15 July 2010

Hari memasak / Hari Mengilat Dapur

Mari Memasak

Sebelum itu elok rasanya i clearkan nama ubat semalam. Seperti yang anda lihat dibawah ini, nama pil tersebut adalah B.O.D.R.E.X. Kepada sesiapa yang kepingin untuk mencari ubat ini di farmasi dipersilakan kerana mungkin ada stock tapi maaf untuk dinyatakan di sini, menurut pemberi ubat ini kepada diri ini @ abang Indonesia jual jam di Masjid India (selepas ini dilabelkan sebagai abang jam sahaja) berkata bahawa ubat ini hanya terdapat di Indonesia, di Malaysia tak pasti lagi dah masuk ke tidak? Tapi i berat mengatakan bahawa ubat ini telah terdapat di pasaran dan kedai ubat kerana menurut kebanjiran rakyat Indonesia ke Malaysia yang tiada tanda had kemasukannya. Cukup cerita tentang ubat ini, selepas ini tiada isu lagi ok.

Hari ini, i berhasrat untuk memasak makanan tengahari, maklumlah dah lama tak masuk dapur. Dapur pun dah nampak sugul dek tanpa dan gurauan usikan mesra tangan I ni pada perkakasan dapur. Last sekali adalah bersama arwah. Mungkin itulah di antara sebab sebab I takut untuk masuk dapur, banyak kenangan mengusik jiwa. Walaupun beliau telah tiada di dunia ini, namun di hati ini, wajahnya tak pernah luput.

Hari ini hasrat hati I ingin masak nasi goreng bujang aje. pakai planta sebab minyak masak tak beli. Guna aje apa yang ada di dalam peti ais dan apa yang terdapat di para dapur.


Rencah yang sudah ditumbuk tapi tak lumat, cuma pastikan ala ala hancur terpaksa gituh.


Barang barang yang dikutip dari peti ais tadi semata untuk menjadikan masakan nasi goreng I menjadi walaupun amat terhad bahannya.

"sambil ku kerling ruang tamu yang sunyi sepi waktu tengahari ini."

Maklumlah semua rakan kerja, kecuali aku yang kerja sendiri. Selalunya Afidz ada jugak menjenguk, semalam katanya nak datang tapi biasalah mulut jantan tu satu pun tak leh pakai.

Ini adalah ruang makan, living table merangkap my office space, di sinilah segala urusan kerja dijalankan.

Borak borak keliling rumah laksana site visit pulak tu kan (macamlah rumah kao besar sangat!!), nasi goreng bujang akhirnya siap jugak. Bahan ringkas. Rasa boleh tahan. Taklah teruk sangat.


Dapur yang katanya tadi merajuk kini mula bersinar. Barang-barang serta peralatan dapur telah kukemaskinikan. Berjam jam duduk di dapur untuk clear dan basuh dan lap apa yang patut. Susun atur telah diubah suai agar penglihatan lebih menarik disamping yang paling penting kemas dan rapi hingga akhir nanti.

Nak makan dulu.. Sukran.. Sukran.. Jemput Kak Kiah, Mak jah, Kak Long...

Bismillah...

No comments:

Post a Comment