01 April 2010

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.. - Satu Analisa Diri

Setelah di congak, ditolak ditambah, berikut adalah hasil daripada jumlah nombor yang terdapat dalam tarikh lahir I:-

3. Kemas (Cerewet) : I pasti yang ini sememangnya benar sebab memang dari kecil hidup I dididik dengan kekemasan (Thanks to mak.) I tak suka rumah yang berselerak dan bersepah. Biar berhabuk rumah tapi tak bersepah. Itu prinsip I. Semua ini mencerminkan perwatakan penghuni yang tidak pandai mengurus diri. Tambahan pula wanita. Memang kalau tak pandai mengemas, dasar hidup berumahtangga akan berantakanlah jawapnya. I memang dikategorikan sebagai “FUSSY” tentang kekemasan. Sebab itu I susah untuk mencari teman tinggal serumah. Lagian soal untuk berumahtangga. Sang isteri mesti tahu akan tugas mengemas bukan kerana arahan sang suami baharulah sang isteri bergerak untuk mengemas rumah. Pada I buat masa sekarang, adalah lebih baik bayar sewa sendirian asalkan tak menyesakkan pandangan dan hati bila kita pulang ke rumah. Rumah adalah syurga pada kita untuk kita tinggal, tidur dan makan. Kalau rumah tak mencerminkan apa itu syurga bagaimana hidup seseorang itu akan diteruskan. I juga menilai seseorang melalui kekemasan/ cara yang mengendalikan kerjanya secara teratur. Jika seseorang itu kemas dan teratur nescaya kerjanya semakin licin dan keputusan yang memuaskan disamping masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu kerja itu diambil seminima mungkin.

5. Boleh berbincang) : Yang ini I tak pasti sama ada criteria ini terkena pada I atau tidak. I boleh dikatakan ok kalau diajak berbincang tetapi jikalau pendapat I tidak diambilkira padahal I tahu pendapat I itu boleh diterima pakai, I akan cepat terasa/ sensitif dan terus terasa diri seolah diperkecilkan. Keadaan akan menjadi lebih kacau sekiranya pendapat I tidak diterima langsung tanpa apa apa alasan.

8. Bisnes) : I tak tahu sejauh mana akan kebenaran akan sifat ini. Selepas SPM, I tak pernah menjalani perniagaan secara serius. Kalau ada yang MLM itupun semuanya di pertengahan jalan sahaja. Ini kerana atas sikap I sendiri yang kurang mempunyai sifat-sifat usahawan dan sifat persuasif yang mantap. Kommunikasi yang bagus juga kurang menampakkan ciri pada I ketika I berkecimpung dengan MLM ini. Tengoklah pada masa hadapan mungkin I akan menghadapi arena perniagaan ini secara serius. Tapi pada hakikat diri I, I sememangnya memang suka dalam arena perniagaan ini memandangkan I banyak pengalaman didalam mengendalikan urusan perniagaan sewaktu I bersama sama dengan syarikat yang I pernah makna gaji.




Sementara pulak Afidznya keputusan:-

6. Angin) : I pasti yang ini sememangnya benar 100% yang ada di dalam sanubarinya kerana sepanjang persahabatan kami, sifat angin puting beliungnya sukar diramal. Kalau ada benda kecil yang menjadi masalah, pasti anginnya akan datang. Terkadang anginnya setiap hari sekiranya permintaan atau hasrat hatinya tak diikuti. Terpulang pada keadaan dan mood I ketika itu untuk mengatasi anginnya itu. Kekadang I simbah dengan minyak lagi, terkadang I cuma berdiam diri aje kerana pada I berdiam diri itu lebih baik dari segalanya.

3. Kemas (Cerewet) ) : Pada I, sifat ini juga meliputi dirinya tapi taklah secara total. Cuma kadang kala dia begitu perihatin terhadap sesuatu benda atau keadaan. Dia seorang yang observant. Terkadang kalau kita terlanjur, pasti dia akan ketahui atau sesuatu yang salah berlaku, dia akan menemuinya dahulu disebabkan sikapnya yang terlalu “memilih” dan berkehendakkan yang perfect berada dihadapannya. Dalam erti kata lain, selalunya dia akan mencari salah kita untuk menunjukkan yang dia bagus dalam segala hal.

9. Glamour) : I tak tahu sama ada sifat ini ada pada dirinya atau tidak. Yang pasti dia mahukan yang hebat dan ingin mengetuai apa apa juga kumpulan yang dianggotainya. Lain, tepuk dada tanya dia sendiri.

Salam...

No comments:

Post a Comment