14 August 2010

Rahsia Shaliza - Bukan Lagi Rahsia @ Biarlah Rahsia











(maaf kerana tanpa izin, copy and paste pics artists - dengan izin please to my web)

Adegan lakonan Fasha Sanda (FS) mengingatkan pada lakonan beliau pada Natasha (betul ke atau siapa ya watak FS diabadikan sebagai tajuk Telenovela termasyur TV3 satu ketika dulu) Beliau memakai tudung kerana ingin memaparkan watak “baik” kononnya beliau pada penonton atau trend terkini pelakon wanita bertudung (“tudung ekpress” sebagai contoh – sitcom mempamir koleksi tudung, kaya ya sponsor tudung lepas ni dan pada produk Granier). Tapi memang tak boleh disangkal FS memang cantik bertudung, nampak ayu jelita. Cuma makeupnya kali ini sedikit over walaupun nak menampakkan lebam di belah pipi kanan, jangan la pakai blusher aje.. so unreal! Ada jenis lebam yang tak seperti blusher, warna lain selain merah atau pink please!

Watak Abang Zulkefli Zain walau sekejap tapi memadailah dengan penampilan yang lebih kemas dan rapi (seperti penampilannya sebelum ini). Tapi suka pada lirik kata beliau yakni

“kembali ke pangkal jalan. Sekarang dah masuk Asar, ... doa bebanyak” sukar dengan skrip yang sebegini di papar di padang golf.

Tetapi kenapa abang ZZ serabut kali ini? Tak sempat makeup ke?

Watak isteri Hisham (lakonan Azhar Sulaiman) bernama Mira, sukar untuk diterima lakonannya. Wataknya banyak membawa saya ketawa sendirian seolah pelakon baru di layar. Kenapa tak ditukar dengan NorKhiriah ke atau sesiapa selain wanita ini yang boleh membawa watak hebat sebagai isteri si pengkhianat.

Pelakon pelakon tambahan di pejabat seolah fit-in aje. Biasalah pelakon melayu walaupun sebagai ekstra tetapi masih nampak sangat “berlakon” Sukar untuk terima scene ini diterima pakai dalam cerita ini. Kecuali watak despatch yang boleh diangkat sebagai penghidup pelakon ekstra yang lain. Kalau dia tak ada, memang “potong stim aje” pelakon ekstra dimasukkan dalam scene.

FS kata “depan rezeki tak leh bercakap fasal problem hidup” pada rebecca tetapi kenapa masa scene dia dengan ayah di kampung terkeluar jugak frasa frasa kata di depan meja makan. So contradict apa yang diperkatakan sebelum ini.

Scene FS jumpa isteri Hisham di tasik, tolak tepi aje scene nih, menyemak dan tak penting dalam cerita.

Ayah FS cakap “pengorbanan jangan disalaherti dan jangan merosakkan diri sendiri” Kata kata ini terpana tepat pada muka sendiri. Celaka betul skrip writer ni, macam tahu aje problem aku!!!!

Kenapa isu orang melayu masih pada takuk lama, yakni tanpa usul periksa terus ambil tindakan. Terkadang isu ini patut ditangani, diperbaharui dengan satu plot yang menarik.

Rumah FS dikampung cantik, tangga warna pink, so interior decorly and color contious!

Watak Mira lagi menangis depan TV besar, membuatkan saya turut ketawa lagih melihat lakonan beliau. Gelihati sangat!

Sekali lagi Mira kena tampar (kalau tak silap kali ke 2) FS di tasik dengan tiba tiba, adegan yang patut dibuang atau ditangani dengan hati hati sebab soal perasaan penonton tak dirobek sekali kecuali bila FS nangis (real ke?) boleh la kesian sikit.

Adegan beras tinggal sikit dalam tong dengan kiraan duit syiling – so idea lapuk la. – (pakai cupak besar ke untuk FS sorang? Tapi mampu untuk tinggal apartment yang gah gitu di KL?)

Penarik kereta yang so friendly – kalau macam ni keadaannya ramai orang akan menyerahkan kereta mereka pada si “penarik kereta yang sopan” - Abang singh yang tak confident depan camera

Di office Arash – kenapa banyak sangat box file kosong mengelilingi Arash – so unreal nye props

Semasa interview boleh ke tanya balik pada arash? Dan bagi satu condition pada employer? Kao boleh?

Fasal 40K, something smoother act got to do with it. Rasa macam byk sangat orang lain dah buat (im account person last time, i know how the world of accounting works) macam tak masuk akal? Kenapa Rebecca sibuk sibuk tanya fasal 40K dan tanya pada si lelaki addin tu pulak? Apa jawatan si Rebecca, juru audit dalaman? Atau secretary baru hisham? Atau company secretary? Entah tak tahu

Ayah FS sakit – tapi cakap macam ada kudrat seperti orang sihat bercakap – macam tak terasa yang ayah si FS tu sakit cuma berbaring kat katil pesakit only. Salur hidung yang dipasang letak, motif?

Adegan di kubur dan bapak Hisham – padam aje la – ganti dengan adegan lain boleh tak sebab tanah kubur jangan sembang fasal benda lain – tak seronok la...

GG Holdings – nama langsung tak segah mana – ABCD tan sri kamaludin – tak de nama lain ke? Nama macam dah kehabisan idea – berilah nama yang setanding masa kini supaya sedap pada jalan cerita.

Overall, cerita nya ok sahaja. Rating 3.5. Banyak boleh diperbaiki seperti menambah lagi curiousity di tgh cerita dan cerita si pengintip Hisham, kenapa wataknya hilang begitu sahaja setelah dapat duit (boleh tahan jugak lakonan jantan ni). Watak Mira patut di perhalusi kerana diakhir cerita Hisham sebenarnya mabuk nafsu. Adakah mereka pasangan yang “serashi” bak kata ajai. Watak Arash patut dikendali dalam arena kes FS – janganlah jadi macam tak ambil kisah langsung – padahal FS yang naikkan ABCDEFGH company tuh kan. Adegan adegan keanakan patut dibuang, tambah dengan fast and climaks di tgh cerita.

Di awal cerita kenapa dah buat macam tu! Memang potong stim, dan i tak suka dan anti climaks. Nak buat macam cerita mat salih ok tapi tgh tgh cerita meleret entah ke mana... Kalau nak buat ala ala penyiasatan, buatla sebaik mungkin. Jangan la jadik macam 5 minit akhir baru cerita semua dibongkar!. So tak leh terima.

Anyway, cerita ini mengingatkan kembali satu cerita hidustan yang pernah saya nonton ketika kecil dulu – KATI PATANG kot?


1 comment:

  1. Salam nuar,tumpang jejalan sini.. dpt emel/mesej dpd annuar hari itu... terima kasih kerana jadi one of akaknye blog follower..

    ReplyDelete