14 July 2010

Hinggap Mari di Pekan Nilai

10/07/10 (sabtu)
hari ini hari untuk kami "sight seeing" ke pekan Nilai. Chukie and me telah berjanji kata sepakat untuk bertemu di KL Sentral menaiki komuter. Selepas kami bersarapan sandwich di restoran Subway(waiternya comel),



kami bertolak ke stesen komuter bawah tanah.


Kami terpampang dengan gelagat seorang jejaka yang turut menunggu train komuter. siapakah gerangan? Kami letakkan pemerhatian indah terhadap jejaka itu buat seketika. Mungkin dia akan menaiki train yang sama.


Apabila train sampai, kami menaiki coach yang tertulis "coach wanita" tetap ada jugak sang peria yang memasuki. Motif coach wanita sahaja... kenapa wanita boleh masuk coach yang lain.. kalau dah dikhaskan untuk wanita, i rasa semu wanita kenalah masuk ke coach wanita yang telah dikhaskan. Jangan la nak masuk coach yang lain bersama sama dengan golongan lelaki. Kami rasa tak salah kalau kami masuk ke coach wanita. Salah kah?


Apabila sampai di Nilai, sempat Chukie memasang badan, mengepos diri mana perlu dan jgn tak umpama sekalian mata Nilai tak memandanglah akan kewujudan makhluk asing terkeluar dari train tersesat ke bumi yang amat ber"nilai".




Perjalanan diteruskan dengan menaiki kereta sewa (taxi) untuk ke Nilai 3 dengan harege RM15.00 kalau dari batang benar RM10.00. Kalau balik ke Nilai dari Nilai 3, RM20.00, RM5.00 adalah upah untuk datang menjemput penumpang.

Setelah urusan jual beli selesai kami berinjutbalik ke train stesen dengan rasa letih, Chukie menelefon Abang Ranjannya untuk mengambil kami di Nilai 3. Penat berjalan membawa kaki yang tak larat. Stesen Nilai kami lawati untuk kali terakhir.


Train sampai, kami masih tersilap masuk coach lagi, ada penumpang mbak indonesia tu menegur, "inikan coach wanita, ....." kami tak ambil port pun. Janji kami tak mengacau penumpang wanita yang lain.




Turun di Kl Sentral, pencarian kami diteruskan ke Masjid India, mencari apa yang terkurang di hati.

Lewat malam, hujan sudah berhenti, kami rasa mission kami pun terhenti jua. Chukie harus pulang untuk menonton wayang "by hook or by crook" katanya 7.45 mesti dah ada dalam bas ke rumah.




I terus aje pulang ke Pandan Indah.

Jangkanya bilakah barang barang yang dihajati itu akan berada di rumah jua. Apa yang dah dibeli di Nilai cuma juraian untuk selendang jalur ku. Nak jahit ke dua-dua belah.




mata letih. Tidurla wahai mataku... moga bertemu dihari esok lagih... daaa..




No comments:

Post a Comment