15 July 2010

Dinner Time!!!

Perut rasa memulas pulak setelah penat menghempas kepala otak di hadapan komputer. Masa untuk menenangkan minda...


Makan!!!!
Makanan malam yang disediakan oleh diri sendiri adalah telur goreng black sauce (kicap la/ soy sauce/ toyu). Kali ini masakan ini kurang mendapat pujian secara ikhlas dilidah kerana mungkin saucenya terlalu pekat dan masinnya yang terasa... tiada gaulan rasa lain terdapat di dalamnya. Mungkin lain kali harus dicairkan sedikit dan dimasukkan rencah yang dipotong. Sos cili juga I rasa patut dikurangkan untuk menjamin kesebatian rasa yang muaahhh!!!

Dah makan!!!

Nak carik pencuci mulut @ buah epal yang terdapat di dalam peti ais. Syukurlah kerana rasa masin kicap tadi mulai hilang.

No comments:

Post a Comment