksa tertunda oleh kerana mesin tu on the way ke rumah

sesampai rumah afidz tgh masak maggie - bagi afidz rm10 untuk duit rokok, papadom dan pisang 2 - dia minum lama kat kedai mamak - balik dari kedai mamak, dia ingatkan dah settle rupanya tak lagih - i mintak dia tolong tapi samah kata tak payah

samah masih ada lagi - berborak dengan dia kat luar - sehingga kawan dia datang untuk hangkut ke atas - buat air untuk they all - then samah hambik batu akuarium (sedang & kecik) - katanya dan janjinya nak repair pintu dan tombol

Dia balik - pas kuih kek untuk hanak dia makan - pi makan dengan afidz dekat kedai indon nasi campur - afidz tak suka - tawar masakannya - pada i ok aje - kena rm8.50 - pi kedai hp - cina tu tak buat lagih - then i kata kalau boleh tolong cakap berapa dan apa rosak

balik - tunggu ups (united parcel service) - settle dengan zin - then waiting for perfume (wan) sebab eddie higwayman ada order

afidz balik dlm pukul 4.00 - ambil rm20.00 untuk hidup sehingga esok.

jogging lewat petang - maghrib lepak lama (yaasin) - selesai makan malam (nasi goreng) afidz called kata nak datang sebab kunci hilang

i sambung kerja


20 July 2010

Afidz rajin menolong - Ada makna tuh!

Selasa - 20/07/2010

afidz call dalam pukul 10.00 lebih - l pulak baru bangun2 manja.

tunggu afidz datang - l tunai hajat dalam toilet/ bilik. Buang air dan kemas diri.

afidz mintak duit untuk makan lunch dia - RM10.00. Afidz beli kat kedai makan sorang - beli l pisang 2 butir untuk l. Rokok 2 batang

Lepas mandi I keluar untuk repair handset sony ericsson yang afidz minat tu - cina tu akan call untuk tgk apa yang rosak dan quote harga - then I balik.

Pukul 3.00 petang - hambik photo selendang untuk masuk blog sales - (sila ke FB saya untuk menyaksikan produk jualan saya termasuk selendang - pautan "welcome to Anuar's wardrobe"







- afidz minta baju untuk dia tukar - baju biru polo tu dah berharian dia pakai, tak tukar langsung - l suruh tukar tapi afidz tahu maksud l - "nak menghidu" katanya.

Afidz masak maggie, sedap! - Afidz tanya sedap tak - I kata apa yang Afidz buat pasti sedap! - Pastu tolong i sediakan space to put my printing machine.

Petang - Afidz mintak pengeras - RM15.00 - I bagi then Afidz janji untuk datang esok. I tak pasti tapi dari riak muka dia ikhlas nak tolong I.