03 August 2010

03.08.2010 - Separuh jiwaku pergi

I bangun lewat sikit lebih kurang jam 11.00 itupun afidz yang kejutkan. cerita apa yang dah berlaku sebenarnya

(walau pada dasarnya I dah tahu sebenarnya) Afidz dah telan semuanya pil pil tu. Kami berborak quite lama jugak. Afidz selsema dan batuk batuk katanya.

Tak selesa. Dia kata mungkin faktor cuaca yang panas hujan, panas hujan ni kat kelantan. Hmmm ... to me I tak rasa the climate nowasdays; nevertheless the pills itself had an answer atau mungkin jugak sebab i punya tekak pun terasa sakit jugak.

I pergi ke Petronas pump minyak untuk check my tunecard (whether boleh guna ke tidak).

Memang telah dijangka masih tak leh guna lagi. Makan tengahari di Restoran Rasa Utara dengan berbekalkan duit ringgit RM3.00 sahaja di dalam wallet - tapi nasib baik i tahu budget makan I. Lepas makan harga RM3.80 tapi I rasa dengan abang dulu RM2.40 aje. Beza kiraan lelaki dan wanita tentang makanan.

Balik rumah I call tunemoney to activate my account. Rahayu kata boleh gunakan selepas 1/2 jam.

I buat kerja - ambil gambar gambar hampers.

Then lepas zohor I tidur sekejap - pukul 4.00 afidz buat misscall

Borak lagi

Maghrib Afidz call lagi sebab niatnya tak tercapai - Afidz jerit kat nenek - i tegur - Afidz kata dia tertekan - terus melenting ber'kao, aku, kao, aku' aje over the phone - dia kata "nak sangat ke dengan duit kao tuh!"

Lepas solat i sms kat Afidz - " ... minta maaf atas apa yang berlaku tadi... tak mahu manjakan Afidz..."

Keluar - pi petronas pump station untuk check tunemoney - leh keluar RM50.00

Beli bakso RM4.00 - tgk isabella (Astro Prima)



- ceritanya masih TVI lagi kerana tak leh menjerat jiwa untuk melayang bersama atau i rasa kufuan yang kurang dalam isabella. To me, Kak Fauziah Nawi sahaja yang menjerat I untuk menonton tapi Rosyam I rasa wataknya biasa I tengok dalam mana mana drama sebelum ini. I sakit mata bila ada aje watak/ cuitan rasa di akhir setiap babak yang memboringkan (mungkin itu air tangan pak rosyam kita) Watak vanida kali ini kurang mencabarnya langsung terlanjur biasa dalam lakonan. Tapi kalau dia bersama suami dalam 8 bulan - menangkap habis. Lenggok badan, mata dan anggota badan yang lain turut melayan, depan siapa lagi? depan abang Levis la.
Cerita korporate office kekadang tu boleh menggeletek jiwa lara, tambahan pulak kalau yang menonton cerita ini mereka merekan yang duduk di kerusi empuk organisasi besar memegang tampuk pimpinan besar jugak. I doubt kalau mereka terpegun dengan apa yang terpapar dalam cerita ini. Buatlah kajian sikit tentang mgmt (company secretary ke lawyer ke atau apa jua yang berkaitan dengannya agar bukan yang keluar akhirnya adalah satu cerita kartun!) Cukupla I merapu di sini.. sambung lagi



Lepas tu kena sambung lagi tgk sambungan Laila Asyikin - cerita ni ok sikit sebab i minat pada gabungan pelakon walaupun rentak cerita tak ke mana pun. lembik. dapat pulak dengan heronya yang ala ala tu. Fahrin setakat ok aje tak terkejut dengan penampilannya. Biasa aje. Takla nampak mcam sesuatu punya lakonan. Kekadang pembuat filem hanya membuat satu cerita yang tiada makna dalaman dan kajian terperinci regardless minor mistakes pada produk terakhir terpapar pada penonton. Cerita yang mendatar sahaja akan membuat penonton beralih arah. Klise yang selalu ada kekadang tanpa perancangan yang teliti mampu membunuh cerita.

sambung kerja until dawn - tidur kejap - terbabas hingga 11.00 - rasa macam tak sembahyang subuh - ada ke? ada la sebab i rasa tasbih beralih tempat.


No comments:

Post a Comment