24 July 2010

Khamis dan Jumahat (22 & 23 Julai 10)

Dua hari di gabungkan... boleh? hari khamis tak mahu tulis sebab afidz called dalam pukul 10 pagi katanya dia tak datang. I kata sukahati afidz la. Semalam afidz datang dalam pukul 9.30 kerana dia kata kunci rumah tercicir masa dia pi makan. betul ke tuh? Jangan tanya I ok. I sendiri tak tahu kesahihan kenyataan tersebut, CSI I tak kuat dan malas nak buat penyiasatan.

Lepas mendapat berita itu, I kesunyian. Buat kerja atas dasar kerja aje sebab pemangkin I tiada di hadapan. Walau seburukmanapun perangai dia, dia adalah tetap menjadi pekasam jantung hati I ini.






Hari Khamis juga dirasakan cepat aje berlalu. Sempat memanggil G Dex untuk penghantaran minyak wangi ke Kuching, Sarawak - Eddie punya. I Ingatkan dia akan masuk duit, bila i dah anta dia mintak tangguh, dan duitnya akan dibankin sehingga hujung bulan ini. Hari ini jugalah printer mesin i memulakan harinya. Kira macam dia baru masuk kerja la hari ni.






Tugas-tugas seperti biasa, update FB dan buat online sales yang lain. betulla orang lain kata, FB sekarang ni dah jadi trend untuk manusia berkomnikasi dan berjual beli. terkadang kita seolah terpaksa berhempas pulas untuk berlumba dengan orang lain semata mata mencari keupayaan FB yang mampu dilakukan.

Malam - baca yaasin dan sedekah pahala pada yang berhak untuk menerimanya.


Jumaat (23/07/10)

Afidz called nak datang laks. Awal pulak dia sampai maklumla kan semalam dia mungkin dapat tidur yang "secukupnya"

Afidz beli nasi goreng dan nasi lemak (semua dari satu kedai - MAMAK)

i terpaksa makan nasi lemak sebab afidz kata tak sedap nasi lemaknya. Afidz makan nasi goreng, telur goyang.

Hari ini Afidz tolong untuk siarkan produk minyak wangi di FB. Nak ambil gambar untuk cover album di FB nanti. (Lihat tu Afidz "sibuk" menyusun botol minyak wangi)


tengahari - masa nak gi semayang jumahat, afidz mintak nak makan lunch. I bagi 6.00, dia bingkas pergi cepat sebab i nak keluar sembahyang.

Dia pesan lagi nak makan KFC lepas sembahyang jumahat.

I beli yang ringan (ringan sebab dia pesan tak mahu kfc mula2 then tukar fikiran nak yang ringan2 pulak) wedges, fries, air pepsi => 10 hengget lebih jugak.

i balik, afidz ada tinggalkan nasi dengan ayam goreng. i makan nasi, afidz sental itu kfc. I ada jugak curik curik sikit.

petang, afidz mintak balik, bagi 10.00 untuk makan malam dia

malam i gi kedai makhayam tumpang chukie anta sampel muffins untuk makhayam tua.

sampai kedai makhayam, dorang semua takde, semua gi hospital menziarahi Tuan Haji Omar yang sakit (katanya tak larat nak diri dah!) i kenal dengan tuan haji ni. badan besar.. cakap satu desa pandan leh dengar!

habis cerita dengan makhayam tua, i balik dengan dia, isi minyak kat petronas desa pandan, then balik.

I tak tidur pun. cuba habiskan kerja kerja yang pending.

Esok boleh mula yang lain laks.

dan esok bakal menjanjikan satu peluang niaga. (kalau boleh lebih la... tamaknya!!)

Lepas sembahyang subuh, baru ngantuk tidur dalam bilik, tenang....

baca dia .... tidur... dengan nyaman... walaupun seribu masalah yang tetap menghempap batu jemala ini... tapi tuhan i ada, i pasti dia mesti tolong i sebab i dah ingat dan yakin mintak pada Dia selalu... Subhanallah..

No comments:

Post a Comment